Saturday, October 12, 2013

Udang Masam Manis

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Tentunya ramai kwn2 yg sudah pulang ke kampung halaman bertemu sanak saudara utk meraikan Hari Raya Korban yg tinggal 2 hari saja lagi. Walauapa pun selamat bercuti semua. Malam esok barulah kami sekeluarga pulang ke kampung. Hari ni masak menu mudah tapi di gemari kami sekeluarga. Kalau lauk udang ni mmng kena masak lebih, maklumlah anak2 mmng suka sangat, lebih2 lagi Hamka...suka betul dia. Kalau dah makan pun boleh terasa lapar lagi...kdng2 tu buat mama nya gelak je sbb Hamka kata baru je makan tapi tak terasa mcm dah makan ...ni penangan lauk udanglah. Kalau lauk lain kuranglah sikit dan takdenya nak cakap mcm tu. Layankan jelahhhhhh..selagi anak berselera nak makan.

Resepi mudah je, janji ada sos tomato, sos cili dan sos tiram jadilah masam manis tu..he3..mudahkan. Kalau nak pedas tu, tambahkan je cili kisar atau cili padi. Bila dah siap, perasakan....cukup masam dan manisnya..kira oklah tu. Jom semak resepi mudah ni. Ini resepi bila nak masak ikan masam manis juga....kita tukar je udang pada ikan..mudahkan...kita buat dia, dan kita juga yg makan...



Bahan-Bahan

  • 1 kg udang sederhana besar
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1/2 cwn sos tomato
  • 1/2 cwn sos cili
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1/2 cwn air
  • 2 biji tomato-dipotong dadu
  • 2 keping gegelang nenas dlm tin-potong kecil
  • Garam, serbuk kunyit, dan sedikit gula
  • sedikit daun sup/ daun limau purut-utk tabur atas udang
  • minyak masak secukupnya
Bahan Hiris
  • 10 biji cili padi merah
  • 1 labu bwng besar
  • 3 ulas bwng putih
Cara Memasak
  1. Udang di gunting muncungnya, cuci bersih dan toskan.
  2. Gaulkan udang bersama serbuk kunyit dan garam. Gorengkan sehingga masak/garing sedikit. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan dulu.
  3. Tinggalkan sedikit minyak dlm kuali, tumiskan bahan2 hiris sehingga naik bau.
  4. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan sedikit air. Biarkan  mendidih sambil di gaul rata.
  5. Masukkan nenas dan tomato yg di potong kecil. Masukkan garam, gula dan gaul rata.
  6. Setelah siap dan cukup rasa, matikan api dan bolehlah masukkan udang yg di goreng tadi. Gaul rata dan bolehlah di hidangkan. Tabur dngn daun sup/ daun limau purut yg di potong kecil.

9 comments:

  1. Agak makan ngn nasi tomato sedap x ni?

    ReplyDelete
  2. Salam kak yati...ni siti sabri..lama sungguh xmsg kak yati...sihat ke akak...kirim salam kat hamka yg kiut miut tu

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum yatie alahai mengancam...ratah sedap ni...

    ReplyDelete
  4. Sedap je nampak udang tu. Kalau buat masak sotong macam tu pun sedap agaknya sebab anak2 kat rumah suka sotong.

    ReplyDelete
  5. Me ha encantado luce muy bueno y colorido deliciosa salsa,abrazos.

    ReplyDelete
  6. Sedapnya kak yatie. Mkn ngan nasik panas mmg syok

    ReplyDelete
  7. Sdap mata memndang pasti nya sdap lg rs nya2 kn..

    ReplyDelete
  8. Saya dah try tadi, memang best!!

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails