Monday, June 21, 2010

Kuih Lapis Pelangi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan2 semua. Rasanya semua dah bersarapan pagi ni. Kuih lapis ni saya buat utk minum petang. Biasalah kalau dah siap masak, anak2 mesti bertanya.... Mama nak buat kuih apa hari ni. Anak bongsu saya suka sangat kuih lapis, sama dngn mamanya yg sukakan kuih jenis berkukus. Ini adalah antara kuih lapis yg selalu saya buat dan rasanya lembut dan sedap. Buat kuih lapis ni kenalah bersabar, sekiranya kuih yg kita buat tu tak menjadi, janganlah kita salahkan pd tuan punya resepi. Kita mestilah kaji di mana silapnya kita...mungkin kita kukus sekejap sangat atau sukatan tak berapa betul.

Pastikan setiap lapisan yg kita kukus tu membeku, kadang2 lapisan yg pertengahan kena lebihkan masa sikit sbb lapisan dah tebal....masa ini kita kena pandai mengagak ikut kesesuaian. Sekiranya adunan tak membeku betul, adunan akan bercampur dngn adunan warna lain.Inilah saja cara saya utk pastikan kuih lapis ni menjadi dan cantik. Di sini saya sekadar berkongsi sedikit petua utk pastikan kuih lapis ni menjadi. Kalau yg rajin tu bolehlah guna 7 warna pada setiap adunan sebab namanya kuih lapis pelangi. Saya guna loyang 10 inci utk resepi ini. Kawan2 bolehlah buat separuh adunan sekiranya terasa kuih ni terlalu banyak.



Bahan-bahan
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 tepung beras
  • 1/2 cawan tepung ubi
  • 1 1/2 cawan gula pasir
  • 8 cawan santan sederhana pekat( 1 1/2 biji kelapa parut)
  • 1 sudu kecil garam
  • pewarna merah, hijau, putih, kuning
Cara Penyediaan
  1. Gaulkan semua bahan-bahan dan tapiskan.
  2. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian.
  3. Masukkan pewarna ke dlm setiap bahagian.
  4. Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada loyang yang akan digunakan dan kukus loyang sebentar....nak lagi selamat alas loyang dngn plastik.
  5. Masukkan 1 senduk adunan merah dan kukus selama 5 minit.
  6. Lapiskan pula 1 senduk adunan putih dan kukus lagi selama 5 minit.
  7. Lapiskan warna hijau dan kukus selama 5 minit dan di ikuti warna putih.
  8. Lapiskan adunan berselang-seli hingga habis. (*bagi adunan terakhir, saya balut tudung periuk dengan kitchen towel agar air tidak menitis ke atas permukaan kuih dan dikukus dalam 20 minit ).
  9. Setelah masak, angkat dan sejukkan selama 2 jam. Pastikan kuih betul2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik/ pisau potong kek.

16 comments:

  1. Godaan datang lagi...sabar jer lah!!! Salam Yatie.....banyak tu...jom suapkan Akak barang sepotong dua....hehehe!!!

    ReplyDelete
  2. alahai.. lamanyer tak makan ini kuih.. emmmm maaakkkk .. buat makk...

    heheheheheehe

    pemalas nyer budak.. keh keh keh..

    klik sinie jom ke blog mimie azimask :D ...

    ReplyDelete
  3. Salam kak yatieeeeee!!! kita mmg sukeeeeeeeeeeee dgn kuih lapissss niii, masuk ist kang kalau rajin kita buat :D cantek kaler dia :-)

    ReplyDelete
  4. salam yatie. .sata tu akak bukan nye pandai.. sbb anak2 nak makan akak main taram jer bahan2 nye.

    tentang kuih lapis ni memang betoii setiap langkah kena jaga..wlupun resepi dah betul. olahan ditangan kita yg ptg. mcm akak buat tempoh hari tak jadi sebab akak masukkan sirap ros yg byk sgt jadi cecairnya dah terlebih la.. sekarang akak lebih berhati2. t.kasih kongsi petua .
    bertambah cantik talam yatie.. maksudnya yatie dah dalam barisan PAKAR TALAM taauuu/leh jadi sifuuu ...tabik springgggg maa...

    ReplyDelete
  5. salam yatie..nak tanya resepi ni leh kopek selapis selapis tak my niece nak yg bule koek la.. TQ

    ReplyDelete
  6. Salam Yatie...dah lama x melapis..malasnya..ada sikit x untuk akak...hehe..duk ofis ni tgk macam2, terliur..dah la pose...huhuuu

    ReplyDelete
  7. cantiknya warna dan skill melapis yati...akak suka kuih ni. minta izin c&p yer.tima kasih..

    ReplyDelete
  8. banyaknya lapis kek diaaaaaaa

    ReplyDelete
  9. ee..eh.betui2 mcm pelangila akak.Sedapnye....
    Warna2 pelangi: Merah, Jingga, Kuning, Hijau, Biru, Indigo dan Ungu.

    ReplyDelete
  10. Kak Watie=> wkmsalam, boleh je...akak nganga besar2 ya....hi3...guwau jek...

    ReplyDelete
  11. Mimie=> senang je buat kuih ni....cubalah, kali ni Mimie buat dan bagi mak rasa pulak...ok tak..

    Ika=> wkmsalam, kalau Ika buat lagi cantik kuih lapis tu....buatlah...

    ReplyDelete
  12. Kak Jalilah=> wkmsalam, uish jngn cakap mcm tu kak...Yatie buat kuih suka2 je...kebetulan kuih talam dan kuih lapis mmng kuih kegemaran, mmnglah Yatie rajin buat kuih ni...

    Yat Maria=> wkmsalam, kuih lapis ni mmng boleh di kopek selapis demi selapis....sbb tu Yatie kata kena masak betul2 setiap lapisan...cubalah..

    ReplyDelete
  13. Kak Ummi=> wkmsalam, ada lagi ni kak...elok sangatlah utk akak buat berbuka puasa...makan ya..

    Eliza=> silakan...mmng resepi utk di kongsi bersama...cubalah..

    ReplyDelete
  14. Jaja'Z=> ini kuih lapis dik....

    Shaiful=> mmng warna pelangi ada 7 cikgu....tapi warna kuih tak cukuplah....tu yg guna apa yg ada je..tapi sedap tau...

    E-na=> cantik ke...hi3...

    ReplyDelete
  15. Ciao! complimenti per il tuo blog e molto ricco!!!
    mi sono innamorata dei tuoi dolci li trovo stupendi...devo solo trovare il modo di tradurre le ricette, intanto mi sono aggiunta ai tuoi followers e ti seguirò molto volentieri ^_^

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails