Monday, December 28, 2015

Kenangan Manis Sepanjang 2015- Hamka berkhatan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Lama dah pujuk Hamka berkhatan, tahun demi tahun. Akhirnya thn ni barulah timbul keberanian dlm dirinya. Sebenarnya sblm ni mama sendiri pun tak berani, terasa mcm Hamka tu kecik je lagi. Almaklumlah anak bongsu, manja tu mmng manjalah. Sampaikan sblm ni bila sebut berkhatan je, Hamka seboleh2 tak mahu sbb nnti dia tak dpt bermanja2 lagi dngn mama. Mama pun pujuk Hamka, kalau Hamka dah berkhatan, lagi bnyk Hamka boleh manja2 dngn mama. Dia pun sukalah...Akhirnya berkhatan juga.
Kebetulan ramai kwn2nya dah berkhatan, jadi timbul keberanian dlm dirinya. Mama pun dah janji nak tempah kek special di hari jadinya pd 10 dec. Masa tu mesti dan sedang elok baiknya. Hamka pun teruja dngn janji2 mama.

Pada 1 dec pkl 2 ptng Hamka di khatankan. Masa masuk klinik tu ok lagi senyum je, bila dah baring atas katil nak di bius tu, sejuk segala tangan dan kakinya. Mama dah mula cuaklah juga. Takut2 Hamka cabut lari. Alhamdulillah, Hamka ok je,sepanjang tu dia sebut Allah...Allah saja. Bila sakit dia sebut lagi dan lagi. Mama pun ceritalah bagi semangat padanya. Sepanjang mula berkhatan sampai selesai mmng mamalah menemaninya. Mama sendiri pun ngeri sebenarnya, tapi demi bagi semangat pd anak, mama beranikan diri jugalah.

Sehinggalah bila tiba rumah hari demi hari mama menjaganya. Alhamdulillah, Hamka tak banyak karenah. Dia begitu patuh pd pantang larang. Bila bab mkn minum pun mcm tu, bnyk mkn bubur nasi je.Mama mmng pesan, kalau ikut arahan berpantang, pasti cepat sembuh. Syukurlah sepanjang berpantang tu dia ok. Kini, alhamdulillah Hamka dah baik sepenuhnya.

Itulah kenangan manis sepanjang menjaga anak berkhatan.



1 comment:

  1. Alhamdulillah!!
    Dah jadi abg besar..
    Ina baca pn cuak jgk kak..
    Mcm mana lah aqil nnt kak..
    Risau!!

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails