Friday, June 11, 2010

Karipap Keledek

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Hari ni saya nak letak n3 karipap yg saya buat sempena bekalan masa jalan2 tempohari. Karipap ni adalah salah satu resepi yg selalu saya buat. Rasanya ranggup...saya memang suka mencuba resepi yg terbaru walaupun jenis kuih yg sama. Tak salah rasanya kita mencuba, sekurang2nya kita tahu perbezaan hasilnya.



Bahan - bahan
  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 cawan marjerin
  • 3/4 cawan air ( agak2 dan tuang sikit2 hingga jadi doh)
  • 1 sudu teh garam
  • minyak masak utk menggoreng karipap
Bahan inti
  • 2 sudu besar udang kering*/ikan bilis
  • 4 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*(* bhn yg di tumbuk)
  • 4 biji keledek sederhana besar= dipotong dadu
  • 3 sudu makan serbuk kari daging
  • garam dan gula secukup rasa
  • air secukupnya
Cara Masak Inti
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumiskan bahan yg telah di tumbuk dan gaul sebati.
  2. Masukkan rempah kari dan tumis hingga naik bau. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  3. Apabila garing masukkan air dan keledek. Kacau rata dan masak hingga
  4. keledek empuk. Setelah sebati, perasakan....sekiranya dah ok, angkat dan sejukkan.
Cara Membuat Doh
  1. Satukan tepung gandum, garam dam marjerin dalam mangkuk adunan.
  2. Masukkan air sedikit - sedikit sambil digaul hingga sebati. Uli hingga menjadi doh.
  3. Biarkan dlm 10 minit, lepastu bulatkan kecil2 mengikut saiz utk buat karipap.
  4. Tutup dngn kain/pinggan supaya adunan tak kering. Biarkan sebentar.
Cara Mengelim Karipap
  1. Ambil doh yg telah di bulat2kan tadi dan canaikan bulat, letak sedikit inti
  2. dan lipatkan dua.
  3. Kelimkan bahagian tepinya, Setelah siap bolehlah di goreng dalam minyak yang sederhana panas hingga kekuningan.

10 comments:

  1. Salam kak yatie! alahaiiii lama benor lah kita tak makan epok2 nak buat malasnyer lah sgt nak kelim2 dia tu nak lenyek2 lagi haih! buat inti lagi ehehe... yg frozen dah habis laks tuu.. tp nak makan!!! sedapnyer!
    nak ambik 10 ketul :D

    ReplyDelete
  2. kak.. sedapnyer karipap nie,.. fav mie nie guna keledek.. nie yg nak buat jugak nie...

    tq kak... harap tiada perkhabaran yg tak indah di pagi jumaat US mcm mana... :D

    ReplyDelete
  3. salam , yati...sedap nampak karipap tuh ...terliur , lak rasanya...

    ReplyDelete
  4. wah dah selamat kembali ke rumah ye yatie..hehehe...sedapnya karipap

    ReplyDelete
  5. kak yatie.. rupenya mcm2 cara nak buat doh karipap ni kan..bagus tu cube mcm cara nanti boleh tahu mana satu yang menawan kalbu kan...comel la karipap kak yati ni, mmg jari pandai masak tul lah

    ReplyDelete
  6. Ika=> wkmsalam, apalah mak budak malas2 ni...nah akak bagi 12 ketoi karipap...yg lebih 2 tu utk Ika mentong2 mlm2...klau kurang gak..jawablah sendrik...wakakakaka...

    ReplyDelete
  7. Mimie=> kalau teringin tu bolehlah buat karipap ni...jngn lupa bagi akak rasa ya..kat US alhamdulillah semuanya ok..

    ReplyDelete
  8. Rohaya=> wkmsalam, terliur ke....apa lagi buatlah...kalau takmo, beli je..kat sini takde jual,tu yg kena wat sendiri..hi3..

    ReplyDelete
  9. Shiori=> alhamdulillah dah selamat sampai...tapi tekak ni mcm2 nak mkn...

    ReplyDelete
  10. Izah=> mmng bnyk resepi doh karipap ni...bnyk gak yg akak cuba...ini salah satu yg ranggup gak...cubalah..jari ni mcm biasa je...thanks...hi3..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails