Tuesday, May 1, 2012

Ayam Goreng Bumbu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Selamat Hari Pekerja buat semua rakan2 semoga cuti khas yg di berikan ini dapat di manfaatkan dngn sebaiknya. Esok lakukan tugas harian dngn ceria dan penuh semangat moga usaha murni selama ini di berkati Allah hendaknya. Macam biasalah saya takde cutinya, tiap hari mesti memasak utk keluarga. Hari ni mudah je, saya masak nasi lemak, sambal tumis ikan bilis dan ayam goreng bumbu. Tak sabar nak cuba resepi dari Master Chef Shahriah atau lebih mesra dngn panggilan Sha. Bila singgah blog beliau, macam2 resepi yg menarik dan menambat hati. Kawan2 bolehlah singgah blog Sha kalau nak tau tentang beliau. Suka baca coretan Sha yg spontan dan klakar tu..sangat2 mencuit hati dan pastinya terhibur sape yg membaca coretannya. Terima kasih Sha berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni...mmng kaya dngn bumbu ayam goreng ni...sedap sangat. Pada kawan2 yg nak merasa tu, bolehlah mencubanya. Jom semak resepinya.


Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam ~ potong 16 dan cuci dan toskan
  • minyak untuk goreng
  • gula dan garam
  • sedikit cuka
  • 1 biji telur
BAHAN DI KISAR :
  • 7 inci halia
  • 7 inci lengkuas
  • 4 batang serai
  • 5 biji buah keras
  • 7 inci kunyit
  • 12 ulas bawang putih
CARA MENYEDIAKANNYA :
  1. Lumurkan ayam bersama *bahan-bahan di kisar dan campurkan dengan bahan-bahan lain dan perapkan selama 1 jam atau semalaman. Yatie nak cepat, so perap 2 jam je..sedap gak.
  2. Panaskan minyak dan gorengkan ayam sehingga garing atau keperangan
  3. Angkat dan hidangkan bersama nasi kegemaran atau makan gitewww jek....

8 comments:

  1. Aslmkum kak yatie.
    Selamat hari pekerja jg utk akk. Tapi,surirumah @isteri ttp kn keja kan. Duduk rmh kn settlekan keja2 rmh.
    Nasi lemak mkn dgn ayam goreng,mmg sedap. Heheee. . Sue pun satu hari ni duk menggodek dapur kak sha tu jg. Tgk food dia yg simple n sedap tu.

    ReplyDelete
  2. baru tgk dah nampak sedap... btw done follow - Noob

    ReplyDelete
  3. Assalam Dik Yatie..oooi cam tahu2 aje Akak baru beli ayam tadi ha....memang Dik Sha tu kelakor orang nya kan...bertambah seri hari kita bila masuk blog dia tu ha!...Ni Akak rasa nak c&p jer resepi ayam bumbu ni dah ni...manalah tahu kejap lagi Akak gi perap esok pepagi dah boleh goreng! TQ ya for sharing...juga buat Dik Sha kalau terbaca kat sini..heehe!Mohon halal ya...sebab testimonial tu dah goda!!

    ReplyDelete
  4. Salam kak yatie! ayam2 mcm ni kan yg bestnyer dia punyer lebihan2 menggoreng tuuu haaa.. sedap ratah tu dulu baru makan ayamnyer :D

    ReplyDelete
  5. nampak sedap tu, kak Yatie.. banyak bumbunya, boleh buat rencah dalam nasi, takde kuah pun takpa, hehe

    ReplyDelete
  6. Wallaa... meratah pon sedap ayam bumbu ni kan Yatie...

    ReplyDelete
  7. SAlam Kak Yatie cayang.. wahh terima kasih kerana sudi mencuba yaa kak.. sha ni terlepas pandang agaknya semalam masih merindu dendam kak anak bujang yang baru aje berlepas ke PLKN...

    tq so much yaa kak.. cayang akak.. kerana sudi...

    nanti sha datang lagi.. terlupa bawak pinggan kosong hehehee

    muahzzzz

    ReplyDelete
  8. Salam Yatie..
    mcm ruper ayam yg di mkn utk nasi ayam penyet!!!
    sedap ni kalau dimkn bersama sambal jer...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails