Sunday, April 15, 2012

Mohamad Talhah....rindu serindunyaaaaa..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Semalam dah tengok gambar anak dara saya, kali kita tengok pula gambar anak bujang saya. Semalam tu saje je isi masa lapang, ada pula kawan yg bertanyakan khabar berita tentang anak saya Mohamad Talhah di UK. Syukur Alhamdulillah buat masa ni Talhah sihat dan seronok tinggal di UK. Hari2 yg di laluinya setakat ini semuanya baik2 saja. Saya sebagai mak, sentiasa mendoakan kesejahteraannya sepanjang di perantauan. Tipulah kalau kata tak rindu kan. Walau hampir setiap hari bergayut di telefon bersama anak kesayangan, perasaan rindu ini tetap menebal. Lebih2 lagi bila teringat makanan kegemarannya. Ok takmo citer lebih2lah, nanti hati jadi sayu pulak..mulalah berangan dan tak sabar nak jejakkan kaki di bumi UK...he3...Jomlah layan gambar2 yg tak seberapa ni...Terima kasih pada kawan2 yg sentiasa mendoakan kesejahteraan Talhah, terharu sangat dan saya amat menghargainya.



22 comments:

  1. ibu mana tak rindukan anaknya bila berjauhan kan...semoga anakanda sentiasa dibawah lindungan Allah dan berjaya di dunia dan akhirat :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Yatie,
    duduk sekampung lagikan rindu, inikan pula jauh di UK....

    ReplyDelete
  3. Dah besau anak bujang Yatie... Moga sukses.

    ReplyDelete
  4. Salam Kak Yatie.. masa terlalu cepat berlalu anak anak pun cepat membesar.. terpaksa berpisah sementara demi mengejar ilmu.. Ani doakan semoga anak anak kita sentiasa di dalam lindungan juga keberkatan Allah..

    ReplyDelete
  5. Tuuu diaa....pic no 2 tu, mcm model iklan...perghh..

    ReplyDelete
  6. chop jadi menantu.. hehhehehe

    Eh, semalam ayu ke rumah cik Ramli Bakar.. skodeng rumahmu dan mertuamu.. hehehehe

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum akak....
    Seronok tgk anak2 yg berjaya mcm anak bujang akak nie... Moga sentiasa d bwh lindunganNya dan berjaya selalu..

    ReplyDelete
  8. salam yatie..jauh tu yatie..maunya tak rindu..

    ReplyDelete
  9. Adik cantik abang handsome jugak ni.Wow!! nnt cpt bermenantu nmpk nye ni.

    ReplyDelete
  10. Mak muda lagi......dah ada nak bujang.
    Semoga dia berjaya di sana dan dilindungi Allah.

    ReplyDelete
  11. Adik cantik abang handsome juga.Nnt ramai gilerkn.

    ReplyDelete
  12. talhah tak balik ke cuti akhir tahun yatie.. semoga dia sentiasa dlm perlindungan Allah dan berjaya dlm apa yg diceburi :)

    ReplyDelete
  13. assalam yatie..
    dah besar panjang anak bujang & anak dara yatie ye... anak dara akak baru je darjah 6... hehe.. belum pernah berpisah jauh lama2 ngan anak dara akak tu... tahun lepas cuti sekolah pernahla sekali dok ngan opah dia kat kg... haiii.. rindu dibuatnya.. hari pertama nak tinggalkan dia kat kg akak teresak2 dlm kereta sampai ayahnya tegur.. hehe.. akak faham sangatlah kalau yatie kata rindu serindu2nya pada talhah... kalau akak ditempat yatie.. tak taulah mcmana nak hadapi.. tp demi masa depan anak2.. kita harus lalui & restui juga kan.. semoga talhah sentiasa dlm perlindunganNYA sentiasa di rantauan & semoga yatie sentiasa tabah berjauhan dngan anakanda tersayang..

    ReplyDelete
  14. Ibu mana yang tak rindukan anak.. Lagilah pula jauh di perantauan. Sabar ye kak.. Kami semua amat memahami.. Moga dia dilindungi olehNya dan selamat di sana.

    ReplyDelete
  15. salam dek yatie manis
    kalu dah emak manis sudah pasti bakal menantu ni juga manis ooppp encemmm..kak ilah dah berkawan dgn talhah di fb jgn mareeee...kalu nak pikat..mesti pikat menantu dulu..hahaha.. gurau yer yatie...

    ReplyDelete
  16. wah..macam hero malaya!.. moga Talhah berjaya. =)

    ReplyDelete
  17. Assalam Yatie cayang...alahaaaii siannya kat mama Talhah tu...ya la kan, naluri ibu mmg xleh disangkal lagi...semua ibu2 faham... Akak doakan Yatie cekal selalu dan banyak bersabar dalam perpisahan sementara ini...semoga Talhah berjaya dan sentiasa dilindungi kehidupannya di rantau orang... Sabar bnyak2 ya Yatie....*akak lak yg sedissss...huhu

    ReplyDelete
  18. menyinggah lagi.. kelmarin menyinggah dari rumah.. hari ni dari meja kantor.. hehe..

    nak ckp jer akak dah buat dah bingka cheese tu.. mmg marbelesss!! thanks ye yatie goda2 akak....

    ReplyDelete
  19. Salam kak Yatie..

    Auchhh dah ada anak bujang yg henskem wupanya.errr nak oper anak jadi menantu pun xleh....anak2 saya cenonet je lagi semua...

    Kak yat..saya yg pegi keja seharian pun wase windu kat anak2.Inikan pulak berjauhan beribu batu...hati seorang ibu...moga anak bujang akak sokmo dirahmati dan dilindungiNYA selalu...muahhh!

    ReplyDelete
  20. Salam Yatie..

    sekejap aje anak-anak kita dah besarkan..
    Masih lagi teringat kenangan waktu mereka main depan rumah..
    Sekarang semua dah meningkat remaja..

    Semoga Hafiz berjaya dengan cemerlang..

    ReplyDelete
  21. kalau akak rindukan anak yang jauh diperantauan saya pula rindukan ibu di tanahair.mcm tu jugalah mak saya rasa rindukan saya sampai dia jatuh sakit.tapi apa nak buat keadaan menyebabkan kita terpaksa berpisah buat seketika. InsyaAllah dgn teknologi hari ni buatkan yg jauh dpt kita dekatkan. apapun didoakan semoga anak akak berjaya dimana saja dia berada..InsyaAllah.

    ReplyDelete
  22. salam kak yatie...dah terjawab soalan saya. nampaknya Mohamad Talhah seronok dan ceria kat sana. Moga dia terus sukses..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails