Tuesday, July 5, 2011

Puding Sagu Dengan Pati Santan

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Inilah puding sagu dngn pati santan utk juadah berbuka puasa hari ni. Hari ni ambil resepi dari rumah K.Nor semuanya. Terasa macam makan kat rumah K.Nor pulak. Memang sedap betul, sampai kekenyangan menikmati bubur sup bersama puding sagu ni tadi. Dah malam ni baru sambung balik n3. Terima kasih sekali lagi pada K.Nor kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Sekali lagi Yatie nak kongsikan resepinya kat sini pula ya. Pada kawan2 yg belum mencuba tu, bolehlah mencubanya....mmng berbaloi. Rasanya Izah dan Mas juga dah mencubanya...mmng sedapkan..



Bahan- Bahan
  • 1/2 cawan sagu
  • 1/4 cawan tepung ubi/tepung jagung ~ k.nor guna tepung jagung, saya pun sama
  • 3 cawan air
  • 1/4 cawan air pandan pekat atau esen vanila ~ k.nor ganti dgn 1 sudu teh pandan paste
  • 1 1/2 cawan gula pasir ~ k.nor guna 9 sudu besar gula (2/3 cawan) saya pun sama
Cara:
  1. Basuh sagu dan rendamkan lebih kurang 1/2 jam dan toskan
  2. Masukkan sagu, air, tepung ubi/tepung jagung dan air pandan ke dalam periuk
  3. Kacau atas api sederhana sehingga masak
  4. Apabila campuran menjadi pekat, masukkan gula dan kacau hingga gula larut dan bancuhan bertukar menjadi jernih
  5. Sudukan ke dalam bekas dan ketepikan
Bahan utk Pati Santan
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan santan cair
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 1/2 sudu teh garam
Cara-Cara
  1. Campurkan kesemua bahan ke dalam periuk dan kacau atas api kecil sehingga masak dan pekat
  2. Sudukan keatas Puding Sagu
  3. Sejukkan dulu baru la dihidangkan...

15 comments:

  1. Salam kak! akak n3 malam2 kita pun dtg malam2 jugak hihihi.... kalau namanyer sagu2 ni mmg sedap, tak makan dgn air gula melaka ya?

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah dah selamat berbuka yer kak..sedap tgk puding sagu ni nieza lum cuba lagi tapi dh lama dh masuk list..:)

    ReplyDelete
  3. cantiknyer sagu yatie, serata jer.. sedapkan makan sejuk2.. nyaman masuk tekak.. hehe.. mekasih sudi cuba resipi dr blog k.nor.. hari ni aje 2 resipi berturut ya.. hehe tq2 :)

    ReplyDelete
  4. wahhh ni hamka pun mesti suke ni.sebab kaler ijau.. a ah akak, saya dah buat kuih ni. makan yangs ejuk2 dari peti ais fuhh sedap betull

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum akak...
    wah akak dah buat dah... nampak sedap plak tu... teringin nak merasanya tapi nak buat kena fikir lagi.. semua org kat rumah diana nie x berapa makan sagu.. huhuu.. cuma sejak akhir2 nie teringin juga diana nak makan... hmmm... nak ckit akak..hehe

    ReplyDelete
  6. wahhhh...jadi terliur lagi tengak Puding Sagu Dengan Pati Santan tu....
    terasa rasa lagi kesedapan puding tu...
    nak buat lagi la nanti....

    ReplyDelete
  7. salam yatie..pagi nie kita menayang masakan yg sedap di mkn sejok2 lak.

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum kak, sedapnyer buat berbuka...belum pernah mencuba lagi ni..mesti best..

    ReplyDelete
  9. kak yatie..kalau saya abuat agak2 rasa macam makan kat rumah akak kan? cer bagi sikit..hehe

    ReplyDelete
  10. ish tak tahan meleleh ayaq liuq tengok puding sagu nih...jap lagi nak wat gak..hihi peminta tegar puding sagu lah katakan ;-)

    ReplyDelete
  11. sedapnyer kak...sejuk masuk tekak..ha..bulan pose buat ni sedap...

    ReplyDelete
  12. hhehhe kena cuba ni, ritu dh mkn sagu gula melaka

    ReplyDelete
  13. kak yati nak juga secawan tentu dah abiskan.. huhuh ukena buat la nampaknya ni..:)

    ReplyDelete
  14. Waaaaaaaaaaaa...sagu eh...i liiiikkkeeee...apasai x ajak akak makan...jom kita pergi Tganu la serang tuan punya resepi suh buat tuk kita eks..hehe

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails