Wednesday, June 23, 2010

Apple And Pecan Muffin

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Semoga anda semua ceria2 selalu. Inilah muffin yg saya buat utk minum petang. Muffin ni sedap dan rasanya seakan2 apple cake. Resepi asal adalah dari Che Mat Gebu. Izinkan saya C&P resepinya di sini ya CMG....terima kasih banyak2. Kalau kawan2 nak tahu rasanya....kenalah cuba sendiri ya.


Pecan tu sebagai hiasan ya...jngn masukkan seketol2...adunan berat nanti.

BAHAN - BAHANNYA :-)
  • 180 g mentega
  • 100 g gula perang (brown sugar)
  • 40 g gula halus
  • 2 biji telur saiz A
  • 80 ml susu segar
  • 200 g tepung gandum*
  • 2 camca teh baking powder*
  • 1/4 camca teh serbuk kayu manis (optional)*(*digaul rata dan ayak)
  • 1 biji epal hijau, kupas kulit dan parut kasar
  • 10 - 15 biji kacang pecan, cincang kasar
  • 1 camca teh esen vanilla
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, alas bekas muffin dengan paper cup atau guna muffin cup jenis keras. Putar mentega, gula perang dan gula halus hingga rata. Tambah telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang.
  2. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung berselang seli dengan susu hingga habis, gaul rata. Masukkan esen vanilla, epal dan cincangan kacang pecan, gaul rata menggunakan spatula.
  3. Sudukan ke dalam bekas muffin tadi 3/4 penuh, buat hingga siap dan bakar 20 - 25 minit hingga kuning keemasan mengikut keadaan oven masing.
  4. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan....Kuantiti mengikut saiz muffin cup masing.....

10 comments:

  1. salam yatie :D sedapppnye maffin... gebus2 gitu...

    tu kupang kat bawah tu.. punya la sedapp.. sampai terliur2 ni... hmmmm.. nyummyy..

    nak rehat jap lagi... nani makan maggie mee je .. huhuhu.. hujan lebat kat opis ni.. tak leh kuar.. nasib baik ade stock maggie dalam laci.. :)

    ReplyDelete
  2. Sedapnya!!!

    nak mendptkan berat badan ideal? sila lah ke blog sy

    Product terhangat di pasaran, murah dan berkesan

    RX Lite

    ReplyDelete
  3. salam kak yatie,
    Aduh kak, mesti terasa2 epal dalam muffin tu. campur kacang lagi. humm... yum yum. kacang pecan rasa dia macam mana? tak penah beli :)

    ReplyDelete
  4. Salam kak yatie! addduhhh pecan tu buat kita terliur! kat sini mahal! yg mampu lg beli walnut jerr macadamia, pecan mmg mahal..huhuhu

    ReplyDelete
  5. Jassanani=> wkmsalam, terima kasih, mmng sedap muffin dan kupang ni....kalau teringin tu, bolehlah cuba....sesekali mkn maggie pun sedap..

    ReplyDelete
  6. Kamarul=> terima kasih kerana sudi singgah ke sini...nnti akak singgah ke sana pulak ya..

    ReplyDelete
  7. Jijjah=> mmng sedap pecan ni...

    ReplyDelete
  8. Indahhouse=> wkmsalam, mmng sedap muffin ni....pecan ni rasanya seakan2 walnut....ranggup tapi tak keras....mmng sedap..

    ReplyDelete
  9. Ika=> wkmsalam, Iyeke....kat sini kalau apa2 jenis kekacang mmng murah....sedap pulak tu....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails