Friday, June 18, 2010

Double Berry Cheese Cake

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Hari ni saya teringin nak makan kek yg ada cream cheese di dalamnya. Alhamdulillah bila singgah blog kawan2 saya jumpa resepi seperti yg diinginkan. Tanpa membuang masa dan bahan2 pun semuanya ada, saya pun terus mengadun kek yg sedap ni iaitu Double Berry Cheese Cake. Resepi asal adalah dari Chef Wan dan saya C&P dari rumah chef yg sememangnya pakar dlm membuat kek dan memasak iaitu Mat Gebu. Terima kasih kepada penyumbang resepi. Kalau kwn2 nak tahu cara2nya lebih lanjut, bolehlah singgah di blog Mat Gebu. Saya guna jem strawberry dan jem blueberry....tu yg tak terang kalernya....tapi rasanya memang sedap.



BAHAN-BAHANNYA :
  • 250 g cream cheese
  • 150 g mentega
  • 3/4 cawan gula halus
  • 3 biji telur gred A'
  • 1 3/4 cawan tepung gandum*
  • 1 camca teh baking powder*
  • 1/2 camca teh soda bicarbonate*(*digaul dan diayak)
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 1/4 cawan susu segar
  • 4 camca besar blueberry filling
  • 4 camca besat strawberry filling
  • Sedikit "snow powder", untuk hiasan (jika suka)
CARA MEMBUATNYA :
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, sapu bundt-pan dengan mentega dan tabur sedikit tepung, ratakan dan ketuk keluar lebihan tepung (dalam gambar mat guna acuan silicone). Ketepikan.
  2. Putar mentega, cream cheese dan gula halus hingga kembang. Tambah telur satu persatu sambil terus memutar hingga gebu, jangka waktu untuk sebiji telur ialah 1 minit. Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan susu. Buat hingga habis.
  3. Masukkan esen vanilla dan kacau rata. Isi 1/3 adunan ke dalam bundt-pan, sudukan strawberry filling, ratakan dengan chopstick. Kemudian, masukkan 1/3 lagi adunan dan sudukan pula blueberry filling, ratakan juga. Akhir sekali tutup dengan lebihan adunan, ratakan.
  4. Bakar 55 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2. Lepas 55 minit, periksa kek dengan mencucuk lidi sate di tengah2 bahagian kek, jika keluar bersih, kek pun dah masak. Jika belum ok, sambung membakar hingga kek masak. Sejukkan kan sepenuhnya atas jaringan. Ayak "snow powder" atas kek sebagai hiasan...

17 comments:

  1. Salam kak yatie! sebelum g kuar ni nak makan kat sini duluu sedapnyer kek tu! ada berry2 ni sure sedap! nite2 kak!

    ReplyDelete
  2. Ika=> wkmsalam, boleh je..nah akak tapaukan utk Ika sblm akak masuk tido ni.....mmng sedap kek ni...cuma jem akak tak terang pulak warnanya bila dah masak...rasanya sedap..

    ReplyDelete
  3. Huhuhu...Salam Yatie.....Akak tak pernah wat cheese cake lagi...ada juga pegang letak cream cheese tu...250g dah lebih RM10.00 ...takut jer tak menjadi..rasa membazir le pulak...kedekut tak bertempat heheheh!!
    By the way niAkak tapaukan frozen cucur badak 5 ketoi cukup tak??

    ReplyDelete
  4. salam yatie.nak buat jap lagi nih..doakan menjadi ya..kalo cheese cake dari umah azita akak da try.menjadi dan very2 the yummy..hehe

    ReplyDelete
  5. salam yatie...wahhh memang yatie ni pandai masaklah...menjadi betul tengok kek tu...tu baru tengok,kalau dapat rasa tak tahulah nak cakap apa...mesti sedap bangat...hehe

    ReplyDelete
  6. sedapnya kek cheese tu, ada lagi ke kak, rasa sepotong, wah kak, cantik la rumah baru...

    ReplyDelete
  7. salam kak yatie,
    menggoda betul kek tu. ada filling lak tu.. fuh...

    ReplyDelete
  8. Lina=> mmng sedap kek ni..cubalah..

    ReplyDelete
  9. Kak Watie=> wkmsalam, cheese kat sana mmng mahal...kalau akak buat mesti jadi punya, senang je kak..cubalah...sedapnya cucur badak akak ni...terima kasih sbb ingt kat Yatie....sayang akak...

    ReplyDelete
  10. Mimie=> mmng sedap kek ni...harus di cuba ya...

    ReplyDelete
  11. Anymz=> wkmsalam, mesti jadi punya kak...senang je buat kek ni...cubalah..

    ReplyDelete
  12. Ima=> wkmsalam, Yatie mmng minat cuba sesuatu yg baru..kalau dekat Yatie dah bagi rasa kek ni...cubalah, mmng sedap kek ni..

    ReplyDelete
  13. Mas=> thanks...akak saja2 je tukar langsir umah ni...nah akak bagi sepiring utk Mas kek ni..makan ya..

    ReplyDelete
  14. Indahhouse=> wkmsalam, mmng sedap kek ni...ada filling lagi mmng best..cubalah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. slm kak yatie...trima ksih resepi double berry cheese cake ni...saya dh buat bbrp kali jamahkan kwn2 kt tmpt keje...ada seorang kwn juga dh mncuba nyr..mmg sdp kek...

      hamidah mohd apandi
      bt pht jhr..

      Delete

Related Posts with Thumbnails