Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang tadi buat kuih lapis comel ni gara2 teringin sangat nak makan kuih lapis. Kalau seminggu tu tak buat kuih2 kukus ni, mcm ada yg tak kena je. Tanpa berfikir panjang, saya pun merajinkan diri buat kuih lapis comel2 ni. Macam biasalah, anak2 paling suka kuih comel mcm ni, lagipun senang nak makan, tak payah suruh mamaNya potongkan. Sorang demi sorang bawak lari kuih lapis comel saya ni. Kebetulan saya letak warna2 bendera Malaysia, jadi saya namakan kuih lapis comel 1 Malaysia. Lagipun saya guna tepung dan gula lambang 1 Malaysia..jadi timbullah idea namakan kuih ni Kuih Lapis 1 Malaysia. Pada peminat kuih2 tradisional tu, bolehlah cuba resepi mudah ni...sedap, lemak dan lembut je kuih ni. Jom semak resepinya.
Bahan-bahan
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan tepung beras
- 1/4 cawan tepung ubi
- 1 cawan gula pasir
- 1 cawan santan pekat
- 3 cawan air
- Secubit garam
- pewarna merah, biru, putih, kuning
- perisa yg di gemari, merah-ros, kuning-jagung, plain/putih-vanilla
Cara Penyediaan
- Satukan ketiga2 jenis tepung, garam dan gula. Masukkan air dan santan pekat.
- Gaulkan semua bahan-bahan dan tapiskan. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian.
- Masukkan pewarna ke dlm setiap bahagian dan 1 bahagian biarkan plain je. Boleh tambah perisa.
- Panaskan
kukusan dan sapukan sedikit minyak pada acuan lompang.
- Masukkan 1 sudu kecil adunan putih dan kukus selama 3 minit/ sehingga adunan keras sikit.
- Lapiskan pula 1 sudu kecil adunan biru dan kukus lagi selama 3 minit/sehingga keras sikit dan di ikuti adunan seterusnya.
- Lapiskan
adunan berselang-seli hingga habis. (*bagi adunan terakhir, saya
balut tudung periuk dengan kitchen towel agar air tidak menitis ke atas
permukaan kuih dan dikukus dalam 15 minit ).
- Setelah masak,
angkat dan sejukkan selama 2 jam.
** Kalau guna loyang, gunakan loyang 7x7x3inci. Seeloknya sapu sedikit minyak dan alaskan plastik dan sapu sedikit minyak lagi. Tuangkan adunan pertama dan kukus selama 10 minit diikuti adunan seterusnya, Lapisan terakhir, kukus selama 20 minit. Biarkan kuih betul2 sejuk, barulah di potong guna pisau plastik.
Assalam kak yatie,alahai mmg comey n ciut miut sungguh rupa kuih lapis 1mesia kak yatie nih..berkenan sy tgk,pe lagi ank2,sure lah trtarik nk mkn kan..
ReplyDeleteAssalamulaikum pagi2 ni kak noor dtg nak ambik seketoiii kuih lapis tu cantik dan bekenan sangat2 mesti sedap dan tak cukup 1 yg 1 malaysia ni kan
ReplyDeleteAssalamualaikum cutenye hee ...lama juga x main lapis2 ...sdp tu lemak2 kenyang tu sbb tpg beras.. beketul2 masuk mulut
ReplyDeletetengok color udah menawan --- nyum2222
ReplyDeleteComelnya, tapi bab nak lapis tu yg leceh tak sb kecik
ReplyDeletecomelnya kuih lapis tu, sekali ngap je...hihii
ReplyDeletealolololo comei2 kuih lapis tu kak..
ReplyDeletesenang anak2 makan...
sesuai betul kuih dan namanya..
ReplyDeleteye la...comel dan cantik..tapi bab nak melapis tu yg leceh..takut tertidur plak time tunggu ..keh keh keh
ReplyDeletewaahhh..tonet2 yang cumil....
ReplyDeleteYatie...cantiknyaaa....hidup Malaysia!! Semoga harmoni seharmoni kaler kuih lapis Yatie ni...
ReplyDeleteMemang comel! Terliur dah. hehe
ReplyDeleteCantiknya idea 1Malaysia yang diterjenamahkan olehmu dalam resepi kuih lapis ni Tie... memang dirimu insan terpilih yang dianugerahi Tuhan untuk pakar bab kukus mengukus ni Tie.
ReplyDeleteSungguh menawan warnanya..
ReplyDelete