Tuesday, April 3, 2012

Bingka Jagung

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Lama tak bersiaran, rasa rindu pulak pada kawan2 semua. Maklumlah sabtu dan ahad kami sekeluarga balik kampung, di ikuti isnin masih busy lagi..so jadi malaslah pulak nak ngadap lappy ni. Pagi ni gagahkan jua diri ini utk hidangkan sesuatu di blog Sinar Kehidupanku, asyik tngk menu rendang telur je...jemulah pulak kannnn.

Sebenarnya kuih bingka ni saya buat malam tadi. Kebetulan tekak ni teringin sangat nak makan bingka jagung. Bila nak buat tu, confident je bahan2 semua cukup...bila dah adun bahan2 baru perasan, jagung cream yg nak di gunakan dah tak elok kat esbok. Kalau stok whole kernel corn tu banyaklah. Saya pun kisar jagung biji tu dan tambahkan perisa minuman jagung sebagai ganti jagung cream tu. Bila dah masak, memang sedaplah dan bau harum je masa pembakaran kuih tu. Pada peminat jagung tu, bolehlah mencuba bingka jagung resepi yg mudah ni. Kawan2 boleh juga lihat Bingka Jagung yg pernah saya buat sebelum ni.




Bahan-Bahan (loyang 10x10 inci)
  • 1 cawan jagung- whole kernel corn*(* di kisar bersama)
  • 1/2 cawan air*
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn santan pekat
  • 1 cawan santan cair
  • 1 1/4 cwn gula
  • 2 sudu besar butter/minyak sapi
  • 4 biji telur
  • secubit garam
  • 4 sudu besar perisa minuman jagung(yg boleh bancuh buat air tuuuu)
  • sedikit bijan
  • 2 sudu besar minyak utk sapu pd loyang- boleh juga sapu butter
Cara-Cara.
  1. Kisar jagung bersama 1/2 cawan air. Ketepikan dulu.
  2. Dalam mangkuk besar satukan semua bahan kecuali minyak dan bijan.
  3. Masukkan kesemua bahan ke dalam blender dan kisar sebati.
  4. Sementara itu panaskan oven 180c.
  5. Sapukan minyak/butter di sekeliling loyang dan masukkan dlm oven sebentar.
  6. Keluarkan loyang dan tuang adunan tepung tadi dan taburkan bijan di atasnya.
  7. Bakar selama 60 minit api atas bawah dan tambah 5 minit lagi utk garingkan bahagian atas.
  8. Biarkan betul2 sejuk barulah di potong.Selamat Mencuba.

16 comments:

  1. Salam, Kak Yatie... Rajinnya lahaiiii.. malam2 pun berbingka.. jom tengok kuda minggu depan.. jgn lupa bawa satu loyang bingka buat kunyah2 eh.. hehehehe

    ReplyDelete
  2. Sana sini ada bingka jagung... sedap tuh... nak sepotong

    ReplyDelete
  3. Assallamualaikum kak Yatie..
    Ramai pulak org buat bingka lately.. Naz suka kerak2 yg bahagian tepi2 tu kak..

    ReplyDelete
  4. kak yatieeeee..oo padan la senyap je, akak balik kampung rupanya ye.. bila la nka balik kampung juak ni, lama dah rasa tak emnghirup udara sejuk kampung. huhu.

    sedapnyer nampak bingka akak tu,haish bingka kreker pun tak terbuat lagi ni. hehehe..

    ReplyDelete
  5. Salam. saya sedang cari resepi bahulu yang berwarna pink yg acuannya sama dengan acuan kueh bakar..ianya resepi tradisional negeri Perak dikenali dengan nama 'bahulu kemboja' sebab warna pink sama mcm bunga kemboja..tapi bila cari kat internet 'baulu kemboja' keluar kueh bakar..ada tak dalam simpanan Pn Yatie?

    kak zuraidah kadirun

    ReplyDelete
  6. uwaaaa..
    kak yatie menggoda ngan bingka jagung lak..
    sabar jerk nengoknya..

    ReplyDelete
  7. Itu la ka... ramai pulak yang rajin membingka-bingka... Minggu Bingka gamaknya ya.. ogyep cop tang kerak ya..

    ReplyDelete
  8. Salam kak.yatie...patut la dapur akak sunyi je minggu lps...asz pun lama x blk kg..rindu plak..mggu nie kn blk nie...sedap btl bingka..bak cini sepotong dua kak

    ReplyDelete
  9. Waaaahh, menu mengancam ada kat sini..like3

    ReplyDelete
  10. salam kenal dan ziarah disini kak yati.banyak menu menarik..:)sy follow akk yer.

    ReplyDelete
  11. Mama pun suka bingka jagung ni..selalu buat resepi sendiri..kali ni mama nk ikut resepi yatie pulak..nampak cantik..tentu sedap kan....terima kasih..

    ReplyDelete
  12. As'salam Yatie

    k.ct kalau kuih2 macam ni memang fav sangat2 Yatie. kalau kek2 atau muffin ni ada lambat sikit nak telan sekarang ni. sebabnya sekarang pun dah kurang sikit buat kek2 bagai ni. anak2 pun dah kurang makan keklah. Tu yang asik tanyang kuih aje, harap tak ada yang jemulah kan..hihi

    yatie, selalu ya lambat nak lodding blog k.ct tu, sebab k.ct dah kurangkan kebesarannya, dah suh adik kat JB bukak, tapi dia kata okey aje. Tak apalah Yatie kuar satu dua pun jadilah janji Yatie dapat singgah kan..hahaha

    ReplyDelete
  13. Mmmmm yummy...nak cikiiiiit kak

    ReplyDelete
  14. Salam windu kak Yatie, wahh bestnyer blk kg.sedap tengok bingka ni kak..lum pernah buat lagi versi berjagung gini.nanti boleh cuba..:)

    ReplyDelete
  15. salam k.yatie..sedapnya bingka jagung mmg paberet nih..nk try resepi akk pulak la..sblm ni da try resepi chef hanieliza..i like..

    ReplyDelete
  16. Kalau masuk sini mmg akan log off dgn air .iur meleleh punya...beh tul ngonyel petang2 lepas tu buat pengubat nk lelap2 sambil menempa lelemak kan...tkpe, hai lemak! Ada aku kesah?! Hikhik...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails