Tuesday, April 17, 2012

Ayam Paprik Makyung

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,moga hari yg ceria buat kawan2 semua. Terima kasih pada kawan2 yg memberi kata2 semangat buat saya dan juga anak2 saya. Saya amat2 menghargainya.Sebenarnya semalam nak n3 menu ayam paprik makyung ni, tapi tak berkesempatan...kesibukan yg melanda bila anak2 dah mula sekolah ni. Bila petang tu free sikit, tapi hujan lebat, petir dan guruh sabung meyabung hinggalah bekalan letrik tergendala. Bila malam dah mengantuk, pastu line tenet slow yg amat..last2 pagi ni barulah leh update.

Btw menu ni sungguh ringkas tapi sedap sangat. Kalau nak cepat, menu mcm nilah yg menjadi pilihan. Sebelum ni pernah masak ayam paprik diSINI,kali cuba resepi dari makyong@myresepi. Baru2 ni Kak Ummi ada masak menu ni dan K.Ummi C&P resepinya dari Mas. Terima kasih pada penyumbang resepi, mmng sedap masakan ni. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya.



Bahan-Bahan
  • ½ ekor ayam - dipotong kecil2
  • 4 ulas bawang merah - ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 1 labu bawang besar - dimayang
  • 2 batang serai - dititik
  • 2 biji buah tomato - dipotong 4
  • 5 biji cili padi - ditumbuk-Yatie pecah2kan je dan letak lebih sikit
  • bunga kobis, kacang buncis @ panjang@pea, karot.brokoli dan jagung muda
  • 3s/b sos tomato,3s/b sos cili,2s/b sos tiram dan 3s/b kicap manis
  • 4 helai daun limau purut-Yatie tambah
  • 2 biji limau kasturi-ambil jusnya je-Yatie tambah
  • garam jika perlu dan sedikit gula
  • air jika perlu, dlm 1/2 cawan
Cara memasak :
  1. Panaskan kuali. Gorengkan ayam ( agak2 sampai masak, jangan terlalu garing ).Angkat dan ketepikan dulu.
  2. Sementara tu, tinggalkan sedikit minyak utk menumis.
  3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili padi yang ditumbuk, kacau sekejap.
  4. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis. Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. Masukkan serai, daun limau purut, ayam yang digoreng tadi dan sayur-sayuran.
  5. Bila dah mendidih, masukkan bawang besar dan buah tomato. Biarkan seketika dan boleh tutup api.
  6. Semasa menghidang, perahkan limau kasturi.

11 comments:

  1. ASSAlamualaikum kak yatie..
    morninggg.. amboi suke nyer tengok nak2 akak kat bawah tu. smlm saya bz sikit tak sempat nak BW. akak try la buat keria kentang. ritu saya buat tak brapa nak menjadi ikut resepi kat myR

    Papriks besttt.. senang nak buat semua ada dlm satu lauk. pernah jugak buat resepi ni, cume tak dan nak snap. hehe

    ReplyDelete
  2. Salam..
    Ramai yang dah buat paprik Makyung nie..menu lengkaplauk dan sayur... semua dah ada, tinggal masak nasi putih je..pastu boleh buat keje rumah yang lain..hhehe

    ReplyDelete
  3. Yatiiieeeee...ambooiii cepatnya engin turbo dia...dah sampai ke Johor dah paprik makyung nih...akak kalau yg orang masak lg selera nak makan nih! Sebab mood malas tgh melanda..kurang nak masak, kurang nak update segala...hehehehe..

    ReplyDelete
  4. salam..
    menyelerakan.. kalau buat ayam paprik ni tak cukup nasi di buatnya.cukup lengkap dalam satu resepi set piramid makanan ni.tak payah masak lauk lain lagi dah.
    nanti bila yang nak makan cakap satu saje ke..

    ReplyDelete
  5. Assalam Dik Yatie...dah lama Akak tak buat paprik...dulu dah pernah guna resepi ni entahlah masa tu dah blogging ke belum...memang sedap...naknya ..ada sayur mayur yang banyak cam gitu...sungguh enak...& menyelerakan!!tergoda Akak!

    ReplyDelete
  6. Salam Kak Yatie.. wah sedap n menyelerakan .. tgk rampai sayur2 tu satu lauk jek dah cukup.. makan ngan nasi panas2 bertambah2 makan tu kak he he he

    ReplyDelete
  7. sedapnya, kalau makan kat kedai tomyam mesti order paprik

    ReplyDelete
  8. Assalam kak yatie,erm kalo wat msk paprik nih sy mmg suka sbb xyah msk sayur dah,hehe..Sedap kan,ngan aroma daun limau lagi,mmg mbangkitkan selera..

    ReplyDelete
  9. mewahnya tengok paprik kak yatie tu...
    buat mas terliurrr jerkk..
    memang terbaik resepi paprik nie..

    ReplyDelete
  10. asslm kak Yatie...amboi kemain lg nama resepi ni...mesti sesedap namanya jugak...mmg mbangkit selera betul la...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails