Saturday, June 25, 2011

Ayam Tumis Lada Hitam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya masak ringkas je, pagi tadi dah bf mee goreng jadi masak ayam tumis lada hitam ni je utk lunch. Masakan ni mudah je, masukkan ayam, sayur kcng pnjng dan carrot. Walaupun mudah tapi menyelerakan. Anak2 bukan main suka lagi lauk mcm ni. Petang ni pula dah menu lain. Maklumlah bila cuti ni...mmng kena masak mcm2. Apa pun tak kisahlah janji makanan tu di gemari dan laku mcm pisang goreng panas. Jom kita semak resepi yg sempoi ni.


Bahan- Bahan
  • 1/2 ekor ayam- di ptng kecil
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1 batang kecil carrot- dipotong kecil
  • 8 batang kacang panjang -di potong pendek
  • minyak utk menumis
  • 2 sudu kicap manis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • garam jika perlu
Bahan hiris
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 2 btng cili merah
Cara Menyediakannya
  1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan2 hiris sehingga naik bau.
  2. Masukkan ayam, lada hitam dan kacau rata. Masak sehingga ayam lembut.
  3. Masukkan carrot dan kacang panjang . Kacau rata dan biarkan sehingga lembut.
  4. Masukkan kicap, sos tiram dan gaul rata.
  5. Masukkan sedikit air dan tambahkan garam jika perlu.
  6. Perasakan, sekiranya dah ok, tutup api dan bolehlah angkat dan hidangkan.

10 comments:

  1. nie pow dah yummy akak...makan ngan nasik panas2 kan...:))

    ReplyDelete
  2. biasanya masakan yang simple2 itulah yg sedap!

    ReplyDelete
  3. wooo.. tumpang makan kat sini kak yatieee....
    nasi saya bawak sendiri ni. lauk je nak tumpang. hehehe.. tak yah susah2 idang air bagai kak yatie.. buatkan saya jus oren je. boleh? boleh? boleh?

    ReplyDelete
  4. betul tu kak...ayam versi nmpk itam2 ni mmg budak2 suka...tang lada itam tu, ida nk kena kurangkn sikit lg la, sbb budak2 ni rasa pedas sikit pun tk boleh..emm, sedap tu

    ReplyDelete
  5. hmmm....memang nampak menyelerakan betoi ayam tu kak....
    sedappppp....

    ReplyDelete
  6. eemmmhh menggiurkan,,,,very nice,,,,

    ReplyDelete
  7. sedapnya...mcm aym blackpaper gitew

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum akak...
    wah diana lapar nie akak... tgk ayam tu terus berkeroncong perut nie d buatnya tau... nie kena try nie.. sedap tuu

    ReplyDelete
  9. nyum..nyum..sedap sungguh nampak kacang panjang tu..menu simple2 mmg ank2 eina suka...

    ReplyDelete
  10. yatie, lada hitam perlu ditumbuk kasar ke atau guna serbuk lada hitam...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails