Wednesday, April 4, 2012

Bingka Kentang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni membingka lagi. Sebenarnya masa balik kampung aritu saya buat bingka kentang kegemaran mak dan ayah. Masa tu nak cepat, so tak sempatlah nak tangkap gambar. Hari ni bila buat utk makan sendiri, di sempatkan jugalah utk ambil gambar dan kongsikan bersama resepi yg kerap saya buat. Kuih ni juga menjadi kegemaran kami sekeluarga sbb ianya lemak manis dan lembut je bila di makan. Sebelum ni pernah buat di SINI. Pada peminat kuih bakar/bingka tu, bolehlah mencubanya. Jom kita semak resepinya.




Bahan-bahan.
(loyang 8x8inci)-Yatie guna acuan pecah 8 dapat 4 keping kuih.
  • 1 cwn kentang rebus(dlm 2 biji yg sedang)
  • 1 1/2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn santan (nak kisar dngn daun pandan pun boleh)
  • 1 cwn susu cair
  • 1 cwn gula
  • 2 sudu besar butter/minyak sapi
  • 4 biji telur
  • sedikit garam
  • pewarna hijau dan sedikit pes pandan


  • sedikit bijan
  • 2 sb minyak utk sapu pd loyang -guna butter pun boleh
Cara-cara.
  1. Kentang di rebus hingga empuk, toskan dan dilecek.
  2. Masukkan kesemua bahan ke dalam blender kecuali bijan dan minyak.Kisar sebati.
  3. Sementara itu panaskan oven 180c.Sapukan minyak/butter di sekeliling loyang dan masukkan dlm oven sebentar.
  4. Keluarkan loyang dan tuang adunan tepung tadi dan taburkan bijan di atasnya.
  5. Bakar selama 50 minit api atas bawah dan tambah 5 minit lagi guna api atas je utk garingkan bahagian atas.
  6. Biarkan betul2 sejuk barulah di potong.

21 comments:

  1. Assalam kak, rajinla akak membingka saya suka mkn bingka juga.banyak versi bingka nak kena cuba ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkmsalam Nieza, nak makan mmng kena rajin sikit...mmng banyak versi bingka ni..kalau berkenan bolehlah cuba..mmng sedap..

      Delete
  2. Assalamualaikum Yatie...

    Bingka Labu Kak lin tak boleh makan...tapi Kalau Bingka Kentang tak ada pantang larang...Insya Allah kalau free Kak Lin mmg nak cuba...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkmsalam Kak Lin, bingka kentang ni mmng sedap dan gerenti semuanya boleh makan dan takde pantang larang..cubalah..

      Delete
  3. Mama mmg puji la yatie ni..menjadi saja kueh yg yatie buat...cantik sungguh kejadian nya...mama puji dan puji dan puji dgn hati yg ikhlas ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bebanyak terima kasih mama Ann, terharu di buatnya..

      Delete
  4. saya tengah rebus kentang tu kak. tengok ler apa hasil nyer nanti. hehe.. ingat nak buat roti tapi bnyak kentang tu. insyaAllah masuk list kuih akak ni. akak saya guna loyang bunga gitu kan, yang tebal tukan untuk bingka kan.. tapi melekat. hahaha.. semua loyang gini kalau kena tangan saya sik melekat aje.. haishh

    ReplyDelete
    Replies
    1. owww kalau teringin tu, bolehlah cuba resepi bingka kentang ni Izah..mudah dan sedap...kalau guna acuan mcm ni, letak minyak/butter sekelilingnya..pastu masukkan dlm oven dlm 3 minit gitewww...pastu keluarkan dan tuang adunan dan bakar spt biasa..insyaAllah kuih tak melekat...cubalah...

      Delete
  5. hmmm....macam macam jenis bingka boleh dapat di sini...kita pun sedang membingka ubi cheese...jom tukar

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom..jom tukar suka sama suka...sedap tu bingka ubi cheese..tak pernah rasa...

      Delete
  6. Salam Yatie :)
    Wah mmg sedap nmpk bingka kentang nie lah lama tak buat kuih bingka :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkmsalam MamaHawa,
      apa lagiiii...bolehlah cuba kalau teringin tu..

      Delete
  7. Bingka & Bingka lagi... Meriah nya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuan rumah tngk kemaruk makan bingka..tu yg membingka jek...he3..

      Delete
  8. kiter suka bingka kak... tgk macam2 bingka akak ada... nanti nak cuba jugak la bingka kentang nih.. terliur tgk izah punyer.. jagung tuh nak wat jugak! aishhhhh cakap ajer buatnyer hentah biler! hihihihi

    ReplyDelete
  9. amboi rajin tul adik akak nih asik membingka jek ek..hehe! nk kenen satu tupperware taruh bingka campur2 ek..seme perisa akak nak..hehehe!

    ReplyDelete
  10. Salam kak yatie!! alahaiiiiii... sana sini bingka ya? kita dah plan nak buat bingka tp asyik terbuat benda lain ajerrr, yg ni pun masuk list jugak dah byk betul list kita sampai tak tahu nk cuba yg mana satu dulu hihi.. tamak kita ni ehehe...

    ReplyDelete
  11. Nampak mmg sedap. rajin nanti ingin jg nak cuba.

    ReplyDelete
  12. Cuba jangan tak cuba.. Nak try buat bingka keledek dengan sos

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails