Monday, March 22, 2010

Bingka Ubi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuanya. Hari ni saya buat bingka ubi untuk minum petang. Rasanya dah lama betul tak makan bingka ubi. Bukannya apa...ini adalah kerana kesukaran untk mendapatkan bekalan ubi di perantauan. Semalam saya pergi Vietnam market semata-mata untk mendapatkan ubi ni......alhamdulillah dapat juga apa yg saya harapkan walaupun sekadar ubi parut frozen.
Setiba di rumah, selesai saja mengemas dan memasak lauk pauk saya terus membuat bingka ubi ni. Resepi saya ambil dari Che Mat Gebu yg famous tu. Memang ternyata sedap dan lembut je kuih ni....rasanya berbaloi bersusah payah mencari ubi walau beribu batu jauhnya...wakakaka...
Oklah mari kita lihat resepi yang mudah ni....resepi asal adalah dari MyR dan saya minta izin berkongsi resepi di sini ya CMG...terima kasih banyak2...



BAHAN-BAHAN
1 kg ubi parut
650 ml santan kelapa
100 g gula melaka, hiris halus
2/3 cawan gula pasir
2 helai daun pandan
1/2 camca teh garam
1 camca besar minyak sapi...

CARA MEMBUATNYA
  1. Satukan santan, gula melaka, gula pasir, garam dan daun pandan.
  2. Kacau rata dan jerang atas api, kacau hingga gula larut (tak perlu mendidih), masukkan minyak sapi dan kacau hingga sebati.
  3. Angkat dan biar sejuk.
  4. Ubi dimasukkan ke dalam kain kasa dan perah, tadah air perahan tadi. Buat sikit2, hingga siap. Masukkan ubi tadi ke dalam bekas lain. Biarkan air perahan 20 minit hingga sagunya mendak.
  5. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin dengan sedikit mentega dan alas dasar tin dengan aluminium foil, lebihkan aluminum tadi di kiri dan kanan tin, tujuannya senang nak tarik keluar kuih bila masak nanti. Ketepikan.
  6. Buang air perahan tadi perlahan2 sehingga tinggal sagunya yang mendak.
  7. Gaul dengan ubi tadi. Tapis santan tadi yang di masak tadi dan masukkan ke dalam ubi, gaul rata2 hingga rata dan mesra.
  8. Tuang dalam tin yang telah siap tadi dan bakar selama 1 jam 30 minit, hingga permukaannya kelihatan garing. Keluarkan dari oven, biar suam dan keluarkan dari acuan.
  9. Sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong.... Selamat mencuba...kalau rasa macam "susah"..beli jeee lahhhh!!!!...habis cerita....
**Saya guna ubi yg dah siap di parut....betapalah mudahnya.

7 comments:

  1. salam yatie...
    Waaaaaaaaaaaaaa...nak jugak bingka ubi....i likeee!!!..terima kasih mencuba yeaa...

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam....
    thanks ya Che Mat coz sudi singgah...mmng sedaplah bingka ubi ni...kuih ni mmng kegemaran kami sekeluarga...berbaloi mencubanya..

    ReplyDelete
  3. salam...nak ckit...kuih kegeraman gak nih. klu nak wat xde org nak mkn n xpandai sangat. tunggu time balik kg la makan yg mak buat hehehe.

    ReplyDelete
  4. Salam tuan umah.. Nk tnya ni.. Ubi apa yg diparut tu?Ubi kayu kn?Mana tau gna ubi jenis lain.Bingka ubi di US? Wow! Hebat la.

    ReplyDelete
  5. Shahanim>>wksalam,boleh je ambillah ni...ow klau mak buat mesti sedapkan...

    ReplyDelete
  6. AdryDaud>>wksalam,mmng ubi kayu...kat US mmng ada jual ubi, tapi di kedai yg menjual brng2 asia...ubi yg belum kopek kulitnya pun ada juga...daun kesum, daun pandan, daun pisang dan mcm2 lagilah...seronok mcm kat msia juga...syukur alhamdulillah.

    ReplyDelete
  7. salam yatie.. saya pun nak cuba la.. nnt saya bgi tau bila dah cuba.. thx yatie for resepi

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails