Thursday, April 19, 2012

Bingka Labu Lemak Manis

Assalamualaikum dan Selamat pagi semua. Dah bersarapan ke? Tentulah sudah..kan..Walau cuma makan roti cicah milo/nescaffe kira dah bf jugalah. Jangan di biarkan perut tu kosong sebelum melakukan tugas seharian ya. Kalau saya mesti bf yg ringan2 je, kalau makan yg berat2 pagi2 ni..mesti perut memulas...tu yg malas tu. Pagi ni saya bf bingka labu lemak manis. Sebenarnya buat bingka ni malam tadi, bila dah masak tu terus biarkan sejuk tanpa di rasa dulu. Kali ni kira baiklah sbb jadi penyabar sikit. Biasanya kalau tngk kuih dah masak mesti nak rasa masa tu juga. Lagipun dah malam dan mengantuk sangat..tu yg lupakan niat nak merasa tu....nasib baik tak termimpi2 si labu...he3..

Pagi ni barulah dapat merasa, lagipun sebelum ni dah kerap buat..tu yg tak jakun sangat tuuu.Bila anak2 dah pergi kesekolah barulah acara tangkap gambar bermula, kalau tak maunya di tegur Hamka, kuih ni dah boleh makan ke..mama dah ambek gambar ke sebelum Hamka makan ni...adoyaiiiii klakorlah bila teringat telatah anak2 ni..tapi seronokkan ada yg mengusik kita. Kadang2 tu boleh ketawa sorang2 di buatnya...

Btw bingka labu ni mmng sedap sangat, terasa lemak manisnya sbb tu dinamakan bingka labu lemak manis....gabungan santan, susu pekat dan susu cair membuatkan bingka ni sungguh sedap sangat. Kalau tak percaya, anda cubalah sendiri. Jom semak resepinya....

Sebelum tu nak ajak kawan2 semua singgah blog pilihan di SINI. Kalau nak tau siapakah gerangannya....jom singgah...





BAHAN-BAHAN-Yatie guna loyang bulat 9 inci
  • 2 biji telur
  • 2 cwn santan (Yatie guna santan kotak kara 200ml, selebihnya tambah air biasa je)
  • 1/2 cwn susu cair
  • 2 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn gula pasir halus
  • 1/2 cwn susu pekat manis
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 sudu besar butter/minyak sapi-Yatie guna minyak sapi
  • 2 cwn labu- yg telah direbus, toskan dan dilecek
  • sedikit bijan utk tabur di atas permukaan kuih
CARA-CARA
  1. Panaskan oven pada suhu 200C, lenser loyang dengan mentega, panaskan sebentar .
  2. Satukan bahan2 diatas kecuali labu yg di lecek dan bijan dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu.
  3. Tapis adunan tadi, kalau guna blender lagi senang. Tuangkan dlm mangkuk besar dan masukkan labu yg telah di lecek, kacau hingga rata.
  4. Tuang dalam loyang yang telah di panaskan tadi.
  5. Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran.
  6. Biarkan kuih betul2 sejuk barulah di potong.
**Labu tu sengaja saya tak blender sekali sebab suka tngk jalur2 labu yg tak hancur sangat masa kuih di potong. Rasa makin teruja nak menikmati kesedapannya.

18 comments:

  1. Salam, Kak Yatie.

    Hihihi.. kelakar lak baca gelagat Hamka & kejakunan Kak Yatie tu... tapi betullah, kalau dah siap masak atau buat apa2 kuih tu, mmg tak sabar nak merasa, kan...

    Nak order bingka, boleh???

    ReplyDelete
  2. sedap nampak bingka ni yatie. Terliurlah.

    ReplyDelete
  3. Assalam yati, sama lah mcm anak2 akk ni, bila nak mkn je mesti tanya mama dh amik gambar ke belum huhuuh, heheh anak2 pun dh tau hobi mamanya. Secara spontan je ayat tu keluar dari mulut diorang.

    Nampak sedap bingka labu tu yati, terliur akk

    ReplyDelete
  4. Aaarrgghhhh!!!! kita terlior....

    ReplyDelete
  5. Salam Kak Yatie...lama plak rasanya tak membika labu ni...Bila tgk sini terasa nak cuba versi ni plak..pasti best kan....

    ReplyDelete
  6. salam kenal Yatie,cantik nya bingka ni sangat terliur nengok ni..rasanya nak kena cari labu jugak ni..

    ReplyDelete
  7. Salam kak,
    Ada lagi ke ni??.serlah kalrr dia.Baru gi econsave tadi trpandang labu, tp tak bersedia nk membeli lagi.nex time nk try juga..

    ReplyDelete
  8. saya pun suke bingka labu.. sukeee memang lemak manis nye tu.. fuhh bestt..

    ReplyDelete
  9. Baru je saya kukus labu ni..Yatie dah tayang.. nanti malam saya buat ikut resepi ni yer...

    ReplyDelete
  10. sukanya tenggok bingka-bingka ni.untuk minum petang mesti best ni.nampak sedap lemak berkrim la..

    ReplyDelete
  11. sedapnye bingka labu tu...suka mkn...tp QH xtau la bile nk mbingka...

    ReplyDelete
  12. kalau bingka yang garing ni... ogyep x de lain lah... cop tang kerak dia ya...

    ReplyDelete
  13. Assalammualaikum Kak yati... wahhhh bingka tuuu.. bijan kat atas bingka tu buat kecur ni.. nak cuba resipe akak boleh.. sha ada ubi.. nanti kita tukar seloyang yaa kak.... Akak sha dah klik kat atas tu.... hahhaaa.. terima kasih kak kerana sudi share dapur sha yang tak seberapa tu yaa.. tq so much kak cayang akak.. sorry datang lewat naa ni... tak pe yang penting sha dah singgah.. sayang akak muahhhzzzz..

    ReplyDelete
  14. Salam Yati.sama pula entry kita...bingka labu.skrg ni dah suka dg bingka labu...rasa lemak dan garing kat atas tu yg sedap.anak2pun dah tahukan tak boleh mkn sebelum mamanya ambil gambar...hi..hi.sama dg anak sy.....

    ReplyDelete
  15. lama tak beli labu...sedapnya tgk kuih bingka ni.saya suka kuih bingka yg versi labu ni belum cuba lagi.

    ReplyDelete
  16. Assalam Yati.
    Dah cuba resepi ni...mmg sedap sgt2.

    ReplyDelete
  17. wokeh... dapat pun resepi. TQ dear

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails