Thursday, June 24, 2010

Pizza Gebu

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Harap anda semua baik2 saja hari ini. Dah makan ke belum....rasanya ramai kawan2 dah masak untuk makan tengahari ni. Kemungkinan juga ramai kawan2 yg berpuasa sempena bulan rejab yg mulia ini...alhamdulillah. Hari ni saya buat pizza. Sebenarnya banyak resepi dan cara membuat doh di blog kawan2 yg lain. Di sini sekali lagi saya buat pizza menggunakan resepi Mat Gebu. Ramai kawan2 yg sudah mencubanya, dan ternyata memang gebu dan sedap. Bahan topping tu terpulang pada kita utk letak apa2 bahan. Kali ni saya guna daging cincang dan taburan yg lain. Minta izin saya C&P resepinya di sini ya CMG...terima kasih banyak2.

Pizza yang sudah masak
Pizza yang telah ditabur cheese
Pizza yang belum dimasak.
BAHAN-BAHAN DOH PIZZA :
  • 300 g tepung gandum (tpng roti pun boleh)
  • 6 g instat yeast
  • 20 g mentega
  • 10 g gula halus
  • 1 camca teh bread improver (optional)
  • 1/4 camca teh garam
  • 1 1/2 camca besar madu
  • 170 ml air
  • Sedikit tepung untuk ditabur
BAHAN-BAHAN PIZZA GEBU :
  • 1 cwn daging cincang ( saya masak sebentar+ sedikit garam)
  • 5 btng crab stick (ptng serong)
  • 4 hirisan gegelang red capsicum
  • 4 hirisn gegelang yellow capsicum
  • 4 hirisan gegelang green capsicum
  • 1/2 biji bawang besar, hiris bulat (optional)
  • 10 biji buah zaitun hitam
  • 1 cawan sos pizza/ sos prego/ sos spaghetti
  • 175 g keju mozzarella atau secukupnya (di parut)
UNTUK DOH PIZZA :
  1. Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu.
  2. Tambah mentega dan terus meggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung.
  3. Kemudian bulat2kan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda.
KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk dok kecuali tepung untuk ditabur, ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON", buat hingga siap.

UNTUK PIZZA GEBU :-
  1. Panaskan oven pada suhu 190C, sediakan 2 dulang pizza berukuran 9 inci, sapu dengan sedikit mentega. Ketepikan. Keluarkan doh, bahagikan doh tadi kepada 2 bahagian sama besar.
  2. Ambil satu, tabur sedikit tepung dan canai bulat. Alihkan ke dalam dulang pizza, tekan2 dengan hujung jari hingga memenuhi dulang tadi dan biarkan kelilingnya sedikit tebal.
  3. Ratakan sebahagian sos pizza tadi dan susun bahan untuk pizza atasnya (buat 2 bahagian) dan diakhiri dengan keju mozzarella.
  4. . Bakar 20 - 25 minit hingga keju mencair dan roti kelihatan kuning keemasan. Keluarkan dari oven dan hidangkan segera bersama sos kegemaran.
  5. Buat kaedah sama juga untuk yang selebihnya.
*Doh pizza yg siap di canai dan sudah naik, bolehlah di bakar selama 10 minit dahulu....lepas tu barulah di letak sos pizza dan bahan2 yg lain.....barulah bakar lagi selama 20 minit atau sehingga kekuningan.

19 comments:

  1. kak..sedapnyerr..br ni mimi beli kt pizza..delivery..sgt hampas!!ingat nak buat sendiri..tp cheese mozarella @ cheddar [ulak tkde dlm stok!!yg ade cream cheese jek..bak mai sepotong pizza tu kak..kecur liur ni nengok taim2 lapar ni hehhe

    ReplyDelete
  2. SALAM KAK YATIE....
    KENAPA DIKAU GODA KU DGN ITU PIZZA..ARGHH TAK SANGGUP NIHH...

    ReplyDelete
  3. Salam kak yatie! alahaiiii kita lama sgt dah ni tak buat pizza, itu hari beli sbb dah ada yg halal tu yg jd malas nak buat pizza lagi hihihi...

    ReplyDelete
  4. sama la...kite pun da lama tak memizza..napa ek...oo lama dah tak de stok cheese..mmm tumpang kak yatie je la...sedap tuuu...

    ReplyDelete
  5. Kak yatie! berkenan dgn pizza pan tuh! comel lah...

    ReplyDelete
  6. salam yat,

    dari spore ke usa
    singgah sebentar di Italy,
    terpingin betul nampak piza
    baik hati campaklah kesini

    kiki..asal boleh aja aku ni..

    ReplyDelete
  7. salam yatie..cantik betul rupa pizza tu..bt sy teringin nk call 1300882525 la plak-hehehe :)

    ReplyDelete
  8. salam yatie....kangennnn lahh...
    sedapnya pizza tu...godaan yang susah nak ditepis ni tie...camner nak diet hehe...nak2nya bila panas2 kita tarik cheese nya molor....enak eaiii..

    ReplyDelete
  9. Mimie=> mmng puas hati buat pizza sendiri...suka hati nak letak apa2 topping...thanks for the info...

    ReplyDelete
  10. Larra=> boleh je..nah ambillah...sesekali buat pizza sendiri mmng best...cubalah..

    ReplyDelete
  11. Mat Gebu=> wkmsalam, tergoda ke dngn pizza akak ni...biasanya akak yg tergoda menu2 kat umah Mat adalah....

    ReplyDelete
  12. Ika=> wkmsalam, ow ada jual yg halal ya kat sana...eloklah tu....kat sini mmng akak buat sendiri je klau teringin nak makan....makan tanpa was2....

    ReplyDelete
  13. Izah=> boleh je kalau setakat sepotong....nak lebih buat sendiri ya...hi3...guwau jek...

    ReplyDelete
  14. E-na=> pan pizza yg akak guna ni besar..jadi satu pizza besar...senang keje...sekali bakar je..

    ReplyDelete
  15. Ayu=> wkmsalam...alamak siap pantun lagi...ni yatie jawab ya....hentam sajalah...kih3..

    Pizza ku pizza biasa
    sedap pulak kalau dirasa
    Ayu takkan tak biasa
    Buatlah sendiri bagi ku rasa

    ReplyDelete
  16. Deliah's Deli=> wkmsalam, apa lagi tepon je...senang keje....kat sini mmng tak boleh sebarangan makan...

    ReplyDelete
  17. Kak Su=> wkmsalam, klau depan mata mmng takleh tahan kak...ngap je terus....yatie pun rindu kat akak...sunya sepi je sejak2 ni..

    ReplyDelete
  18. kak, baca lagi ke komen ni. nak tanya,intart yeast tu kena rendam dalam air dulu sampai buih atau letak kering cam tu je lam adunan tepung?

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails