Tuesday, August 16, 2011

Talam Ubi

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Hari ni saya buat kuih Talam Ubi sebagai juadah berbuka puasa. Saya buat tengahari, bila petang tu, sedang elok je potong kuih ni dan bolehlah di buat berbuka puasa. Lama dah tak buat kuih talam ubi, kebetulan masa balik kampung aritu, dapatlah ubi yg sedap ni. Tanpa bertangguh lagi, saya pun teruslah buat kuih ni, kalau tangguh lagi, maunya masuk angin ubi ni dan tentunya tak sedap rasanya.

Ok kali ni saya cuba resepi dari Mat Gebu. Alhamdulilllah menjadi cantik je kuih ni. Cuma kali ni ada lebihan ubi, jadi saya semuakan je...jadilah lapisan ubi tu tebal sikit. Tak kisahlah, lagipun anak2 dan suami mmng suka bahagian lapisan ubi tu. Terima kasih Mat kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan akak kongsikan kat sini pula ya. Jom kita semak bahan2nya.



Bahan Utk Lapisan Bawah
  • 600 gram parutan ubi kayu
  • 160 ml santan cair
  • 200 gram gula pasir
  • 50 gram gula melaka
  • Sedikit pewarna coklat (optional)
  • 1 helai daun pandan
Bahan Utk Lapisan Atas
  • 600 ml santan
  • 40 gram tepung gandum
  • 70 gram tepung beras
  • sedikit garam
CARA MEMBUATNYA :-)

UNTUK BAHAGIAN BAWAH :-
Satukan santan, gula pasir, gula melaka dan daun pandan. Masak dengan api perlahan hingga gula larut. Tapis dan sejukkan. Sediakan tin kek berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan plastik bersih. Sapu sedikit minyak pada plastik tadi. Panaskan kukusan. Satukan air gula merah yang telah sejuk tadi bersama ubi parut, kacau rata2 dan tuang dalam tin tadi, ratakan dan kukus 20 minit dengan api sederhana. Mat tutup permukaan tin dengan tudung periuk.

UNTUK LAPISAN ATAS :-
Bancuh semua bahan untuk lapisan atas kecuali garam, kacau rata dan tambah garam secukup rasa (jangan banyak, kasi rasa lemak saja). Tapis bancuhan tadi. Kemudian tuang (kacau dulu) perlahan2 atas ubi tadi, gunakan kaedah meletak senduk atas lapisan bawah dan curah adunan ke dalam senduk dan biar ianya melimpah. Kukus lagi dengan api sederhana selama 25 minit, tutup permukaan tin dengan tudung periuk. Bila masak biar kueh betul2 sejuk sebelum dipotong.

CATATAN MAT GEBU :-
Sebelum tuang untuk bahagian kepala, mat angkat bahagian kukus yang ada tin tadi ke tepi sinki, kemudian ambil paper towel dalam 2 helai, berhati2 letakkan di atas permukaan lapisan bawah tadi (lapisan ubi), tujuan biar paper towel tadi menyerap air yang terhasil pada permukaannya, kemudian perlahan, tarik keluar paper towel tadi. Lepas tu baru mat tuang bahagian kepala dan sambung mengukus....Selamat mencuba!!..

24 comments:

  1. wah cantik kejadian talam ubi ni..kemas lak tu potongannya.Yatie ni mmg pakar bab kuih cenggini.

    ReplyDelete
  2. salam Yatie..cantiknya lapis atas dan bawah tu.Kuih yang sesuai untuk dijadikan juadah berbuka...

    ReplyDelete
  3. cantiknya talam yati tu..geram akak tengok.:)

    ReplyDelete
  4. cantiknya... kemas gitu... sukanya ngan kuih talam nie.. tp x reti nak buat sndiri.. hehhehe...

    ReplyDelete
  5. alamak terliur pulak..nk buat jugak laa ..

    ReplyDelete
  6. kaka yati .. lawanya talam ubi tu.. geram tgk ita suka kak talam ubi .. sedapnya kak.. kena balik msia baru leh makan..:(

    ReplyDelete
  7. best..semalam gi chow kit baru je beli ubi..niat nak wat bingka ubi ..tapi bila tengok ni tergoda plak

    ReplyDelete
  8. Salam kak yatie!!! cantekknyer talam akak! mak kita dulu2 suke buat talamn ubi niii tapi kita jual mahal, yer la masa dulu2 tak minat kuih2 gini tp skrg ni bila nmpk nak buat tp tu lah, takd e ubi pulak kat sini, sedapnyer! suke korek bwh2nyer jerr :D

    ReplyDelete
  9. salam yatie...kesukaan atie gak tp dah lama xmkn...xdak ubi!...cantik jer potongan talam ubi nih...

    ReplyDelete
  10. memang admire betul potongan kuih talam akak.. kagum tak habisss habiss saya nii

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Yatie,
    Sedapnya lama tak makan ...saya bab kukus mengukus nie tak pandai lah

    ReplyDelete
  12. @lina_pg
    tq, Yatie mmng minat buat dan suka makan kuih2 mcm ni...potong guna pisau plastik je...

    ReplyDelete
  13. @cikmanggis
    wkmsalam, mmng sedap kuih ni..buat sendiri, lagilah boleh ulang2 makan...hehehehe..

    ReplyDelete
  14. @anymz
    mekaceh kak, mailah buat kuih talam ubi ni...

    ReplyDelete
  15. @Diana @ Melley Mey
    tq, kalau teringin tu, bolehlah mencubanya...mudah dan sedap tawwww...

    ReplyDelete
  16. @deqlis
    buatlah Deqlis...puashati tawww wat sendiri....

    ReplyDelete
  17. @Juwita Jamaludin
    tq Ita, takpe..bila balik msia nnti makan puas2 ya...akak suka kuih yg berasaskan ubi...sedap sngt..

    ReplyDelete
  18. @Nazrah
    wat bingka ubi pun sodap gak....takpe wat dua2 je..hehehe...nnti bagi akak sikit ya....

    ReplyDelete
  19. @ijayuji
    wkmsalam, alalalala ciannya...kalau dekat akak dah bagi rasa kuih ni..akak pun suka yg bahagian ubinya..tu yg buat tebal sikit tu...kih3..

    ReplyDelete
  20. @♥♥azatiesayang ♥♥
    wkmsalam, mmng sedapkan talam ubi ni...kalau tak ramai rakyat kat umah tu, beli je yg dah siap..tapi tulah kdng2 bila beli ni...tak menepati citarasa kita kan....kdng2 ok gak...

    ReplyDelete
  21. @izahdaut
    tq Izah, alaaaa akak tunggu kuih ni betul2 sejuk barulah di potong guna pisau plastik..gerenti cantik dan kemas..Izah wat kuih2 talam pun ok gak..

    ReplyDelete
  22. @noor
    wkmsalam, takpe cubalah buat, lama2 mahir gak bab kukus2 kuih ni..

    ReplyDelete
  23. askum kak yatie,pagi ni seawal 6pagi saya dah bangun untuk cube resepi talam ubi ni .sebab lepas zohor saya akan ke shah alam......ade kenduri rumah makcik...Alhamdulillah jadi...thanks so much kak.....

    ReplyDelete
  24. assalam kak,saya adalah peminat setia resepi akak,saya nak tanya kenapa saya buat talam ubi ni permukaan atasnya(bahagian putih) bila sejuk dia merekah.....tlng saya ya kak selesaikn masalah ini....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails