Sunday, June 20, 2010

Marble Cheese Brownies

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Hari ni saya nak letak resepi brownies yg saya buat tadi. Biasalah anak2 kalau ada sesuatu peristiwa penting mesti suruh mamanya buat kek. Alang2 memang dari semalam nak buat brownies ni, saya pun kata pada mereka, inilah kek sempena hari bapa. Anak2 biasalah bila permintaan mereka di penuhi....seronok bukan main lagi. Resepi asal adalah dari Kak Rinnchan dan saya C&P dari rumah Maz. Ramai kawan2 yg dah mencubanya dan ternyata memang sedap sangat. Kepada kawan2 yg belum mencuba tu, bolehlah mencubanya. Terima kasih kepada penyumbang resepi yg mudah dan sedap ini.



Bahan-bahan Brownies :
  • 250g butter
  • 1 cwn serbuk koko
  • 3 biji telur gred B
  • 1 1/2 cwn gula castor
  • 1/2 cwn susu cair
  • 1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
  • 1 tsp baking powder*
  • 1 tsp soda bikarbonate*
  • 1 tsp esen vanilla
Cara-cara:
  1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
  2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
  3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
  4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
  5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
  6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
  7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.
* Bergantung pd oven masing2...saya tambah 10 minit lagi..



Bahan-bahan lapisan cheese:
  • 250g cream cheese
  • 1 cwn gula castor
  • 1 biji telur gred B
Cara-cara:
  1. Pukul cream cheese hingga gebu.
  2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
  3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

15 comments:

  1. sedapnyee..ayak BP & SB tu ape yee..saya tingin sgt nk wat kek tapi tak de blender tu putar telur tu kene guna yg manual tu heheh lambat skit laa..hope pasni dpt beli lah mst ari2 buleh wat kek.

    ReplyDelete
  2. Qasehadam=> BP tu baking powder
    SD tu soda bikarbonat
    Buat brownies ni tak guna mixer tapi utk lapisan cheese tu kena guna...takpe klau dah ada leh cuba macam2 kek...

    ReplyDelete
  3. salam k yatie..
    kt sana mesti dh tgh malam, kan?..sedap sungguh nmpk nyer B.Cheese tu..ni yg tk blh tahan nih...teringin lak nk buat..

    ReplyDelete
  4. salam k.yatie...
    sedap tu marble cheese brownies!

    ReplyDelete
  5. salam k.yatie..

    kalau dekat malaysia..sure ayu dah tempah utk raya

    ReplyDelete
  6. salam, kak... memang sedap brownies ni, dah berkali2 Yus buat.. nyummy!

    ReplyDelete
  7. salam mama..
    adik suka sgt marble cheese brownies ni.

    ReplyDelete
  8. Salam kak yatie! lama tak buat bronis mcm ni, tp kalau kita buat budak2 tak makan yg cis nyer abis sume kena korek2 :D ada lg tak? kita bwk 2 potong taw!

    ReplyDelete
  9. salam yatie.
    sama2 kita buat marble sheese brownies ya...!

    ReplyDelete
  10. wah3...dah meleleh air liur tgk makanan ni. T_T
    tibe2 lapo plak. adehh.. T_T
    kak, buat kat saya satu. hehheehe. :P
    jemput2 ke blog sy yg baru buat 2-3 hari lepas. :D

    ReplyDelete
  11. Surisarawak=> wkmsalam, takleh tahan ke...alahai Suri lagi pakar buat kek....akak yg asyik terliur je tau bila tngk kek2 yg Suri buat tu...

    E-na=> mmng sedap brownies ni....semuanya suka..

    ReplyDelete
  12. Siti Ruhayu=> wkmsalam, kalau dekat akak dah bagi rasa brownies ni....hi3..

    Yusa=> wkmsalam, mmng sedapkan Yus....

    Seri=> wkmsalam, mama tau sangat....hi3...

    ReplyDelete
  13. Ika=> wkmsalam, budak2 memang....ikut sukahati dia je nak korek2....nah akak bagi 3 ketoi...yg seketoi tu utk budak2 korek2 ya...hi3..

    Kak Ita=> wkmsalam, boleh sama pulak ya kak....sedapkan..

    Nur Najaa=> boleh je kalau dekat..nnti akak singgah ya...

    ReplyDelete
  14. salam yatie nk tnya kalo pkai oven khind brapa drjah c. brape lama bakar. pastu untuk bkar chees guna api atas bwh ke atau api atas je brape suhu dan lama..musykil ni

    ReplyDelete
  15. assalam k.yatie, sy da try buat brownies cheese marble ni semalam. Alhamdulillah jadi & sedap! Hubby pon suka. Makcik hubby siap nak tempah utk majlis persaraan dia bulan 12 ni:)) Saya nak tanya, kenapa ye brownies saya merekah sedikit dihujung tu? Saya ikut sebijik resepi cuma saya kurangkan sedikit gula untuk cream cheese je. Ada apa2 petua atau tips x? tqvm.

    http://adawiyahakhbar.blogspot.com/?m=1

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails