Sunday, June 12, 2011

Ikan Cencaru Sumbat Bakar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya masak ringkas je iaitu ikan cencaru bakar. Pada mulanya nak goreng je ikan ni, tapi hasil selongkar dapur K.Nor, berkenan dngn resepi yg ringkas tapi menyelerakan. Resepi asal ikan ni di goreng, tapi saya bakar je. Alhamdulillah sedap sangat. Terima kasih pada K.Nor kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni, izinkan Yatie kopipes kat sini pula ya. Pada kawan2 yg lihat versi goreng tu, bolehlah singgah dapur K.Nor ya.


Bahan-Bahan
  • 3 ekor ikan cencaru
  • 1 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • 1/2 in kunyit hidup
  • 1 biji cili merah
  • 3 - 5 biji cili api
  • sedikit belacan
  • 3 sudu besar air asam jawa pekat
  • 1 helai daun kunyit ~ dihiris halus
  • garam
  • gula
  • minyak (saya bakar, so tak guna minyak)
Cara-Cara
  • Belah belakang ikan cencaru, bersihkan dan toskan.
  • Tumbuk bawang besar, bawang putih, kunyit hidup, cili merah, cili api dan belacan hingga lumat.
  • Masukkan air asam jawa, daun kunyit, gula dan garam dan gaul.
  • Masukkan kedalam ikan cencaru dan perap 1/2 jam.
  • Panaskan minyak dalam kuali dan goreng hingga masak.
Cara bakar.
** Setelah siap semuanya, saya bungkus ikan dlm aluminium foil dan letak di loyang. Saya bakar dlm 45 minit. Siap utk di hidangkan.

7 comments:

  1. Ikan cencaru sumbat bakar memang favourite saya sejak kecik dulu lagi... Terbaik!

    ReplyDelete
  2. Kak yatie... Saya baru tengok smlm resepi ni smlm ingat nak masak ikan cancaru. Tapi cansel. Kalu tak sama dah la lauk kite. Hehe.. Kak yati saya dtg nak skodeng resepi kuih kaswi jap. Mintk izin nak selongkar dapur kak yatie yeee

    ReplyDelete
  3. akak..mas suka ikan cencaru..
    sedappppp la tengok cencaru sumbat bakar akak tu...

    ReplyDelete
  4. salam kak.. sedapnya nampak cencaru bakar akak ni.. suka la.. ita kalau bulan puasa suka makan gini.. kat sini susah nak jumpa ikan2 gini

    ReplyDelete
  5. assalam,
    antara bakar dan goreng..... amie pilih cencaru bakar...sedapppp!

    ReplyDelete
  6. ini memang feberet cik suha (^_^)

    ReplyDelete
  7. hari nak cuba buat ikan cencaru bakar nie...harap jadi

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails