Tuesday, May 25, 2010

Ayam Blackpepper Dan Broccoli

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Hari ni saya masak ringkas je...ayam blackpepper dan broccoli, tapi saya tambah tomato dan carrot. Biasanya lauk ringkas ni anak2 suka sebab tak berapa pedas dan siap sayuran sekali. Ok mari kita lihat bahan2 yg di perlukan.


Bahan-bahan
  • 1/2 ekor ayam / 500 gm isi ayam
  • 300 gm brokoli (di potong kecil)
  • 2 biji tomato ( belah 4)
  • 1 batang carrot
  • 1 biji capsicum (di hiris)
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar tepung jagung, bancuh dngn 1/2 cwn air
  • 2 sudu besar serbuk lada hitam
  • 5 sudu besar minyak untuk menumis
  • garam dan gula secukup rasa
Bahan Tumis (di hiris)
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 labu bawang besar
Cara-Cara
  1. Ayam di potong kecil, bersihkan dan toskan.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi dan layu.
  3. Masukkan ayam dan biarkan hingga sedikit empuk. Masukkan carrot...biarkan sebentar, masukkan brokoli dan tumis sehingga masak/lembut.
  4. Masukkan bancuhan air tepung jagung, kicap pekat dan sos tiram.
  5. Masakkan sehingga pekat dan masukkan tomato dan capsicum.
  6. Setelah cukup rasa, bolehlah di angkat dan hidangkan.

13 comments:

  1. Salam kak yatie! kita dtg awal niiii, nak lauk ayam tu nak broccoli lebih taww! suke broccoli :D, ni tgh pkir2 nak buat kek, nak buat kuih tp rasanyer buat kek, agak2 kek kat bwh ni kot ehehe... geram betul tgk! tp penatlah pulak hari ni hihihi.

    ReplyDelete
  2. Uish, Ika nih!!! Always jump que! hehehe...;)

    Love is here too, wanna have for lunch! ^___^

    Akak, there r some awards waiting for U at my space...:)

    ReplyDelete
  3. salam kak yatie,
    wah....saya baru jer angan2 nak makan sayur ni. hihihi. tumpang makan sini dulu.. ;)

    ReplyDelete
  4. k yatie... tapawwwww.... boyeh??

    ReplyDelete
  5. kak yatie nak skitt.brokoli lebih.kedekut ek..majuk ahhh,,balikk aaa

    ReplyDelete
  6. Salam yatie,

    I like this lauk..Kira complete jugakkan, ada kuah , ayam & sayur sekaling..so senang keje.. :)

    ReplyDelete
  7. sedapnya ayam ngan brokoli, rasa sikit...kuah pun nak hirup sikit...

    ReplyDelete
  8. brokoli fav anak2 kat umah! cuma ayam je dia org kurang suka.

    ReplyDelete
  9. Love2Cook=> Hi love, boleh je..jom mkn sama2...thanks for the award...like it..

    ReplyDelete
  10. Ika=> wkmsalam, nasib baik dtng awal....ni pun akak dah hidangkan utk Ika...makanlah jngn malu2...

    ReplyDelete
  11. Indahhouse=> wkmsalam, boleh je..anak2 akak mmng suka sayur2an ni...

    PearlnScarf=> boleh je...ni akak tapaukan ya..

    ReplyDelete
  12. Izahdaut=> akak tak kedekut tau....ni akak bagi Izah, ayam dan broccoli lebih.....suka tak...hi3..

    Yat Maria=> wkmsalam, mmng senang lauk mcm ni...simple dan sedap....hi3..

    ReplyDelete
  13. Mas=> boleh je..jom mkn sama2 dngn akak...

    Ain=> nape anak akak tak suka ayam pulak...mcm2 perangai budak2 kan...yg ada tak mkn sayur....ni terbalik pulak...hi3..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails