Sunday, May 22, 2011

Kuih Talam Sagu Berlapis

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Moga kawan2 semua sihat dan sentiasa ceria di samping keluarga serta insan2 tersayang. Esok bermulalah minggu peperiksaan bagi anak2 di sekolah rendah maupun di sekolah menengah.Rasanya para2 ibu turut busy menguruskan anak2. Apapun di doakan moga anak2 kita semua di tenangkan fikiran, di terangkan hati, di kuatkan daya ingatan dan di permudahkan semasa menjawab soalan dan semoga jawapan yg di berikan bertepatan dngn kehendak soalan. Aminn.

Sebenarnya saya buat kuih ni petang tadi, nak kena tunggu betul2 sejuk barulah boleh di potong kuih. Alhamdulillah.. kuih ni menjadi dan sangat sedap. Saya suka betul kuih mcm ni...terasa lemak manis, nyaman di tekak dan kenyal2 manje gitewww....syok betul makan kuih macam ni. Kuih ni pun sedap bila di sejukkan, terasa seperti makan puding pula. Pada pengemar kuih sagu, bolehlah mencuba resepi ni...mmng sedap dan berbaloi..

Terima kasih pada Kak Wan kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan Yatie kongsikan kat sini pula ya resepinya. Jom kita semak bahan2 yg di perlukan.




Bahan-bahan
  • 80gm sago (saya guna 100 gm)
Bahan A
  • 230gm tepung beras
  • 100gm tepung ubi / tepung sagu
  • 400ml santan pekat KARA
  • 350ml air
Bahan B
  • 350gm gula
  • 300ml air
  • 3 helai daun pandan
Loyang 9" empat segi

Cara-cara :
  1. Didihkan air yang banyak, masukkan sago dan masak hingga sago menjadi jernih. Tos dan siram dengan air paip. Ketepikan.
  2. Masak bahan B hingga gula larut. Ketepikan.
  3. Satukan semua bahan A, masukkan bahan B, gaul rata dan tapis.
  4. Ketepikan 300ml adunan untuk lapisan atas, masukkan pewarna hijau dan esen pandan. Ketepikan.(Saya letak pewarna kuning)
  5. Kemudian masukkan sago yang di toskan tadi ke dalam baki adunan. Bahagikan kepada 2 bahagian dan warnakan setiap satu dengan warna hijau dan merah atau warna di sukai.
  6. Tuang 1/2 bahagian dari adunan hijau ke dalam loyang 9" yang telah dileser dengan sedikit minyak. Kukus selama 5 minit.
  7. Tuang 1/2 bahagian dari adunan merah, kukus selama 5 minit. Ulangi melapis adunan hijau dan merah berselang seli hingga habis.
  8. Akhir sekali tuang adunan lapisan atas, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit. Biarkan betul-betul sejuk baru di potong.

37 comments:

  1. Salam Yatie
    Ini lah talam yang akak teringin sangat nak cuba..nak kena tengok stok santan dgn sagu dulu..sedap kan yatie?..tak sabar2 nak cuba dah ni..tgk talam yatie buat akak terliur dah..

    ReplyDelete
  2. Salam Yatie...sedap jer nampak talam tu... bahan2 rasanya semua ada... boleh cuba ni...

    ReplyDelete
  3. cantiknyaa kuih lapis kak yatie ni. kemass jee.. nk try jugak. insyaAllah

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum akak...
    cantik sungguh talam sagu berlapis akak nie... kemas gitu...

    ReplyDelete
  5. Salam K.Yatie..menariknyer kuih talam akak tu..kena masuk list nie..mesti cuba buat....nmpk mcm sedap jer...nak buatnya pun senang..Yana ambik resepi nie ye kak...TQVM...

    ReplyDelete
  6. Punya lahh lawaa....nak buat juga lahh...hmm, ada 5 dalam senarai...tatau nak mula yg mana satu...

    ReplyDelete
  7. cantik..teropong dr jauh cam sago pearl lak..kompom sedap ni

    ReplyDelete
  8. As'salam Yatie

    baru sempat nak berjalan2 waktu malam ni, siang tadi dok berjalan window shopping jer.. hehehe.

    alahai... sedapnya talam sago ni yatie. kak ct tak tahu bila lah dapat melapis2 macam yatie ni. asik tenung renung jer memanjang. mintak rasa sesuap jer lah eh. yatie tolong gigitkan sikit utk kak ct tau... hihihi

    ReplyDelete
  9. salam yatie heee sukanya mmg kita suka kuih besagu cam ni..leh le try kuih talam ni...

    ReplyDelete
  10. salam Yatie...memang dalam senarai kita...

    ReplyDelete
  11. ala...nk kene pakai tepung ubi ke..? xde stok la plak tepung ubi ni...

    ReplyDelete
  12. Kak yatieeeeee....cantiknya kuih ni.. Masuk list...

    ReplyDelete
  13. Assalam Yatie... Waaaaah cantiknya talam sagu lapis nih...betul2 akak terpikat taaauuu...nak buat terus rasa..eh nak makan terus laaa yg Yatie ni...ada lg x?

    ReplyDelete
  14. as-salam kak yatie
    kombinasi warna yang tepat dan cantik..npk cool aje talam sagu lapis tu..

    ReplyDelete
  15. kak yatie, cantiknya talam tu....
    kemas jerk....

    ReplyDelete
  16. Assalam kak Yatie, wahhh sungguh menggoda tgk kuih talam akak ni...talam berlapis yang cun dan ayu mcm tuan bdn gak ni..kalau saya ni belum tentu boleh jadi cun mcm ni juga?..hehe

    ReplyDelete
  17. @anymz
    wkmsalam, cepat kak buat..mmng sedap sangat..yatie pun dah berangan nak buat lagi ni...semuanya suka..

    ReplyDelete
  18. @Antan Bertingkah
    wkmsalam, mmng yatie rekomen kuih ni kat akak..buatlah kak, mmng sedap sangat..

    ReplyDelete
  19. @izahdaut
    cantik ke....mekaceh ya...akak dah nmpk kuih Izah tadi...cantik dan menarik kalernya..rasanya sedapkan...

    ReplyDelete
  20. @Diana @ Melley Mey
    wkmsalam, tq Diana..kuih ni menarik dan sedap...cubalah..tak rugi mencubanya...

    ReplyDelete
  21. @Yana
    wkmsalam, mmng sedap kuih ni...silalah cuba ya..akak pun berangan nak wat lagi ni...

    ReplyDelete
  22. @Mat Gebu
    mekaceh Mat..suka akak kena puji tawwww...ekekkekeee...uwaaaa tak sabar nak tunggu kuih dari Mat ni..cepatlah buat..cepatlah...

    ReplyDelete
  23. @kasihredha
    mmng cantik kombinasi warna kuih ni..suka tngk biji2 sagu tu..rasanya sedap sangat..cubalah..

    ReplyDelete
  24. @lina_pg
    mmng sedap kuih ni..aritu yatie berangan nak wat sago pearl..tapi tak confident menjadi..bila dah buat kuih ni, rasanya tak sabar nak wat sago pearl tu..tungguuuuu..

    ReplyDelete
  25. @CT Delima
    wkmsalam, takpe kak...kalau makan kuih2 mcm ni mesti yatie teringatkan akak..yatie tau selera kita sama..hehehehe...bila teringin nanti buatlah ya...mmng sedap sangat...

    ReplyDelete
  26. @Sheila Shafeareen
    wkmsalam, mmng sedap kuih ni...cubalah..mesti menjadi punya..

    ReplyDelete
  27. @nuwairani ismail
    rasanya kena cari tepung ubi dululah ya baru buat..sbb kuih ni kenyal2 manja...sedap taw..cubalah..

    ReplyDelete
  28. @Naz
    bukan cantik je...sedap taw kuih ni..cepatlah buat..

    ReplyDelete
  29. @Ummi
    wkmsalam, kalau dekat..akaklah orng pertama yatie bagi rasa..yatie tau akak mmng suka kuih berasaskan sagu...mmng sedap sangat kak kuih ni..cubalah...sedap...sedap..sedap...tak tau nak cakap apa lagi..mmng betul2 sedap...hehehehe..

    ReplyDelete
  30. @ady
    wkmsalam, mmng menarik kuih ni..yg penting sedap sangat...

    ReplyDelete
  31. @Mas
    mekaceh Mas..cubalah, mmng sedap kuih ni..

    ReplyDelete
  32. @Niezawkmsalam, uwaaaa terlebih sudaaa puji akak ni...malu aaiii tawwww..cubalah, mmng sedap sangat kuih ni..suka tngk sagu yg jernih setiap lapisan tu..

    ReplyDelete
  33. Nazrah Bakery,
    cubalah..mmng sedap kuih ni..

    ReplyDelete
  34. salaam perkenalan yati, terima kasih berkongsi resipi. kak da cuba kueh, memang sedap...minta halal yea

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails