Saturday, June 26, 2010

Ayam Perap Masak Merah Madu

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Hari ni saya masak lauk ayam lagi. Resepi kali ni saya dapat dari rumah Kak Ummi. Semasa tinjau rumah K.Ummi tempohari, kebetulan saya memang sedang elok nak masak lauk utk tengahari. Melihat pada bahan2 semuanya ada, jadi saya pun terus sediakan bahan2 dan perap selama 2 jam. Alhamdulillah setelah siap masak, ternyata memang sedap masakan ini. Terima kasih pada K.Ummi kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ini. Saya C&P resepinya di sini ya. Lauk ni saya makan bersama nasi putih hangat dan sayur2an saja.



Bahan:-
  • 1 ekor ayam - potong 10 bahagian
  • 2 sb. rempah kari ayam
  • 1 sb. serbuk kunyit
  • 6 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 2 inci halia (ditumbuk)
  • 2 labu bawang besar (dikisar)
  • 2 sb. cili kering kisar (akak letak 3 sb.)
  • 5 sb. madu
  • 1 sudu besar gula merah
  • 2 sb. puri tomato (akak letak 4 sb.)
  • garam secukup rasa
  • 1 labu bawang besar - dipotong nipis bulat
Cara Memasak:-
  1. Ayam dibersihkan dan ditoskan. Gaulkan bersama bahan halia, bawang putih, kunyit, rempah kari dan perisakan dengan garam. Perap ayam selama 2 jam (akak lebih 4 jam..hehee)
  2. Keluarkan ayam dari bahan perapan dan goreng hingga masak. (lebihan bahan perapan akan digunakan sebagai bumbu kuah)
  3. Panaskan minyak dalam kuali, dan tumiskan. Masukkan bahan bumbu perapan dan cili kisar. Masak hingga garing.
  4. Masukkan gula, madu, puri tomato dan kacau. Masukkan sedikit air dan kacau lagi.
  5. Apabila kuah sudah mendidih dan sedikit pekat, masukkan ayam.
  6. Biarkan kuah mesra dengan ayam sambil dibalik-balikkan ayam dengan api sederhana.
  7. Perlahankan api dan biarkan reneh sekejap hingga naik minyak dan kuah pekat.
  8. Angkat dan hidangkan dengan nasi minyak atau nasi putih.

11 comments:

  1. Salam kak yatie! aduhhhh sedap betul nmpk ayam akak tu! ni mesti lwnnyer dgn nasi2 yg kaler maler gituuuuu :D sedap ni kak klu dpt mkn satu set :D

    ReplyDelete
  2. kak yati..sedap sungguh nampak ayam tuh..memang teruja gak tengokk kat rumah kak ummi ari tu..nak buat gak la esok esok lah

    ReplyDelete
  3. Ni tak boleh jadi nihh, kak yati pun dah buat..saya kena juga buat nihh...

    ReplyDelete
  4. Salam kak yatie, sama plak menu kita arini.... sy asingkan kuah n aym sb ank2 fobia tgk merah2 ni... emmmm.... mmg sedap...

    ReplyDelete
  5. mas nak ayam masa merah 2 ketoi, nak makan ngan nasi goreng ni....

    ReplyDelete
  6. Salam Kak Yatie..sungguh menyelerakan masakan kak Yatie..semalam saya buat pizza hawaiian..ikut resepi akak..terima kasih yea!sedap.

    ReplyDelete
  7. salam yatie...akak pun buat jugak ayam masak merah hari jumaat lepas...kamu makan dengan nasi apa?

    ReplyDelete
  8. Ijayuji=> wkmsalam, mmng sedap ayam masak mcm ni...arini akak masak nasi putih je..

    Izah=> mmng sedap...cubalah...

    ReplyDelete
  9. Mat Gebu=> buatlah Mat...mesti mengoda punya....sedap tau...

    J41=> wkmsalam, iyelah boleh sama menu kita arini..yatie pun asingkan sikit utk ank yg tak thn pedas....

    ReplyDelete
  10. Mas=> boleh je..ni akak beri 3 ketoi..mana nasi goreng utk akak...hi3...

    Siti Inderawati=> wkmsalam, mmng sedap ayam masak mcm ni....cubalah...terima kasih sudi cuba resepi pizza tu...tahniah menjadi..

    ReplyDelete
  11. Kak Ina KL=> wkmsalam, ow akak dah cuba juga ya....yatie makan dngn nasi putih je kak..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails