Bahan-Bahan:
- 2 cawan tepung gandum atau tepung high protein
- 2 1/2 sudu besar gula
- 1 sudu besar susu tepung
- 1/2 sudu besar yis mauripan + 1/4 air suam (direndam hingga berbuih)
- 1 sudu kecil ovallette
- 1/2 sudu kecil garam
- 1 biji telur
- 1 sudu besar marjerin
- 1/3 cawan air / susu segar (-/+)= (Yatie tuang sikit2 utk mendapatkan doh yg di kehendaki)
- gula saduran
- **(jika menggunakan susu segar, tidak perlu letak susu tepung)
- Kisar semua bahan (kecuali tepung, ovallette, yis dan gula saduran) hingga sebati.
- Di dalam bekas yang agak besar, ayakkan tepung dan buatkan lubang di tengah-tengahnya. Tuangkan bahan-bahan yang sudah dikisar tadi, yis dan ovallete. Uli hingga menjadi doh. Jika adunan terlebih lembik, bolehlah ditambahkan sedikit tepung.
- Bahagikan doh kepada 20-22 bahagian dan bentukkan seperti bebola. Gunakan sedikit tepung untuk membentuknya (sekiranya doh melekat di tangan). Susunkan di atas dulang yang disapu dengan sedikit minyak atau ditaburkan tepung. Rehatkan sebentar selama 10 minit atau ikut suka.
- Sediakan minyak untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas, gorenglah donut tadi hingga keperangan. Toskan.
- Sadurkan dengan gula icing/gula halus atau hiaskan dengan topping kesukaan
Salam Kak..
ReplyDeleteAkak dah buat dulu ye, ira semalam pun baru salin resepi ni. tapi tak sempat nak buat. Dalam kepala ni banyak sgt list nak cuba..hehehehe
Salam kak yatie!! nak donut ball 1 2 3 4 5 ketul!!! 1 ketul tak cukup hihihi...
ReplyDeletekak yatiee..
ReplyDeleteakak guna tepugn roti ke? alaaa.. nak jugakk... suke donut. comel bulat2 jeee
Salam yatie
ReplyDeletecantik le donat ball tu..elok aje bulatnya...mkn panas2 lepas grg sdp ni...rajin uli menguli yeee nak 3 ketul
aduhhh...kalau nak dibandingkan dengan hasil yang saya buat...jauh bezanya...
ReplyDeletesalam kak yatie...
ReplyDeletecantiknya donut ball tu...
mulat2 semuanya...
Yatieeeeeee...ni ada tipin kosong arrr...silalah ya...buat apa yg patut :)
ReplyDeletehehe mak cik suha memng buat donut tok dijual tp cik suha xpernah blaja,cuma tau bhn2 je..xsuke buat kuih,lg suka masak lauk (^_^)
ReplyDeletemieza pun buat donut ni semalam for bekfes..guna resepi DJ juga..kejap je abis..sedapkan yatie :)
ReplyDeletekak nak 2 biji
ReplyDeleteSedapnya donat balls, bak mai sepiring.
ReplyDeletekak, nak tanya kalau adunan ni buat mlm, simpan dlm peti,esok pg baru goreng boleh tak..?
ReplyDelete