Saturday, April 21, 2012

Muffin Coklat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya buat muffin coklat utk bekalan perjalanan esok. Esok ada urusan kat KL, so bolehlah anak2 makan muffin ni masa kat kereta. Hari ni pun takde idea nak citer apa sbb penat mengemas. Layan jelah muffin coklat yg sangat sedap ni. Kalau ada kelapangan tu, bolehlah para ibu buat muffin coklat ni bersama anak2 di hari minggu. Dahlah senang, sedap pulak tu. Manalah tau hari minggu ni ada tetamu jauh ke nak dtng rumah, jadi muffin ni jadilah penyelamat. Resepi ni saya ambil dari blog Izah yg memang pakar membuat pelbagai muffin tu. Ramai yg dah mencubanya....anda bila lagi?????
Pada yg nak mencuba tu, jom semak resepi yg mudah ni, kacau2 je takyah guna mixer segala...mudahkan...




Bahan-bahannya:

A
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan serbuk koko
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 2 sudu kecil soda bikarbonate
  • 3 sudu teh nescafe- Yatie letak 1 sudu teh je
  • sedikit garam
B
  • 2 cawan gula kastor (Yatie letak 1 3/4 cwn je)
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan susu cair (atau susu segar)
  • 3 biji telur
  • 1-2 sb oren sunquick * izah tambah
C
  • 3/4 cawan air panas
Cara-cara
  1. Campurkan semua bahan-bahan B dan letak ketepi.
  2. Ayakkan tepung bersama serbuk koko, baking powder dan soda dan campurkan semua bahan A di dalam mangkuk besar.
  3. Masukkan bahan B ke dalam A dan kacau rata.
  4. Kemudian akhir sekali masukkan air panas ke dalam adunan tadi dan gaul rata.
  5. Ceduk ke dalam muffin cup dan bakar pada suhu 175 C selama 20 minit atau sehingga masak bergantung pada oven masing2 ya.

**Yatie buat 3 cara, ada yg isi dlm 1/2 cup muffin,ada yg 2/3 cup muffin dan ada yg 3/4 cup muffin. Bila dah masak cantik yg di isi 2/3 cup. Selamat Mencuba.

23 comments:

  1. Salam Kak Yatie,gebu2nya mufin coklat ni...gue ambik dua ketul yer kak..

    ReplyDelete
  2. Salam kak, ada mufin dalam tudung saji..nak cuit2 juga..hihi..

    ReplyDelete
  3. Mudah je resepi ni.. Bila2 boleh cuba..Tq Kak Yatie..

    ReplyDelete
  4. aihhh
    nasib la umah sewa ni x de oben
    kalo x
    buat dah
    jelesss2
    hahahaha :))

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum kak yatie..sedapnya muffin coklat ni,kebtln plak zura pun muffin ptg td tp x n3 lagi..guna resepi kak izah gak..nk tnyala kat kak,masa kak letak adunan dlm muffin cup jenis ni isi separuh ke 3/4?

    ReplyDelete
  6. salam kak yatie..x leh tido lg nie..merayap2 kesini..nampak pulak mupin comel nie..utg ank2 akk dapat mama rajin..:)

    ReplyDelete
  7. salam kak..kebetulan plak zura pun buat muffin ptg td guna resepi kak izah gak cuma x n3 je lagi..nk tanya kt akak la,akak guna muffin cup mcm ni isi adunan 1/2 atau 3/4?

    ReplyDelete
  8. nmpak gebu muffinnya.......msti sedap nih...!

    ReplyDelete
  9. Salam kak yatie! kangennnnnnn!!! hihihi... muffin ni kta belum pernah buat lagi, nanti nak cuba buat lah bg hadiah utk besday kwn ank kita nanti :D budak2 kan suke cekelat, gerenti laku ehehe..

    ReplyDelete
  10. Salam Yatie..memang cantik je mufin tu..moga selamat perjalanan ke Kuala Lumpur ya..

    ReplyDelete
  11. AS-SALAM KAK YATIE
    NPK GEBU MUFFIN COKLAT TU..GD FOR B/F..

    ReplyDelete
  12. Aslmkum Kak Yatie.
    Muffin ceklat ya. . Sedapppppnya. Sue baru ja buat kek ceklat. Nnti2 nak buat muffin ceklat lak. :))

    ReplyDelete
  13. Yatie, dah buat pagi tadi. Jom lawat blog saya, Azie Kitchen. I dah add link yatie juga.

    ReplyDelete
  14. gebusss muffin tu.... kalau coklat, suka aje...

    ReplyDelete
  15. heehehe...dua kali saya tersengih bila tengok tajuk ni, sengih sekali, benti n ni tgh sengih lagi...yang ke satu sbb tgk pinggan kita yg terserashi bershama tu, yg kedua sbb muffin cekelat cik izah tu...saya 'kenal' mokcik tu sbb mapin ni la...hehehe...

    ReplyDelete
  16. Salam Yati.nampak lembut je muffin ni...godek2 tu yg sukakan...tak payah cuci2 mixer.mmg sesuai bawa bekal...tentu anak2 Yati sukakan...

    ReplyDelete
  17. Salam Kak... datang dah terlewat... sedapnya dapat coklat cup cakes panas-panas.. hirup pulak kopi o.. ohh tidak..

    ReplyDelete
  18. As'salam kak ...
    Setuju sangat! Resepi Izzah mmg Best!! dah berkali-kali buat tanpa jemu. Thanks Izzah..

    ReplyDelete
  19. saya peminat setia kak yatie all the best

    ReplyDelete
  20. air panas tu berapa cawan plak kene masukkan?

    ReplyDelete
  21. bestnya...nampak sedap bangat.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails