Bahan-bahan
- 400ml putih telur (anggaran dlm 12 biji)
- 125gm gula kaster
- 2 sudu teh ovalete
- 1/2 sudu teh garam
- 200gm tepung gandum
- 30gm tepung jagung
- 1/2 sudu teh baking powder
- 150ml susu cair
- 2 sudu besar cappucino emulco/coffee emulco/mocca emulco
- 1/2 sudu teh esen vanila
- 80gm serbuk oreo - (saya hancurkan kasar-kasar)
- 20 keping biskut oreo di buang krim
Cara-cara : Loyang 9 x 6 x 3 di alas dasarnya atau loyang 8 x 8"
- Ayak tepung, tepung jagung dan baking powder. Ketepikan.
- Pukul putih telur, garam dan ovalete hingga berbuih, masukkan gula kaster dan pukul dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan pekat.
- Perlahankan mixer, masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu cair dan cappucino emulco.
- Kaup balikkan adunan hingga sebati. Bahagikan kepada 2 bahagian. Satu bahagian asal dan satu bahagian lagi di campur dengan serbuk oreo.
- Tuang adunan asal ke dalam loyang dan kukus selama 15minit dalam pengukus yang telah di panaskan terlebih dahulu.
- Setelah masak, susun biskut oreo hingga penuh dan tuang adunan serbuk oreo ke atasnya.
- Tabur permukaannya dengan coklat rice hingga rata.
- Kukus semula selama 25 minit hingga masak.
*** Yatie tutup loyang dngn aluminium foil masa mengukus kek supaya air tak masuk dlm adunan kek.
tiap2 hri jnguk k.yati msak apa..dpt tgok pun dh suka..
ReplyDeleteElok gebu akak tengok yati, hendak juga mencubanya, akak suka kek yg dikukus..
ReplyDeleteTie.... lama sangat rasanya aku tak mengekek... lagilah bila dah hangkut sekotak bolu gulung dari Johor.... pulun itu je laaaa sampai montel!
ReplyDeletesalam kenal dari saya...
ReplyDeleteerm..nampak sedap kek ni..macam nak try je..
mintak izin share resipi ye kak yati..TQ
nampak mcm sedap je.. terasa nk mencuba.. ^_^
ReplyDeleteYa Allah! terlior sudah....
ReplyDeletethanks kak yati for sharing this recipe. nak tnya mcm mana nak elak kek kukus mendap selepas dikeluarkan dari pengukus...thx
ReplyDeletehttp://comfortandblissfullife.wordpress.com/
saya dah cuba buat kek ini tapi keras lah kenapa ye apa yang kurang....
ReplyDelete