Wednesday, April 11, 2012

Kari Kurma Telur dan Tahniah buat Nieza

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni merupakan cuti umum, jadi ramai rasanya mengambil kesempatan utk pulang kekampung dan ada pula yg mengambil keputusan utk berehat saja di rumah bersama keluarga tersayang. Maklumlah cuti sehari je, mungkin lebih baik dok rumah je. Jangan ada yg tambah cuti sendiri udahlah yaaaa...pastu sambung hingga Ahad.....uwaaa mmng gemoklah nampaknya.

Ok kali ni nak kongsikan bersama resepi Kari Kurma Telur yg sedap ni. Sebelum ni ada kawan yg mengatakan dia peminat telur dan bertanyakan pada saya, boleh tak kongsikan resepi yg berasaskan telur. Pada saya mudah je, resepi ayam boleh juga di tukarkan pada telur...pastu olah2lah sendiri ikut kesesuaian rasa...mudahkan. Pada peminat telur tu bolehlah cuba resepi ni bagi mempelbagaikan koleksi masakan berasaskan telur.



BAHAN- BAHAN
  • 10 biji telur ayam- di rebus, kopek kulitnya dan kelar2kan sikit permukaannya.
  • 2 biji kentang- kupas dan belah 4
  • 2 biji tomato- belah 4 setiap biji
  • 1 keping asam gelugor
  • 2 cwn santan cair
  • 1 cwn santan pekat
  • 2 sudu besar rempah kari ayam
  • 2 sudu besar rempah kurma
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 1 btng lada merah/hijau (belah 2)
  • Garam dan gula
  • 1 sudu besar kerisek
  • Minyak utk menumis
BAHAN TUMIS
  • 2 ulas bawang merah, dihiris
  • 1 ulas bawang putih, dihiris
  • 1 tangaki daun kari
  • 1 btng serai- dititik
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
BAHAN KISAR HALUS
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
CARA MEMBUATNYA :-
  1. Blend bahan2 kisar sehingga halus, campurkan bersama rempah kari, rempah kurma dan serbuk cili... kisar lagi.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumis hingga harum, masukkan serai yg di titik, masukkan bahan kisar dan tumis hingga terbit minyak, guna api sederhana.
  3. Masukkan kentang, gaul rata. Tuang santan cair, kacau dan masak hingga mendidih, biar sehingga kentang empuk.
  4. Masukkan telur yg di rebus tadi. Masukkan kerisek dan gaul lagi.
  5. Masukkan asam gelugor, garam dan gula secukup rasa dan kacau perlahan. Tuang santan pekat, kacau lagi dan biar mendidih dengan api sederhana.
  6. Akhir sekali masukkan tomato dan lada hijau/merah yg di belah 2.... masak sekejap lagi.
  7. Perasakan, sekiranya dah ok, matikan api dan hidangkan.


Happy 2nd Bloggersary Our Journey Begins

Cantik tak gambar kat bawah ni? Sebenarnya gambar bunga2 kat bawah ni datangnya dari Nieza di Finland sempena ulangtahun blog Our Journey Begins yg ke 2 thn. Terima kasih dan tahniah akak ucapkan pada Nieza. Moga terus sukses dan terus berkongsi ilmu masakan dan pengalaman sepanjang berada di perantauan. Maaf ya akak lewat gantungkan kad ni kat blog di sebabkan kesibukan yg melanda dan hampir terlupa je, ini bukanlah di sengajakan ya dik. Semoga ukhuwah yg terjalin selama ini terus berkekalan hingga keakhir hayat hendaknya. Terima kasih kerana menjadi sebahagian dari rakan2 akak yg baik hati. Akak amat2 menghargainya.


6 comments:

  1. Assalamualaikum Yatie,
    banyak tu 10 biji telur, mintalah barang 2 biji dengan lebihkan kuahnya buat cicah roti gardenia petang nih!

    ReplyDelete
  2. salam yatie..acik ambik resepi ye..belum pernah msak kari/kurma telur..biasanya..kaalu masak kari..rempah kari je..klau masak kurmah rempah kurma je

    ReplyDelete
  3. aslmkum yatie.. hari ni sy masak kari jugak.. kari ikan.. dah lama tak main msk2.. klau ada kari msti ada sambal belacan .. btmbh2 nasi..

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum kak Yatie cyng, sedap betul tgk kurma telur akak ni.lapar lak rasa..hehe

    terima kasih kak Yatie, sudi ambil kad dan bunga ni...semoga perkenalan kita dialam maya ni akan berterusan hingga ke alam realiti pula satu hari nanti..InsyaAllah.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum kak Yatie,
    Pepagi terliur tgk kuah telur yang pekat nie.kalau cicah dengan lmpeng pun sodap nie..

    ReplyDelete
  6. Nak cuba buatlah ... nampak macam sodap ja

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails