Friday, February 28, 2014

Ayam Masak Halia

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Menu yg ringkas lagi. Sebenarnya dah tak tau nak masak apa dngn ayam ni, fikir punya fikir jadilah ayam masak halia yg sangat mudah dan semestinya sedap. Sebelum ni dah pernah masak, terima kasih pd K.Liza penyumbang resepi asal. Sekali lagi saya kongsikan resepinya kat sini. Pada kwn2 yg belum pernah masak tu, boleh cuba resepi mudah ni...


Bahan- Bahan

  • 1/2 ekor ayam (potong kecil, basuh bersih dan toskan)
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1/2 cawan air* 
  • 1 sudu kecil tepung jagung*(*dibancuh bersama)
  • 1 sudu kecil lada hitam - ditumbuk kasar
  • 1 pokok daun bawang/sup - potong pendek
  • 1 biji buah tomato - belah 4
  • 1/2 btng carrot - ptng kecil
  • minyak utk menumis
  • garam dan sedikit gula
Bahan Hiris
  • 5 cm halia
  • 1 labu  bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 tangkai cili merah
  • 4 tangkai cili padi merah- Yatie tambah
Cara-Caranya
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga layu.
  2. Masukkan ayam, lada hitam,sos tiram dan kacau rata. Masukkan sikit air dan tutup.
  3. Masakkan ayam sehingga lembut. Masukkan carrot dan gaul sebati.
  4. Masukkan bancuhan tepung jagung. Biarkan sehingga pekat.
  5. Masukkan tomato buah dan daun bawang. Kacau rata.
  6. Tutup api, angkat dan bolehlah di hidangkan.

2 comments:

  1. Lepas makan lauk ayam masak halia ni lega rasa perutkan Tie... angin pun beransur2 kuaar he heheh

    ReplyDelete
  2. terliur lah pulak tengok ayam halia malam2 ni nasib baik dah makan malam kalau tidak kena korek frezer cari ayam lah ni Yatie

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails