Saturday, August 20, 2011

Bubur Candil Keledek

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Hari ni mesti kawan2 semua tak melepaskan peluang utk sama2 membuat biskut raya bersama anak2 dan tentunya ada juga yg pergi membeli belah bagi persiapan terakhir. Maklumlah bila anak2 sekolah, agk sukar utk memilih pakaian yg sesuai utk mereka. Kalau main beli je, nnti tak sesuai pula, ada yg kecik dan ada pula yg terlalu besar. Bila tak sesuai tu, nak menukar pula satu kerja. Jadi eloklah pergi bersama2. Apa jua yg kawan2 lakukan harap semuanya menceriakan keluarga dan pesanan saya berbelanja dngn berkhemah ya. Jauhi pembaziran.(Kejap lagi saya pun nak keluar cuci mata....hehehe..)

Ok kali ni nak masukan resepi bubur candil keledek yg saya buat utk juadah berbuka puasa semalam. Bubur candil ni pernah saya buat sblm ni, dan semalam tergoda betul dek penangan Izah tu. Kebetulan saya mmng nak buat, apa lagi saya pun buatlah. Bubur ni mmng menjadi kegemaran kami sekeluarga, cuma kali ni saya tambahkan keledek rebus. Saya suka letak keledek/ labu supaya bubur candil ni tak berapa liat. Kalau kawan2 nak merasa tu bolehlah mencubanya. Jom kita semak resepinya yg mudah ni.



Bahan-Bahan
  • 1 1/2 cawan tepung pulut
  • 2 cwn keledek rebus, toskan dan lecek halus
  • 1/2 cwn sagu biji (cuci dan rendamkan bersama 1/2 cwn air selama 10 minit pastu toskan)
  • 1/2 cawan air (jika perlu dan tuang sikit2 masa menguli doh)
  • sedikit garam
  • pewarna kuning dan hijau
  • Air secukupnya= utk merebus bubur candil
Bahan Utk Kuah
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 cawan santan cair
  • 1 ketul gula melaka=racik halus dan masak hingga hancur+1 cwn air= tapiskan
  • 1/2 cwn gula pasir
  • 2 helai daun pandan- di simpul
Cara-Cara
  1. Rebus keledek sehingga empuk.
  2. Keledek yg telah di rebus, di toskan dan di lecek halus. Biarkan sejuk dan ketepikan dulu.
  3. Masukkan keledek yg telah di lecek tadi bersama tepung pulut dan uli hingga menjadi doh, tambah air jika perlu. Tuangkan sedikit2 sehingga menjadi doh yg diingini.
  4. Bahagikan pada 2 bahagian dan letak pewarna setiap bahagian.
  5. Didihkan air dan masakkan sagu tadi sehingga putih, setelah kembang, angkat dan siramkan di bwh air paip dan tapiskan. Ketepikan.
  6. Sementara itu dlm periuk yg lain,didihkan air dlm periuk, bulat2kan spt bebola kecil adunan kuning dan hijau dan rebuslah ke dlm air yg mendidih.(api sederhana je ya..)
  7. Apabila dah timbul bebola tu, bolehlah angkat dan tapiskan.
  8. Di dalam periuk yg lain, satukan santan cair dan santan pekat, masukkan sekali air gula melaka yg sudah di tapis tadi.
  9. Masukkan bebola candil tadi dan masukkan daun pandan...gaul sebati. Masukkan sagu biji tadi.
  10. Gaul sentiasa supaya santan tidak pecah...biarkan mendidih. Sekiranya kurang manis bolehlah tambah gula pasir sedikit. Setelah siap, matikan api dan bolehlah di hidangkan.

6 comments:

  1. tak pernah wat lagi...tapi suka tengok

    ReplyDelete
  2. mesti bubur candil keledek ni wangi kan, tak pernah buat tapi pernah makan kat rumah kawan bubur ni yg tak campur keledek.

    ReplyDelete
  3. Salam kak yatie! kita tak buat beskut pun hari niii nak golek2 jerr tp mcm tak best pulak sbb puasa2 mmg tak leh tido siang2 gini :D nak buat jgklah bubur candil akak nii, sedap pulak nampak :D leh buat berbuka petang niii kalau campur durian sedap tak eak?hihihi...

    ReplyDelete
  4. perhhh...memang mengeliurkan la kak...
    bhn2 ada dah tu...
    tinggal rajin tak rajin jerk..

    ReplyDelete
  5. Salam ukhwah dari Brunei....

    I like this dessert. Kalau kat Brunei, kita panggil Bubur SiBujang...sedap...

    I will keep your blog followed...selamat berkenalan :)

    ReplyDelete
  6. Terima kasih bg resepi nyer sgt sedap bubur nie :D..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails