Tuesday, June 15, 2010

Nasi Lemak Sapi

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Inilah nasi lemak sapi yg saya masak dan di makan bersama ayam percik. Rasa nasi ni sedap dan nak menyediakannya pun mudah je. Terima kasih pada K.Ummi kerana berkongsi resepi yg semestinya sedap. Kawan2 apa lagi...cubalah, memang tak rugi punya....terasa kelainan nasi lemaknya. Nasi lemak sapi ni juga sesuai di makan bersama lauk kegemaran masing2. Mari kita lihat resepinya...


Bahan-Bahan:-
  • 3 cawan beras basmathi
  • 3 1/2 cawan santan
  • 3 sudu besar minyak sapi Ghee
  • 2 batang serai - diketuk
  • 1 labu bawang besar - kisar (saya hiris2 je..)
  • 2 cm halia - kisar (saya hiris2 je..)
  • 3 helai daun pandan
  • garam
Cara Memasak:-
  1. Basuh beras dan toskan. (saya basuh dan rendam dlm 20 minit)
  2. Masukkan santan, garam dan daun pandan ke dlm rice cooker.
  3. Sementara itu, panaskan minyak sapi dan tumis bahan kisar dan serai hingga naik bau. Bila nasi mendidih, masukkan bahan tumis, kacau rata. Biarkan nasi masak seperti biasa.
  4. Bila nasi dah masak, bolehlah di gemburkan guna chopstick dan bolehlah di hidangkan.

8 comments:

  1. k yatie.... ratio santan tue santan pekat ker santan cair

    ReplyDelete
  2. Salam kak yatie! dah tido yer akak ehehe.. sedap nasi lemak tuuuu nmpknyer! masuk listttttt lagiiii list yg tak pernah habis :D

    ReplyDelete
  3. kata org, msk guna myk sapi mmg akan menaikkan kesedapan masakan. mesti makin sedap ns lemak guna myk sapi.

    ReplyDelete
  4. PearlnScarf=> ow santan tu guna dari satu biji kelapa...sederhana pekat....akak guna santan dlm tin je....pastu tambah air jadikan jumlah santan yg di perlukan...

    ReplyDelete
  5. Ika=> wkmsalam, mmng sedap nasi lemak ni...cubalah..

    ReplyDelete
  6. Ain=> tu yg Yatie cuba guna resepi ni pulak masak nasi lemak....betullah kak, mmng sedap nasi lemak sapi ni....cubalah...

    ReplyDelete
  7. Izah=> masuk list jngn tak masuk...kalau dah buat bagi akak rasa ya cayang...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails