Monday, July 18, 2011

Moist Orange Mocha Brownies 2.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Apa khabar? Harap semuanya baik2 saja. Rasa sunyi je 3 hari tak n3 kat blog ni. Sebenarnya bukan nak menyepikan diri, saya berehat sebentar di sebabkan kesibukan masa. Sejak hari jumaat lepas saya pulang kekampung. Masa kat kampung tu, line tenet ok, tapi saja takmo mengentry sbb nak gunakan sebaiknya masa yg ada semasa berada di kampung. Sesekali balik kampung, takkanlah nak ngadap lappy gak kan. Sampai sekarang masih teringat2 suasana kampung lebih2 lagi bila dapat bersembang bersama ayah dan ibu serta keluarga tersayang. Paling seronok bila makan buah durian sama2 tu...hai sambil makan sambil gelak2...siang malam asyik durian je...kih3..

Ok, kali ni saya nak kongsikan bersama resepi brownies yg saya buat sebagai buah tangan tempohari. Brownies ni sedap sangat dan yg paling penting mudah membuatnya. Bahagian topping tu, terpulanglah pada selera masing2 ya. Jom kita semak resepinya.






Bahan A :
  • 1 cawan butter cair / minyak masak(kali ni saya guna 1/2 cwn minyak dan 1/2 cwn butter cair)
  • 1 cawan susu cair
  • 2 cawan gula perang(guna gula putih je pun takpe)
  • 1 cawan air panas
  • 1/2 - 1 sudu kecil nescafe - bancuh dengan air panas diatas
  • 2 - 3 sudu besar sunquick orange
Bahan B : (kacau rata) - guna wisk
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 biji telur gred B
Bahan C : ( ayakkan )
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
Cara - cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 175'C selama 10 minit.
  2. Kacau bahan A supaya sebati.
  3. Masukkan bahan B dan kacau rata.
  4. Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati.
  5. Lapikkan kertas dalam loyang 10x 10 inci.
  6. Bakar selama 45 - 50 minit atau sehingga masak.
  7. Sejukkan kek dan salutkan dengan kerim coklat. Yatie salutkan dngn coklat putih dan selang selikan dngn campuran coklat putih yg di letak perisa oren. Mmng sedap...
Chocolate Topping
  • 250 gm coklat masakan
  • 1 sudu besar butter
  • 1 sudu kecil susu cair
Cara-cara untuk topping :
  1. Panaskan coklat dalam periuk / bekas secara double boil.
  2. Bila coklat telah cair tutup api dan campurkan butter. Kacau sebati.
  3. Masukkan susu cair dan kacau lagi.
  4. Salutkan pada kek dan hias mengikut kesukaan.

7 comments:

  1. salam winduu kak Yatie..wahh baru blk kg yer kak..bestnyer. sedap tgk brownies ni kak..harus dicuba nanti ni..:)

    ReplyDelete
  2. alamak... sedapnya yatie.. nanti nak cuba jugak lah..
    ita klu yg cekelat2 ni mmg suka sangat...

    ReplyDelete
  3. bestnya dpt balik kampung...... Amie pun tengah menghitung hari nak balik beraya di kg,
    brownies tu sangat sempurna kejadiannya, kombinasi warnanya pun serasi, manis & menawan...

    ReplyDelete
  4. waaa...sangat sedap dan cantek sekali...nak sepotong brownies...

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum Yati

    Seronoknya dpt balik kg...mkn durian...
    brownies ni mmg mudah dan sedap...ada topping lagi yummmy..

    ReplyDelete
  6. nampak sedap ler brownies tu akak.... nak cuba gak nanti... tq akak

    ReplyDelete
  7. Asslmkum kak yatie.
    Lama x membaking. Tgk brownies akk ni rasa mcm nak membaking ja.
    Masuk list siap2. Tq kak :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails