Saturday, June 12, 2010

Talam Pandan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Sebenarnya kuih ni saya buat semalam tapi baru sempat n3 hari ini. Semalam sibuk sangat memilih gambar2 masa jln2, tu yg naik pening semacam. Rasanya terubat pening saya bila dapat makan kuih kegemaran saya...kuih2 talam. Bagi peminat kuih mcm ni bolehlah mencubanya, bagi yg tak tu...hi3 cuci mata jelah ya. Mari kita lihat resepinya.



Bahan Utk Lapisan Bawah
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 s/b tepung jagung
  • 1/2 cawan gula (saya tambah 2 sb lagi)
  • 2 cawan santan cair + sikit garam
  • 1 cawan jus pandan + pewarna hijau
  • 1 sb air kapur
Cara Masak L.Bawah
  1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang 8 inci dan kukus sebentar.
  2. Masukkan semua bahan lapisan bawah ke dlm mangkuk dan kacau rata. Tapiskan.
  3. Masak adunan sebentar sehingga naik wap dlm 10 minit dan kacau sentiasa.
  4. Tuangkan kedalam loyang dan kukuskan sehingga masak anggaran selama 20 minit.
  5. = sementara itu, bolehlah sediakan bahan lapisan atas pula.
Bahan Utk Lapisan Atas
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 4 sudu besar tpng jagung
  • 3 cawan santan sederhana pekat
  • 1 s/k garam
Cara Masak Lapisan Atas
  1. Gaulkan semua bahan lapisan atas dan tapiskan.
  2. Masakkan sekejap adunan ni diatas api yg perlahan. Sentiasa kacau supaya adunan ni tidak berketul2 (dlm 10 minit)
  3. Bila adunan lapisan bawah telah masak, cakarkan sikit dgn garfu dan tuangkan adunan lapisan atas ke atas lapisan bawah tadi.
  4. ( sekiranya ada sedikit air atas lapisan tu, bolehlah lapkan sedikit guna kertas tisu dan cakarkan)
  5. Kukus lagi selama 20 minit. Setelah siap, angkat dan sejukkan.
  6. Sejukkan betul2 sebelum potong dan hidangkan.( potong guna pisau plastik/pisau kek)

13 comments:

  1. Salam kak yatieee!!! alaaaaaaaa..sedapnyer talam! nak buat tp kita jer yg makan tp ttp buat hihihi.. sedap tu talam pandan mesti wangi jer bau dia ;-)

    ReplyDelete
  2. salam yati. rajin betul yati buat kuih talam ye. ain pulak rajin beli n makan je.hehe

    ReplyDelete
  3. salam...sedapnya.leh try resepi ni nanti..balik2 bercuti, tros masak k.yatie ni...kalo zla.....:)

    ReplyDelete
  4. oo kak yatie..mentang la gula ada berkilo kilo tau siap tambah lagi gula kat resepi tu...aaa tak sukee...semalam baru usha talam pandan ni..tuptup ada kat blog kak yatie daah...aaaa guleeeee

    ReplyDelete
  5. Ika=> wkmsalam, takyah buatlah Ika....mailah mkn kat umah akak ni...bnyk lagi ni..

    ReplyDelete
  6. Ain=> wkmsalam, Yatie mmng peminat kuih talam, tu yg rajin buat kuih mcm ni kak...nak beli mana ada jual kat sini..hu3..

    ReplyDelete
  7. Azila=> wkmsalam, mmng sedap kuih ni...klau sudi bolehlah Zla cuba ya...akak mmng takde cuti2 masak...masa bercuti aritu pun masak kat hotel guna microwave...

    ReplyDelete
  8. Izah=> alahai jngn jeles akak ada bnyk gula...takyah buatlah kuih ni...ni akak bagi seloyang khas utk Izah...ambillah...malu2 pulak...ambek balik kang....kah3...

    ReplyDelete
  9. salam perkenalan. akak baru saja menjenguk blog yati ni. teruja pulak tengok kuih lapis ni. nampak menarik sangat sb hasilnya nampak lembut, cantik dan menggiurkan. rasa macam nak makan.pandai yati buatnya

    ReplyDelete
  10. sedap nye kak. Eiyla sangat minat dengan kuih talam ni. Mase kecik2 setiap hari suruh arwah mak buat kan.. tapi eiyla tak penah buat lagi hehehe

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum. Mohon share ye kak. Nampak sedap sgt. Nanti nak cuba. Terima kasih..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails