Monday, April 23, 2012

Kek Lumut Sarawak

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Kek lumut ni saya buat masa hari minggu lepas. Sebelum ni pernah buat di SINI, dan kali ni cuba resepi dar Nur68. Teruja melihat kek yg AlongRoz dan HaSue buat. Kali ni guna resepi yg lain sikit, ianya tak menggunakan tepung....cuma gantikan pada tepung suji dan nestum. Menurut Along dan Hasue, kek ni berminyak sikit, jadi saya kurangkan sedikit butter dan tambahkan sedikit nestum kisar dan horlicks. Alhamdulillah menjadi dan moist je. Bila dah masak tu, tak sabar nak merasa...hai mmng sedap betullah. Kek ni padat tetapi lembut..ini bukan bermakna bantat ya...mmng mcm ni keknya. Kalau nak tahan lama, masukkan dlm bekas kedap udara dan simpan dlm petiais. Pada peminat kek kukus tu, bolehlah mencubanya..



BAHAN2:
  • 5 biji Telur
  • 1 cwn Gula Halus
  • 8oz Mentega-Yatie guna 200gm je
  • ½ cwn Tepung Suji
  • 1 cwn Nestum- dikisar halus,Yatie tambah dlm 2 sudu besar lagi
  • 3 sudu besar horlicks-Yatie tambah
  • ½ cwn Susu Ideal
  • ½ cwn air teh (2 sudu kecil serbuk teh + air)
  • Pewarna Hijau (Along guna Pes Pandan)
CARA2:
  1. Pukul telur sehingga kembang.
  2. Masukkan gula sedikit2 sambil di pukul.
  3. Pukul mentega sehingga kembang & campurkan ke dlm adunan telur.
  4. Masukkan tepung suji & nestum &horlicks dan gaul sebati.
  5. Masukkan susu, teh & pewarna hijau.
  6. Kukus selama 2 jam sehingga masak. Yatie tutup loyang dngn aluminium foil semasa mengukus kek. Gunakan api sederhana je.

14 comments:

  1. tgk bahan2nya jer dh dapat image rasanya sedapppp. hehe... tapi lama betul ea kena kukus 2 jam...

    ReplyDelete
  2. tgk bahan2 pun dah tahu rasa dia gerenti sedap.

    ReplyDelete
  3. sedapnya tgk kek lumut ni kak Yatie, teringin lak nak buat tapi kat sini tak ada jual nestum pula.

    ReplyDelete
  4. Sedap la nmpk kak.yatie....boleh cuba nie...bahannya pun x rumit sngt...

    ReplyDelete
  5. Assalam yatie,
    kek ni dah lama juga kita jeling2 belek2..tapi belum ada peluang nak mencuba..pasti sedap nikan yatie..

    ReplyDelete
  6. salam k.yatie, mmg kek lumut nie sedap sgt..ain dah try tapi dr resepi a.mat gebu..resepi kali nie mmg lain la..nk try yg nie gak la nnt..

    ReplyDelete
  7. Akakk.. Dah braapa kali buat kek hamka ni kak? Tak bagisaya punnn wasee. Hehee..

    ReplyDelete
  8. salam yatie harap sihat yee...kek lumut saya suka pernah mkns ekai aje masa jiran balik serawak bg..x puas mkn sbb sdp..kek yg ada holock mmg sdp rasanya lemak2 susu...ingat nak try jugak..tp bhn kenalah cari dulu hehehe

    ReplyDelete
  9. Waduh2.... bila nampak ni teringat semula keenakan kek ni.....!

    ReplyDelete
  10. Sedap kan kak..rasanya best tu sebab x guna tepung gandum mcm kek biasa..hehe..

    ReplyDelete
  11. Hrmmm Assalam Dik yatie...mesti healthy sebab guna tepung suji & Nestum...pasti sedap!

    ReplyDelete
  12. Askum...tepung suji tu ape erk....?

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails