Ok, supaya tak menghampakan kawan2 semua, hari ni saya nak kongsikan bersama resepi Mee Kari Kerang yg sungguh sedap. Ramai kawan2 yg tahu masak mee kerang ni, lagipun mudah je. Tak kisahlah, walaupun mudah saya nak kongsikan juga resepi yg sememangnya mudah dan sedap ni. Sebelum ni nampak K.Nor buat mee kari ni, terliur je di buatnya. Kali ni saya masak mee kari my style. Kalau berbuka puasa dngn mee kari ni mmng best dan cepat laku. Pada peminat mee tu, bolehlah mencuba resepi yg mudah ni. Jom kita semak bahan2nya.
Bahan- Bahan
- 1/2 ekor ayam-di potong kecil, cuci dan toskan
- 4 sudu besar rempah kari ikan *
- 2 sudu besar rempah kari daging *(*bancuh dngn sedikit air)
- 1 keping asam keping
- 1 kiub pati ikan bilis Knorr
- 2 cawan santan pekat(saya guna 2 kotak santan, setiap satu kotak mengandungi berat 200ml)
- 5 cawan air
- 1 cawan isi kerang atau lebih
- garam dan sedikit gula
- 1/2 cawan minyak masak utk menumis
- 2 keping fishcake- di potong nipis
- 10 ketul fish ball- di belah 2
- 5 ulas bawang merah
- 1 labu bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 1/2 inci halia
- 2 sudu besar cili kisar
- 2 sudu besar udang kering- cuci, rendam dan toskan
- ##1 btg kulit kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 2 biji buah pelaga,
- 2 tangkai daun kari
- 1 btng serai- di ketuk
- 1 kilo mee kuning di celur dan toskan
- Daun bawang dan daun sup- di potong2
- 2 keping tauhu digoreng dan dipotong nipis
- 4 biji telur direbus kupas kulit dan belah dua,
- cili merah atau cili jeruk,
- sawi dan taugeh dicelur dan di toskan
- 4 biji limau kasturi, cuci dan belah 2
- Bawang goreng
- Panaskan minyak dan tumis bahan2 tumis. Masukkan pula bahan2 kisar dan tumis sehingga naik bau. Masukkan pula rempah kari ayam dan daging yang dibancuh dengan sedikit air, kacau sehingga naik bau.
- Masukkan 1 cawan air dan biarkan mendidih. Masukkan ayam yg di cincang dan biarkan sehingga empuk.
- Masukkan kerang, fish cake,fish ball, serbuk pati ikan bilis, dan asam keping.
- Biarkan sehingga mendidih,bila kuah dah mendidih masukkan santan kotak garam dan gula.
- Perasakan, sekiranya dah cukup rasa, bolehlah tutup api, angkat dan hidangkan.
- Masukkan sedikit mee yg telah di celur dalam ke dlm mangkuk,
- letak sawi,taugeh, telur rebus, tauhu goreng, daun sup, daun bwg, cili dan bwg goreng. Tuangkan kuah di atas mee tadi. Tambahkan dngn perahan jus limau kasturi. Sedia untuk dimakan
- Selamat Mencuba.
Assalamualaikum akak... wah ada mee kari kerang.. sedaaapnya .. mee kari versi ada kerang nie diana lom perna lg cuba.. lain kali boleh try nie.. :)
ReplyDeletesedapnya! lebih2 lg bl perabah tu sume bersusun2 mcm tu,kecur tgk! :)
ReplyDeletemee kari memang favourite akak tau yatie.lebih2 lagi kalau makan pagi2.memang berat sarapan akak..tapi mee kari punya pasal akak redah je..hehe
ReplyDeleteSalam kak! aaargghhhhhhhh!!! kita ari ni makan maggi jer tau kak! haaaa... ni nak je terkam mee kari tu! lamaaaa dah tak masak mee kari! nak jugak!!! mana satu nak buat ni????? dlm kepala mcm2 yg nak dibuat hihihi...
ReplyDeleteassalamualaikum kak.. sedapnya nampak mee kari t uita ni memang suka mee kari rasa nak makan plak malam2 ni.. bestnya kalau hirup kuah nya tu
ReplyDeletewahhh mee kari my fav ni...memang suka buat bubuh kerang bykx2 hehe tapi sejak dok sini jarang jumpa kerang..kalau ada pun frozen dah la mahal pastu tak sedap pula..sabar jer la.nanti blk Mesia ler cari kerang..hehe btw mee akak ni memang meriah suka tgk kalau dpt mkn lagi ler suka..hehe
ReplyDeletebesar2 kerang yatie tu ya.. sedapnyer.. lapar perut balik tengah malam buta ni :)
ReplyDeleteassalam..ini yang bikin iman Liz goyang, menyelirakan lah...klu ada masa Liz mesti buat ini
ReplyDeletewahhh..akak pun buat mee kari..
ReplyDeletesedapnya tengokk....
Salam Yatie...
ReplyDeleteBestnya ada mee kari kerang kat sini...dapat makan semangkuk ni alangkah sedapnya...he he...:)
tersusun kerangnya tie!!...sedapppnyaaa x bole tahan derr!!
ReplyDeleteamboii yatie cantiknya kerang tu terliuq akak tgok..kak suka mkn kalu ada kerang..kalu ada tauhu yg kembang tuuu lagi best kan..tak tau nama...
ReplyDeletesama lah kak ilah dah 2,3 hari ni lappy buat hal brukband celcom dan maxis pun ikut sama..sabau jer laa
salam ziarah Yatie,
ReplyDeletesedapnya mee kari kerang...lama tak makan... cantek pulak tu...