Saturday, November 9, 2013

Sup Ikan Merah

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Lama tak masak sup ikan merah. Biasanya kalau ikan merah mesti masak asam pedas ataupun kari. Kali ni masak sup atas permintaan suami. Macam biasalah sup tak sedap kalau tak di gandingkan dngn sambal kicap. Bila makan maunya berpeluh2 di buatnya. Resepi ikan masak sup ni mudah je. Kalau ada yg nak cuba tu silakan. Resepi mmng utk di kongsi bersama. Jom semak resepi mudah ni.


Bahan-Bahan
  • 1 kg ikan merah (Yatie guna 3 ekor ikan merah sederhana besar)
  • 4 cawan air
  • minyak utk menumis
  • Daun sup/daun bawang dan bawang goreng-utk taburan
Bahan tumbuk
  • 1 sudu besar lada sulah/putih
  • 1/2 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
Bahan Tumis
  • 1 btng kayu manis, 1 kntm bnga lawang, 2 biji buah pelaga
  • 1 ulas bwng putih-hiris
  • 2 biji bwng merah-hiris
Cara-Cara
  1. Ikan di siang,ptng 2, cuci dan toskan.
  2. Tumbuk lada putih hingga lumat dan tumbuk bhn2 yg lain sehingga lumat.
  3. Panaskan minyak dan tumiskan bhn2 tumis.
  4. Masukkan bahan2 tumbuk tadi dan tumis sehingga naik bau..
  5. Masukkan air, biarkan mendidih.....masukkan ikan dan kacau rata..
  6. Tambah air lagi jika perlu. Masukkan garam dan perasakan.
  7. Sekiranya dah cukup rasa, matikan api dan angkat. Letak dlm mangkuk dan taburkan bwng goreng dan daun sup/bawang. Sedia utk di hidangkan.

12 comments:

  1. sedapnyaaaa .. tp kc selalu buat asam pedas je

    ReplyDelete
  2. waaa...my peberet...slrup ahhhh...segarrr

    ReplyDelete
  3. Aduhai Yatie. Terliur sangat ni

    ReplyDelete
  4. Kalau nak sedap makan sup mesti ada sambal kicap kan.. Nak buat sambal kicap senang jer..ciliapi, bwg putih sikit tumbuk tambah garam dan kicap serta perah air limau kasturi sikit...

    ReplyDelete
  5. Sup ikn merah memang sedap...melelh klu mkn ngan sambal kicap

    ReplyDelete
  6. Ingat nak buat sup ptg ni...

    ReplyDelete
  7. sedap ni yati... kecur air liur saya... hihi..

    ReplyDelete
  8. esok nak buat.. thanks kak yatie.. kalo ikan letak halia skit boleh ker kak??

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails