Sunday, May 15, 2011

Roti Sardin

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Sebelum tidur saya nak n3 roti sardin yg sangat sedap ni. Roti sardin ni sesuai utk sarapan pagi ataupun minum petang. Pada ibu2 yg ada stok sardin dan roti burger kat rumah tu, bolehlah cuba resepi roti sardin ni esok pagi. Buatnya mudah je dan yg paling penting sedap sangat. Terima kasih pada K.Nor@ Secubit Garam kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan Yatie kongsikan resepinya di sini ya. Jom kita semak bahan2 yg di perlukan.



Roti Sardin
  • 10 ketul bun burger
  • 1 tin kecil sardin ~ dilenyek hancur
  • 1 labu bawang besar ~ didadukan
  • 1 biji cili merah ~ dicincang
  • 1 sudu besar jus limau nipis
  • 2 biji telur
  • minyak
Untuk Inti:
  • Satukan sardin yg dah dilenyek dgn bawang besar dan cili merah.
  • Masak utk 1 minit dan masukkan jus limau nipis.
  • Padamkan api dan kacau hingga sebati.
  • Ketepikan.
Cara- Cara, boleh lihat DISINI.
  1. Potong dua bun burger.
  2. Toreh bahagian tengah tapi jgn sampai tembus ke belakang
  3. Penyekkan sedikit bun supaya membentuk seakan poket.
  4. Masukkan inti sardin ke dalam bun tadi dan buat la sehinga habis.
  5. Celup dlm telur yg dah dikocok hingga sebati di bahagian yg dimasukkan inti tadi sahaja.
  6. Goreng dlm pan yg dah dipanaskan dan dimasukkan sedikit minyak.
  7. Bila dah bertukar warna coklat, balikkan biar bahagian bawah bun lak yg digoreng.
  8. Utk bahagian bawah goreng utk seketika jer, kalau tidak hangus nanti.
  9. Gorenglah sehingga selesai, jika minyak dah kering, tambahkan sedikit demi sedikit tiap kali nak menggoreng yg lain. Jgn lupa toskan roti yg dah siap digoreng tu ya..
  10. Roti ni sedap dicicah dgn sos spt sos popia dan juga boleh dimakan dgn sos cili atau sos cili thai. Slmt Mencuba ya..

8 comments:

  1. Salam selamat pagi kak yatie! dtg awal nak bf roti sardin ngan akak :D lapo tengok roti sardin tuuu nak buat roti belum sampai seru lagi :D lama dah teringin nak buat roti ni sampai skrg tak terbuat buat lagi :D

    ReplyDelete
  2. Assalam Yatie...
    Pepagi singgah jap..uiishh... Roti Sadin nie buat breakfast pepagi nie mmg sedap...ada lagi tak..

    ReplyDelete
  3. kak yatieeeeeeee..
    sedap tuu.. saya pun suke giler ni. berbuku2 bleh habis dingap.hehe

    ReplyDelete
  4. kak yatie....sedappkan roti sardin ni..
    mas pun suka..dah banyak kali dah buat.....

    ReplyDelete
  5. Terima kasih di atas idea resipi yang simple dan sedaaap pulak ni ;)

    ReplyDelete
  6. time ni kalo tgk benda..asyik kecur air liurrr jer K.Yatie.heheh

    ReplyDelete
  7. Assallamualaikum Kak Yatie..

    Kak, roti sardin ni mesti dah abis kan... Waaaaa tak sempat den nak raso...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails