Monday, April 9, 2012

Bingka Cheese Berlauk

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni tayang bingka lagi. Kali ni bingka bukan sebarang bingka ya..bingka yg sedap di beri nama Bingka Cheese Berlauk. Resepi macam biasalah dari Chef terkenal iaitu Chef Hanieliza. Sebelum ni buat versi kukus jadilah Talam Berlauk, kali ni versi bakar dan di tambah parutan cheddar cheese dlm adunan membuatkan bingka ni sedap sangat. Bila makan tu takmo berhenti....sedap sangat tau...mmng mengenyangkan betul, takyah makan nasi lagi daaaaa.

Terima kasih juga pada Kak Ummi yg mewar2kan resepi bingka yg sedap ni. Pada peminat kuih bingka dan tak suka yg manis2 tu, bolehlah cuba versi berlauk ni pula...mmng berbaloi. Terima kasih Kak Liza...akan buat lagi dan lagi sbb sedap sangat.


Bahan A (bancuhan tepung):
  • 1 cawan tepung gandum
  • 3 sudu makan tepung jagung
  • 3 cawan santan (boleh guna 1 cawan susu cair + 2 cawan air) - akak guna santan kotak 1 cawan + 2 cawan air
  • 1 sudu garam halus
  • 2 biji telor
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2 sudu makan parutan Cheddar Cheese
Bahan B (Inti):-
  • 200 gm daging kisar/cincang-kali ni Yatie guna daging ayam kisar pula
  • 2 biji kentang - dipotong dadu
  • 1 labu bawang besar - dipotong dadu
  • 2 ulas bawang putih - cincang (akak tambah ni)
  • 1 batang kecil lobak merah - didadu (akak parut halus)
  • 1 sudu makan rempah kari (akak letak 2 sudu)
  • 2 biji cili merah (dihiris halus)
  • 5 tangkai daun sup (dihiris halus)
  • 1 pokok daun bawang (dihiris halus)
  • 1 sudu makan minyak masak
  • garam secukup rasa
Cara-Cara Membuat Bingka:-
  1. Kacau semua bahan kecuali Cheddar Cheese dan tapiskan ke dalam loyang saiz 8x8 inci yang telah dilenser dengan marjerin.
  2. Kemudian taburkan Cheddar Cheese tadi.
  3. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180C selama 20 minit dahulu.
  4. Kemudian keluarkan dan tuangkan inti lauk dan rata-ratakan di permukaan bingka. Bakar lagi selama 30 minit/hingga masak.
  5. Sejukkan dan taburkan dengan cili merah, daun sup dan daun bawang yang dihiris. Potong dan hidangkan.
Cara Memasak Inti:-
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga layu.
  2. Masukkan daging kisar, kacau rata dan masukkan rempah kari dan kacau rata lagi.
  3. Masukkan kentang dahulu, diikuti dengan lobak dan garam secukup rasa. Masak hingga daging sedikit kering dan masak elok.
  4. Seimbangkan rasa dan tutup api. (*kalau terlalu banyak minyak, toskan inti daging sekejap). (akak masukkan sebahagian bahan hirisan semasa membakar, dan sebahagian lagi ditabur semasa menghidang).

11 comments:

  1. Salam sihat keee..heheh sdp tu bingka be cheese...nnt nak try lah..ank kita suka mkn kuih yg mcm ni

    ReplyDelete
  2. Waaaaaaaaaaaaa.....ngencesss akak tengok tau Yatie...adeeii sabauu jek laaa....mmg sedap bingka berlauk kak Liza nih...akak pun suka sgt...eeee xleh jadi ni..nak kena buat lg nampaknya...eh! Tadi selongkar dapur akak dah kemas balik ke x tu Yatie cayang...hehe

    ReplyDelete
  3. Assalam Dik Yatie....oh mak aiii meleleh air liur!!! Boleh nangis tengok!Sedap.....

    ReplyDelete
  4. assalam yatie...

    sejak kak ummi tayang dulu lagi dah terliur.. rasa mcm nak buat tp asyik tertunda sbb tak cukup bahan.... akak ni kalau ambik resepi takleh ckp kat tuan rumah.. kena diam2 haa... tau2 menjadi je eksperimen.. tp kalau ckp awal2.. kdg tu payah nak jadi.. hehehh.. tp nampak best betul ler bingka ni.. akak kidnap dululah resepi yer.. masuk list dulu.. tp jgn tanya bila nak buat tau.. pantang.. hehehh.. tq yatie..

    ReplyDelete
  5. Salam. Sis. Kita memang suka mkn benda2 yg berlauk ni, aiii, kecur tengokkkkk

    ReplyDelete
  6. Salam ... ada cheese mesti sedap lagi ...fuhhhhh

    ReplyDelete
  7. As'salam Yatie

    dah petang baru sempat singgah sebab bingka cheese berlauk punya pasal sanggup k.ct tunggu lodding lama betul. tenet kat rumah ni dah mulalah nak slow aje ni yatie..hehehe. biasalah anak dara dah balik dia akan on9 24 jam no stop! tensionnn!

    Insya'Allah jika ada kelapangan dan kerajinan k.ct akan cuba yang ni pulak, harap anak2 gemarlah kan :)

    ReplyDelete
  8. Aslmkum Kak..
    Sedapnya..ada cheese, kompem lagi2 la tambah sedap..

    ReplyDelete
  9. wahhh mcmx2 versi bingka ada kat dapur akak ni...yg bubuh cheese sure lagi sedap ni. saya suka nanti ada masa boleh cuba ni:)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails