Monday, June 22, 2015

Tauhu Sumbat Bersama Sos Cili Merah

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Tauhu sumbat ni merupakan menu berbuka puasa semalam. Biasanya saya masak ringkas je, yg pasti ianya menjadi kegemaran keluarga. Resepi tauhu sumbat ni saya kopipes dari blog K.Ummi dan resepi asalnya dari Chef Hanieliza. Biasanya kalau resepi dari K.Liza ni mmng mudah dan semestinya sedap. Pada kwn2 yg tercari2 resepi tauhu sumbat dan sos cili merah yg sedap tu, bolehlah cuba resepi ni, mudah je. Selamat mencuba...



Bahan-Bahan
  • 10 keping tauhu
  • timun (saya guna 1 biji timun sederhana)
  • sengkuang (saya letak 1/2 sengkuang)
  • carrot (saya guna 1 batang - jgn pilih yg keras sgt)
  • Taugeh- buang akarnya, cuci, celur sekejap dan toskan
  • minyak secukupnya utk goreng tauhu
Cara-Cara:-
  1. Tauhu dipotong 3 segi dan goreng sampai masak. 
  2. Sementara tu, hiriskan sengkuang, carrot dan timun. Celurkan taugeh sekejap je dan toskan.
  3. Ketepikan dulu.
BAHAN2 UTK SOS CILI MERAH
  • 5 tangkai cili merah
  • 4 tangkai cili kering-potong kecil, cuci dan rendamkan dngn air panas
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan air atau secukupnya
  • garam
  •  gula secukup rasa (2 sudu besar)
  • 1 biji jus limau kasturi
Cara-Cara:-
  1. Mesinkan semua bahan kecuali jus limau.
  2. Masakkan sos sehingga pekat.
  3. Campurkan jus limau dan kacau rata. 
CARA PENYEDIAAN2NYA
  1. Belahkan bahagian tauhu yg hendak di masukkan sayuran.
  2. Masukkan sayuran dalam belahan tahu dan hidangkan bersama sos cili merah

4 comments:

  1. wahh...sedap. lame x buat. boleh jadi menu berbuka puasa ni ^^

    ReplyDelete
  2. Sedapnya kak.. Hubby dh beli td tauhu esok kot nak buat. Biasa pki sos cili sket. Esok nk cuba resepi akk ni pulak. Bhn dh ada dah smua

    ReplyDelete
  3. Di johor selalu mkn tahu sumbat dgn kuah kacang, boleh cuba resepi kuah cili pula

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails