Tuesday, July 7, 2015

Puding Belang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Puding belang bentuk hati ni dah lama saya buat, tapi baru ni berkesempatan nak kongsikan resepinya kat sini. Resepi ni mudah je, cuma bila kita guna acuan yg menarik sikit, puding tu jadi cantik dan memikat selera. Saya sendiri pun teruja bila guna acuan mcm ni. Lagipun acuan ni murah je, beli kat Mr DIY....hi3..Ok kwn2 kita tngk resepinya jelah ya, nak sembang pun tak tau nak citer apa...mcm blurrrr tetiba. Pada yg teringin nak merasa tu, bolehlah cuba. Puding ni sedap di makan sejuk. Resepi juga boleh lihat di SINI. Terima kasih pd penyumbang resepi asal.




Bahan-bahan 
  • 10gm serbuk agar2
  • 200gm gula
  • 2 1/2 cawan air
  • 1 tin susu cair
  • 3 sudu besar butter
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 2 biji telur
  • sedikit pewarna kuning dan perisa koko
Cara-cara
  1. Masak agar2 dengan air dan gula hingga hancur.
  2. Telur dipukul, masukkan tepung jagung dan susu cair. pukul sebati. tuangkan kedalam agar2 tadi.
  3. Masukkan butter. mendidih, tutup api. bahagi kepada dua.
  4. Satu bghn dicampur pewarna kuning dan satu lagi warna coklat dan perisa koko.
  5. Tuang sesenduk warna kuning, sejukkan sekejap, tuang pula warna hijau dibahagian tengah sedikit..ulang hingga habis.
  6. Sejukkan dan hidangkan.

2 comments:

  1. sweet je puding hati...boleh buat juadah berbuka jap lg :)

    ReplyDelete
  2. Selamat Menyambut Hari Raya Kak Yatie... :D

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails