Wednesday, September 1, 2010

Kuih Bakar Labu

Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2 semua. Harap anda semua sihat dan ceria selalu di samping menjalani ibadah puasa di bulan yg mulia ini. Bagi saya serta keluarga, alhamdulillah sihat walafiat. Lama rasanya tak berblogging....rindu pada kawan2 semua. Terima kasih pada yg masih setia dan sudi singgah ke blog Sinar Kehidupanku. Kehadiran kawan2 semua, amat2 saya hargai. Sebenarnya di bulan Ramadhan ni, saya menyediakan juadah seperti biasa....tetapi di sebabkan kesibukkan yg teramat sangat, menjadikan aktiviti berblog terpaksa di rehatkan sementara. Oklah, inilah kuih bakar labu yg saya buat utk berbuka puasa. Rasanya dah tak ingat menu berbuka puasa yg keberapa, tapi baru inilah saya berkesempatan utk n3 resepi terkini. Pada pengemar labu tu, bolehlah mencuba resepi yg mudah ini.




BAHAN-BAHAN

3 biji telur
3 cwn santan (sederhana pekat)
2 cwn tepung gandum
1 cwn gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar butter
2 cwn labu yg telah direbus dan dilecek
sedikit bijan utk tabur di atas permukaan kuih

CARA-CARA

  1. Panaskan oven pada suhu 200C, lenser loyang dengan mentega, panaskan sebentar .
    Satukan bahan2 diatas kecuali labu yg di lecek dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu.

  2. Tapis adunan tadi dan masukkan labu lecek, kacau hingga rata.
    Tuang dalam tin yang telah disiapkan tadi.

  3. Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran.
    Keluarkan dari oven setelah kuih masak. Biar sejuk sebelum dikeluarkan dari tin.

10 comments:

  1. salam adik yatie cyg... mmg lama betoi yatie rehat..janji semuanya selesai..yatie menetap dan bekerja dimana ya kalau x kebertankak nak tau..

    ReplyDelete
  2. Salam kak yatie! welkem back!!!! winduuuu sama akak! semoga urusan akak berjalan n dpermudahkanNya insyaAllah.. Ambik kuih bakar labu tu :D

    ReplyDelete
  3. salam..nak ambik sket blh? sedap je tgk... :-)

    ReplyDelete
  4. Salam Yatie,
    wah dh lama cuti ya. Selamat berblogging kembali.

    ReplyDelete
  5. salam kak yatie...rinnduunya kat akak....selamat berblongging kembali...nampak sedap la kuih bakar labu tu....he..he..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikumwbh kak yatie....lalingggg!!

    waaaa lindu lindu....lama x dgar citer kak? Sonooook tak balik Msia? Akak saya kat mana yer? MMM thank u resepi kuih bakar labu.....sedap nih!! Dah akhir2 ramadhan x reti nak wak menu apa dah.....he3! Kak buat cookies x?

    ReplyDelete
  7. Salam Rindu kak..sedapnya kuih bakar labu ni..tengok gmbar pun menarik n tertarik..nak buatlah..terima kasih atas resepinya yer..

    ReplyDelete
  8. kak yatie..
    windu dengan menu akak nih...cepat update lagi..akak stay mana? johor ye?

    ReplyDelete
  9. salam ziarah...

    tgk gambar menu kak yattie buat saya rse lapo je he3

    ReplyDelete
  10. slm k'yatie....dgr dah balik m'sia ye..selamat kembali ke tanah air,ida suka bingka labu tu..sedapp kan.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails