Terima kasih pada Kak Liza kerana berkongsi resepi yg best ni. Izinkan Yatie kongsikan resepinya kat sini pula ya. Pada peminat ayam bakar/panggang tu....bolehlah mencubanya.Jom semak resepinya.
Bahan-Bahan
- 1 ekor ayam
- 4 sudu besar sos BBQ [K.Liza gunakan sos BBQ Pedas Knorr]
- 1 sudu besar lada hitam *-Yatie guna serbuk lada hitam yg kasar
- 2 ulas bawang putih*
- 3 sm halia*(bahan bertanda* di tumbuk halus)
- 1 s/b dry oregano
- 1 s/b olive oil
- Bersihkan ayam dan keringkan betul-betul. Yatie belah 4 dan bahagian yg kecil2 buat sup je.
- Gaulkan semua bahan dan perapkan selama 2 - 3 jam.
- Bakarkan dalam oven pada suhu 200'C selama 1 jam atau sehingga masak.
- Hidangkan dengan sayuran. Yatie makan bersama sos lada hitam.
sedap ni, rasanya ada oregano kat rumah, tapi tak tau nak guna masak apa, boleh lah try resepi yg ni =)
ReplyDeletewiiii sedap nya... rasa nak numpang meratah jugak. smlm pun saya meng'ayam' jugak. *rosak bahasa...hehe
ReplyDeletebuat ayam panggang kuali. sesuka hati jek kan. tapi bebudak mkan tak toleh2..sedap la tu kot. hehe
sedapnyer! lately mmg k.nor suka buat ayam panggang/bakar.. boleh masuk list ni.. thanks yatie :)
ReplyDeleteaww!! menggoda u...
ReplyDeleteAslmkm Kak Yatie...pekabo? sedapnya nampak ayam tu..bak sekor kak..hehe
ReplyDeleteoregano tu saya pakai buat spagetti je, lepas ni leh try buat ayam bakar ni la :)
ReplyDeletenmpk myelerakan la dan sedap sgt tgk menu ni...dh buh dlm list ni...tq resepi...
ReplyDeleteAssalamualaikum Yatie,
ReplyDeletememang resepi Kak Liza sedap2 belaka... Amie pun dah pernah cuba ayam bakar oreganonya.
dappnya....kak yatie mana sedap, ayam panggang ke kuih talam..hehe
ReplyDeleteSalam Yatie... kalau mcm ni... tak makan nasi tak pe... ayam je dah menyelerakan...
ReplyDeletesalam kak,
ReplyDeleteHarum dah pasti diapunya bau kat ayam nie..sedap tu
Wahhhh sedapnya ayam bakar tu kak. Letak oregano mesti lagiiii bes! ;)
ReplyDeletealamak kakkk... petang2 nih kok tengok ayam bakoooo... perut kiter pon terbakoooo... lapoooooo
ReplyDeletesedapnya!! kalau saya buat ni memang meratah gitu jer la...:)
ReplyDeleteSalam Yati.kalau ayam bakar confirm laku kat rumah...ratah gitu kejap je licin...
ReplyDeleteAlahai..oregano tu la yg susah nak ada dlm rmh ni, cmne tu? kena cari ni.
ReplyDeleteYatie, akak minta izin copy paste ke blog ye, kuih talam lapis sagu.