Tuesday, March 23, 2010

Nasi Jagung

Salam sejahtera dan bertemu kembali. Rasanya ramai kawan2 di luar sana yang dah tahu cara memasak nasi jagung ni. Di sini saya ingin berkongsi resepinya pada kawan2 yg belum pernah mencubanya. Ianya juga buat rujukan saya dan juga anak2 di masa hadapan....untuk menyediakannya taklah susah mana. Mari kita lihat bahan2nya. Saya minta izin C&P ya CMG resepi yg mudah ini dan terima kasih banyak2 saya ucapkan. Saya ubah sedikit sukatan beras bergantung pd jenis2 beras.


BAHAN-BAHANNYA
4 cwn beras basmathi
1 tin jagung manis, toskan dan simpan airnya
1 kiub ayam "Maggi"
2 helai daun pandan
1 cwn susu sejat (susu cair)
1 cwn air jagung
3 cwn air biasa
4 camca besar minyak sapi
1 biji bawang besar, didadu
4 ulas bawang putih, dititik
2 inci halia, dihiris
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
5 kuntum bunga cengkih*
3 biji buah pelaga*(*rempah tumis)
1 batang serai, dititik
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA
  1. Cuci beras basmathi, rendam 25 minit dan toskan. Dalam kuali cairkan minyak sapi, masukkan halia hiris, bawang putih titik, bawang besar, serai, 1 helai daun pandan dan rempah tumis.
  2. Masukkan jagung manis yang telah ditos tadi, kacau rata dan tambah beras. Goreng beras dengan bahan2 tadi selama 2 minit sambil dikacau. Matikan api dan alih beras tadi ke dalam rice cooker eletrik.
  3. Tuang susu cair, air jagung dan air biasa, baki daun pandan, kuib ayam (hancur kan dulu) dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
  4. Taburkan hirisan daun sup/daun bawang serta bawang goreng sebelum dihidangkan bersama lauk kegemaran.
** Jangan kacau nasi ketika dalam proses memasak, ini akan menyebabkan nasi patah2. Lagi satu, nak kata, bila nasi dah cukup tanak, gamburkan nasi dengan chop stick, cukup dengan membalikkan nasi 2 - 3 kali sahaja. Jika terlebih sangat, ini pun boleh menyebabkan nasi patah2....Selamat mencuba!!!....

2 comments:

  1. salam yatie..
    wah yatie buat nasi jagung, sy plak buat nasi karot weekend yg lpas, tp blom update lg. sedapkan nasi berperisa ni klau kita mkn skli skla..

    ReplyDelete
  2. wkmsalam Zaiy, sesekali kalau mkn nasi berperisa ni mmng sedaplah...wow nasi carrot tu pun rasanya sedap ya...ank2 yatie mmng suka carrot...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails