Wednesday, July 6, 2011

Conney Dog

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Pagi ni nak tayang Conney Dog yg saya buat utk bf. Sebenarnya Conney Dog ni sesuai di makan bila2 masa je. Resepi ni mudah tapi sedap sangat. Anak2 saya bukan main suka lagi roti macam ni ala2 A&W gitewww. Bila buat sendiri ni puashati, anak2 pula bolehlah makan lebih. Roti ni lebih sedap lagi bila di makan bersama sos cili dan mayonis. Pada kawan2 yg nak merasa tu, bolehlah mencubanya. Terima kasih pada Fidadaud@myresepi.com kerana berkongsi resepi yg sedap ni. Izinkan Yatie kongsikan resepinya kat sini pula ya.Jom kita tngk bahan2 yg diperlukan.



Bahan-bahan ( 10 biji )
  • 400 gm daging kisar
  • 3 biji bawang besar - potong dadu
  • 2 ulas bawang putih - cincang halus
  • 1 sdk serbuk lada (chilli powder)
  • 3/4 sdk lada hitam - kisar halus
  • 3/4 cawan sos tomato
  • 1/4 cawan air
  • 1 sdk garam
  • 1 sdk gula
  • serbuk perasa secukup rasa
  • 10-12 biji roti hotdog (frankfurter roll)
  • 10-12 biji sosej / frankfurter
Cara-cara
  1. SOS: Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Lepas itu, masukkan serbuk lada dan masak sehingga agak-agak rempah masak.
  2. Masukkan daging kisar. Gaul sebati sehingga daging mengecut.
  3. Tuangkan sos tomato. Gaul sebati. Masukkan pula bahan-bahan lain, (air, lada hitam, garam, perasa dan sedikit gula) dan tunggu sehingga daging benar-benar masak.
  4. Masak sosej. (Terpulang ingin guna cara bagaimana spt guna microwave).
  5. Belah tengah-tengah roti hotdog, letakkan sosej dan tuangkan sos daging ke atasnya.

18 comments:

  1. hmmm....i like conney dog...hehehehhe...wat bfast..macam kat A&W nyer la..

    ReplyDelete
  2. Assalam kaK,uII SEDAPNYA CONEY DOG,tapi tuh la nama cam xbest,rasa tuh mmg best,suke sgt yg a&w,kalo p,msti order nih ngan onion rings,ngan air dia,uii sedapnya..Time penen ritu pon ngidam nak mkn,tapi kat pg nih 1tempat jer yg da..

    ReplyDelete
  3. Yatie buat ita laparrrrr....
    Sabor je le... aiii... lambat lagi ni nak berbuka...
    ni kalau di tenung lama2 ada jugak terbatal posa ni... uishhhh...

    ReplyDelete
  4. Salam kak yatie!!! nak tanyer akak niii jgn marah eak, itu roti akak beli ke kak? (ayat jeles) uuuuwaaaaaa.....akak antar roti hot dog tu selori ke siam kak malas betul ank buat2 roti mcm ni skrg :D sedap kan conney do* ni kita suke tp kita tak pernah mkn yg real punyer kat A&W hihihi...

    ReplyDelete
  5. woo memang best ni. anak2 suke mak bapak pun suke kan kak yatie kan... nak buat gak ah..aloo sosej dah habis lak

    ReplyDelete
  6. wahhh...sedappnya..
    wat sarapan sedapp ni...
    nak seketoi kak..he..he.

    ReplyDelete
  7. Boleh cuba ni kak, nmpk mcm senang....

    ReplyDelete
  8. hehehe.. ni husband ngan anak sy msti suka, maunya 3 ketul sorang.. thanx, kak yatie

    ReplyDelete
  9. Salam Yatie...

    pas ni tak yah p beli lagi kat A&W ...nak makan leh buat sendiri je kan...nampak menyelerakan...sedapnya...:)

    ReplyDelete
  10. Assalam yatie, sorry kita lamabt tiba..
    anak2 mesti suka coney dog ni kan..
    nak buat pun senang aje tu..

    ReplyDelete
  11. Lama nya x buat conney dog ni... Rasa nak buat skrg juga hihihi

    ReplyDelete
  12. wow sedapnya tgk roti ni kak...tukarla ngan roti pink tu..hehe terliur tau dgr A&W dah sethn lbh tak mkn..:(

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum Yatie...kalah A&W punya connie dog ni. bestnye kalau kat depan mata, boleh ngap je :)

    ReplyDelete
  14. sedap ni yatie..nak buat gak nanti lah..tadi dah nak capai dah roti sosej tu tapi tak tercapai pulak..dah sembang2 terus gi bayo je kat counter..haisshh..

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum akak..
    anak2 mmg suka makan mcm nie kan akak... diana lom perna lg try resipi nie.. masuk list dulu.. nampak sgt sedap tu akak...

    ReplyDelete
  16. kak roti tu x payah panaskan or masak kan..hehe baru nk belaja ni

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikumwbh Kak Yatie.....salam windu di angin lalu...tp nak minta vongkossssssss itu coney dog dua ya....:)

    ReplyDelete
  18. As'salam Yatie

    Dah lama tak masuk kat A&W tu. Tapi bila dah rindu nak makan coney dog gi jugak lah sebab yang utama nak minum Rootbeer float dia jer..hihihi. Lepas ni A&W dah boleh tutup cawangan dia kat JB tu.. hehehe

    Yatie ni rajin betul memasak itu dan ini. kak ct kadang2 rajin juga nak buat, tapi anak2 kak ct kurang makanlah, tu yang masak ikut pemintaan jer baru buat :D

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails