Sunday, June 20, 2010

Selamat Hari Bapa


Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Di kesempatan ini daku ingin mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua lelaki yang bergelar bapa, ayah, abah, papa, daddy, baba dan sebagainya......semoga semuanya sentiasa di rahmati sepanjang kehidupan ini.

Selamat Hari Bapa ku ucapkan kepada ayahanda tercinta iaitu Ramlan Bin Wahid. Semoga panjang umur, sihat selalu, bahagia menjalani kehidupan seharian dan semoga sentiasa di limpahkan rezeki dan rahmatnya.
Segala pengorbananmu untuk membesarkanku dan adik beradik akan ku kenang sehingga ke akhir hayatku... Jasamu tidak terbalas hingga ke hujung nyawa dan sesungguhnya daku berbangga memiliki ayah sepertimu.

Tanpa mu, diri ini tiada kan wujud di muka bumi ini....tiada kan ku dapat melihat segala apa yang berada di dunia yang penuh cabaran ini...
Terima kasih atas segala pengorbananmu kepadaku dan keluarga...jasamu akan ku kenang sehingga ke akhir hayatku. Terima kasih juga kepada ibuku kerana memahami ayahku selama ini. Semoga mereka berdua sentiasa di rahmati.

Selamat Hari Bapa juga ku ucapkan kepada ayah mertua ku iaitu Haji Jabor Bin Haji Ikhsan. Kasih sayangku terhadapmu sama seperti kasihnya daku terhadap ayahku sendiri.

Selamat Hari Bapa juga ku ucapkan istimewa buat suamiku Mohd Khata Bin Haji Jabor. Terima kasih kerana menjadi ayah terbaik buat anak2ku, menjadi suami yg memahamiku dan sentiasa bersamaku di kala susah dan senang. Semoga suamiku pnjng umur, diberi kesihatan yg baik dan semoga di limpahkan rahmat buatmu. Sesungguhnya daku dan anak2 amat mengasihi dan menyayangimu. Daku bersyukur memiliki suami sepertimu.

3 comments:

  1. selamat hari bapa untuk abah k.yatie dan suami tersayang..
    tanpa mereka...muramlah hidup kita

    ReplyDelete
  2. Siti Ruhayu=> terima kasih Ayu..Selamat Hari Bapa juga utk abah dan suami Ayu....

    Khata=> sama2...hi3..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails