Monday, June 28, 2010

Gulai Pedas Udang

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Inilah lauk tengahari kami sekeluarga iaitu gulai pedas udang. Resepi ni saya ambil dari CMG yg menggunakan udang galah. Saya cuma menggunakan udang sederhana besar saja...tapi dah cukup sedap sangat. Terima kasih kepada CMG kerana berkongsi resepi yg sedap ini. Rasa memang suatu kelainan bila gulai ni di tambah dengan timun...mmng sedap.


BAHAN-BAHANNYA :-

  • 10 ekor udang galah (saya guna udang sederhana je,dlm 500gm...)
  • 2 biji timun
  • 2 helai daun kunyit, disiat2
  • 2 batang serai, dititik
  • 1 keping asam gelugor
  • 800 ml santan cair
  • 300 ml pati santan
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 20 - 30 biji cili padi hijau*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 7 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci belacan*(*ditumbuk halus)
CARA MEMBUATNYA :-
  1. Udang dibersihkan, kerat kaki2 kecil, kerat muncung nya yang tajam dan juga sedikit kulit kepalanya. Perlahan2, menggunakan hujung pisau tarik keluar kotoran dari kepalanya. Buat hingga siap, cuci bersih dan toskan. Timun dikupas kulit, kerat 2 setiap biji, belah 4 setiap keratan. Ketepikan.
  2. Dalam periuk, satukan udang, serai titik, bahan tumbuk halus dan sedikit santan cair. Kacau rata dan masak atas api sederhana hingga udang kecut (jadi warna kemerahan). Tuang lebihan santan cair, kacau dan biar mendidih.
  3. Tambah asam gelugor dan timun. Tuang pati santan dan tambah garam secukup rasa dan secubut gula. Masukkan daun kunyit dan biar mendidih perlahan 2 - 3 minit sambil dikacau selalu.
  4. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi hangat, sambal belacan dan ulam-ulaman. Kalau rasa tak nak guna cili padi, takut pedas, boleh ganti dengan cili merah dalam 3-4 biji...

10 comments:

  1. mak aii...sodapnya yatieeeee!!!! akak 2 3 mggu ni, dapur mmg cuti terui. melopeh le nak cuba resipi ni.

    ReplyDelete
  2. Salam kak yatie!! sedapnyer udang masak mcm ni kita suke!!! tp baik2 tersedak kuah dia tu sbb pedas hihihi

    ReplyDelete
  3. salam yatie...wahhh nampak pun dah cukup sedap..kalau makan bertambahlah jawabnya...hehehe

    ReplyDelete
  4. Sedappnyaaaa...sah2 lepas tu bibir jadi seksi..tu yg saya tak rela..

    ReplyDelete
  5. Salam Yatie,

    I went to your place this morning - ketuk pintu tak da orang buka? Are you away?

    Shakila
    PS: what is your phone number? Mine is 5727808

    ReplyDelete
  6. Salam kak yatie! tuk laksam tu kita guna loyang :D mmg tudung periuk ada bojol pemegang tu tp yg kitanyer leh ddirikan jdnyer dia tak jatuh :D

    ReplyDelete
  7. laa teringin lak tengok gulai kak yatie ni...sedap ye letak timun...nak try gak la...mekasih kkak

    ReplyDelete
  8. Ain=> takpe kak...bila free nanti boleh cuba resepi ni...mmng sedap kak...

    Ika=> wkmsalam, mmng sedapkan...akak pun kecur je masa tngk kat umah Ika....udang galah lagi...akak guna udang biasa je...

    ReplyDelete
  9. Ima=> wkmsalam, mmng sedap....cubalah...mau bertambah2 nasi..hi3..

    Mat Gebu=> terima kasih resepi yg sedap ni...suka sangat....tapi yatie mkn bibir mcm biasa je....kalau Mat seksi semacam agaknya...kih3..

    ReplyDelete
  10. Shakila=> wkmsalam, Yatie ada kat rumah...mungkin tido kot masa tu...nnti yatie call ya..

    Ika=> ok...nnti akak cuba ya..

    Izah=> mmng sedap gulai ni letak timun...cubalah...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails