Monday, April 30, 2012

Kaswi Pandan Seri Wangi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang2 ni layan kuih kaswi yg sangat sedap, dahlah sedap...mudah pulak tu menyediakannya. Sebenarnya saya nak buat kaswi nyonya yg guna santan tu,tapi asyik warna coklat je...Hamka si peminat warna hijau dah bertanya, bila mama nak buat kuih hijau pulak?Kesianlah pulak si peminat hijau ni. Saya pun buatlah kaswi pandan mcm sebelum ni, dan tambahkan santan dlm adunan tu. Rasanya seakan2 talam pandan...mmng sedap. Lagipun bila buat guna acuan kecik2 ni kuih cepat sejuk dan senang nak makannya. Sayalah orng pertama yg merasa kuih ni, haiiiii mmng takleh cakap banyaklah...hanya boleh cakap SEDAP..SEDAP..dan SANGAT SEDAPPPP...tak caya..cubalah. Jom semak resepinya...



Kuih Kaswi yg baru di angkat dari pengukus, lihat cantik je permukaannya takde air bertakung pun...Hamka dok jeling2 je tak sabar nak merasa..he3....Kali ni mama yg rasa dulu.....yeayyyyy....jngn mareee Hamka....mama terliur sangat...


Bahan-Bahan ( loyang 8 inci, Yatie guna bekas kecil2)
  • 1 1/2 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn tepung ubi
  • 1 cwn gula pasir halus
  • 2 1/2 cwn santan (Yatie guna santan kotak 200ml dan selebihnya tambah air biasa)
  • 1 cwn air pandan (air di kisar bersama 3 helai daun pandan dan tapiskan)
  • 1 sudu besar air kapur sireh
  • 1/2 sudu kecil garam
  • sedikit pewarna hijau.
**1/2 biji kelapa parut putihnya sahaja dan sedikit garam halus, gaulkan rata dan boleh di makan bersama kaswi pandan seri wangi.

Cara-Cara
  1. Panaskan kukusan sementara membancuh adunan kaswi.
  2. Sapu sedikit minyak di sekeliling loyang dan alaskan plastik. Ketepikan dulu.
  3. Kalau guna acuan kecil sapu bekas acuan dngn sedikit minyak juga. Ketepikan dulu.
  4. Sementara itu, satukan tepung ubi dan tepung gandum dlm mangkuk besar.
  5. Masukkan gula, garam, air pandan dan santan. Gaul sebati.
  6. Masukkan air kapur dan pewarna hijau. Saya blend je semuanya.
  7. Tuang dlm loyang yg di panaskan sebentar dan kukus selama 25-30 minit.
  8. Kalau guna acuan kecil, masa mengukus pendek sedikit, antara 15-20 minit.
  9. Bila dah masak, angkat dan sejukkan. Biarkan kuih betul2 sejuk barulah di potong.
**Saya guna acuan kecil, cepat masak dan cepat sejuk...cepat juga utk di makan...gaulkan bersama kelapa parut yg di campur dngn sedikit garam....mmng sedap...

21 comments:

  1. Salam kak yatie!! haaaaaa.. tadi dah ada org suh kita buat kaswi pandan, akak pulak petang2 gini kuarkan kaswi pandan pulak, mmg harus buat ni, tak sabo nak buat haish!

    ReplyDelete
  2. assalam kak yatie.nmpk sgt sedap.baunya pasti wangi kan...

    ReplyDelete
  3. Aslmkum Kak Yatie..
    Cepat2 masuk sini...Kot2 dapat lebih..Hehehehe..
    Siap dah minum ptg akk..Sue kat off lagi ni..pala duk fikir nak mkn apa balik ni. Perut lapo..Rasanya nak pau hb mkn luar ja kot..hehehehe

    ReplyDelete
  4. Salam Yatie... tadi kita tengok daun pandan kat luar rumah dah warna kuning..macam dah nak mati.. dok terpikir nak buat kuih apa..nampak caler hijau kuih yatie..baru ada mood nak menghabiskan daun pandan tu...

    ReplyDelete
  5. Haishh ni yang kepantangan ni. Lusa turun leh beli kelapa parut n pandan. Sukeeeee.. Hamka nak sikittt kongsi ngan acik ek. Mama nya makan dah tak toleh dah tuu. Nak kecek pun dia tak sedor. Hehehe

    ReplyDelete
  6. Macam mana ni? Dah tergoda ni. Alahai bila lah nak berdiet ni.

    ReplyDelete
  7. he he he... sekarang ni kalau nampak akak masak yang ijo2 tu dah kompom hamka yang request kan? menyerlah betul warnanya

    ReplyDelete
  8. Assalam kak, sedapnya tgk kuih kaswi akak ni...hijau yg menawan.sukalah Hamka mkn tu mamanya buat kuih warna hijau..hehe

    ReplyDelete
  9. Assalam Dik Yatie..harum semerbak bau pandan tu sampai Penang you!!!

    ReplyDelete
  10. Salam, Kak Yatie.. hehe.. kelakar mengenangkan budak kecik yang suka kaler hijau tu, hihihi.

    Kita pun suka kaswi tapi tak suka parut kelapa, huhuhu...

    ReplyDelete
  11. cantiknya kehijauan kaswi tu... kueh earth ni... my youngest, kalau kuueh hijau tu.. kueh seri muka... hehehe

    nampak lembut bergoyang2 aje kueh tu...

    ReplyDelete
  12. As'salam Yatie

    Ni setakat 4-5 ketul k.ct sekali ngadap jer Yatie..hehehe. fav sangat2 kuih kaswi, suami pun suka. kalau anak bongsu k.ct tu pulak suka kaler coklat, Hamka suka kaler hijau kenalah tu..hehehe

    ReplyDelete
  13. Suka tengok color dia...cantik.Bolehlah saya cuba resepi ni nanti.

    ReplyDelete
  14. wah Hamka..peminat kuih2 lama rupanya..susah anak2 zmn modenn yg gemar kuih mcm gini sebenarnya..bertuah Si Ibu, berbaloi penat lelah kt dpur..
    hmmm, sedap sgt ni, sekali hadap mau 4 ketul..

    ReplyDelete
  15. SAlam kak Yatie... hadoiii kuih kak Yatie semuanya sedap2.. nanti nak cubalah... sha ni kuih tempatan agak kurang pandai hehe.. nanti nak cuba.. tq kak muahzzz

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. akak..saya pun suka kaswi pandan..dulu makan yg gula merah je...sekarang baru tau yg hijau pun sodap!!! hehehhe

    ReplyDelete
  18. salam yatie,sedap nye kaswi pandan tu tapi kalau akak buat akak berdua je makan anak2 hhmmmm kurang suka tapi ingat nak buat jugak nak ikut selera sendiri suatu hari mana boleh ikut selera budak2 je kan..

    ReplyDelete
  19. salam akak.. nmpk sedap n lembut je kuih ni.. blh jue try tp xsure la menjadi atau tak.. tq 4 the receipe..

    ReplyDelete
  20. Salam..suke sgt tgok..dn mmg berniat nk cube resepi ni..klu menjadi izinkan saya kongsi ilmu ni pd org lain ye...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails