Saturday, November 30, 2013

Kek Kukus Oreo Cappucino Putih Telur

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ni saya teruja nak buat kek kukus oreo yg menggunkan putih telur. Bila dah buat tu, tak sabar merasa...mmng sedaplah. Warnanya pun menarik. Pada peminat biskut oreo tu, boleh cuba buat kek ni, terutama yg ada stok putih telur kat petiais tu. Dari kita biarkan je kat petiais tak tau nak buat apa, lebih baik kita jadikan kek. Terima kasih Kak Wan berkongsi resepi, izinkan saya kongsikan resepinya kat sini ya. Kawan2 juga boleh lihat cara membuatnya di blog Fiza's Cooking.




Bahan-bahan
  • 400ml putih telur (anggaran dlm 12 biji)
  • 125gm gula kaster
  • 2 sudu teh ovalete
  • 1/2 sudu teh garam
  • 200gm tepung gandum
  • 30gm tepung jagung
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 150ml susu cair
  • 2 sudu besar cappucino emulco/coffee emulco/mocca emulco
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 80gm serbuk oreo - (saya hancurkan kasar-kasar)
  • 20 keping biskut oreo di buang krim
Hiasan : 30gm chocolate rice untuk taburan

Cara-cara : Loyang 9 x 6 x 3 di alas dasarnya atau loyang 8 x 8"
  1. Ayak tepung, tepung jagung dan baking powder. Ketepikan.
  2. Pukul putih telur, garam dan ovalete hingga berbuih, masukkan gula kaster dan pukul dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan pekat.
  3. Perlahankan mixer, masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu cair dan cappucino emulco. 
  4. Kaup balikkan adunan hingga sebati. Bahagikan kepada 2 bahagian. Satu bahagian asal dan satu bahagian lagi di campur dengan serbuk oreo.
  5. Tuang adunan asal ke dalam loyang dan kukus selama 15minit dalam pengukus yang telah di panaskan terlebih dahulu.
  6. Setelah masak, susun biskut oreo hingga penuh dan tuang adunan serbuk oreo ke atasnya.
  7. Tabur permukaannya dengan coklat rice hingga rata.
  8. Kukus semula selama 25 minit hingga masak.
*** Lap tutup pengukus apabila mengangkat penutupnya untuk mengelak air dari menitis ke atas kek.
*** Yatie tutup loyang dngn aluminium foil masa mengukus kek supaya air tak masuk dlm adunan kek.

8 comments:

  1. tiap2 hri jnguk k.yati msak apa..dpt tgok pun dh suka..

    ReplyDelete
  2. Elok gebu akak tengok yati, hendak juga mencubanya, akak suka kek yg dikukus..

    ReplyDelete
  3. Tie.... lama sangat rasanya aku tak mengekek... lagilah bila dah hangkut sekotak bolu gulung dari Johor.... pulun itu je laaaa sampai montel!

    ReplyDelete
  4. salam kenal dari saya...

    erm..nampak sedap kek ni..macam nak try je..
    mintak izin share resipi ye kak yati..TQ

    ReplyDelete
  5. nampak mcm sedap je.. terasa nk mencuba.. ^_^

    ReplyDelete
  6. thanks kak yati for sharing this recipe. nak tnya mcm mana nak elak kek kukus mendap selepas dikeluarkan dari pengukus...thx
    http://comfortandblissfullife.wordpress.com/

    ReplyDelete
  7. saya dah cuba buat kek ini tapi keras lah kenapa ye apa yang kurang....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails