Bahan-bahan
- 10 biji telur- direbus, buang kulit dan kelar2 sikit permukaannya
- 1/2 cwn santan pekat
- 1 sudu besar kerisek
- 1 helai daun kunyit-buang urat tengah dan hiris halus
- 2 helai daun limau purut
- 2 kpng asam gelugor
- Garam secukup rasa
- 2 sudu besar gula melaka
- air sekiranya perlu.
- 1 labu bawang besar
- 5 ulas bwng merah
- 4 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 inci lengkuas
- 1 inci kunyit hidup
- 2 batang serai-hiris halus dulu
- 4 sudu besar cili kisar
- 5 biji cili padi padi
- Masukkan bahan2 yg di kisar ke dlm kuali. Gaul rata dan masak hingga mendidih.
- Masukkan santan, asam gelugor, garam dan gula melaka.
- Kacau rata dan tambah sedikit air jika perlu. Masukkan kerisek dan gaul rata.
- Setelah cukup rasa, masukkan telur yg telah di rebus tadi dan masukkan daun kunyit dan daun limau purut. Masak sehingga sedikit pekat.
- Setelah siap, angkat dan hidangkan.
Assalamualaikum, selamat malam...
ReplyDeleteSelalunya telor rebus mas buat masak sambal je tp lepas ni bolehlah try rendang telor makan dgn nasi lemak...mesti sedap!
Salam kak yatie! dtg malam2 ni kak tgh tunggu mesin basuh abis bekerja hihihi... rendang telor? tak pernah buat n makan, kalau nak buat mcm syg pulak nak guna keriseknyer sbb malas nak buat kerisek :D nanti nak buat kerisek jugaklah guna kelapa kering ajerr :D
ReplyDeleteSalam Kak Yatie,
ReplyDeleteSekali sekala tukar lauk untuk nasi lemak pun sedap juga. Baca akak sebut nasi lemak teringin lah pulak. hehe
tak pernah lagi buat rendang telur...
ReplyDeleteboleh try nanti..
maceh kak kongsi resepi..
tengok rendang telur akak tu pun mas dah terliur...
sedappnya tengokk...
Assalamualaikum Yatie,
ReplyDeletebelum pernah rasa rendang telur tapi kalau gandingannya dengan nasi lemak... memang meletup!
assalam yatie..sesuat yang acik belum pernah buat..izinkan ambil resipi ye..acik nak cuba buat nanti.
ReplyDeletesalam yatie...nmpak best jugak jika di buat rendang ,teringin juga nak rasa.
ReplyDeletenmpk sedp sngt
ReplyDeleteaka hanim
ReplyDeletemenarik ni. minta copy resepi yer ........
kena cuba ni yatie, ingat sabtu ahad ni nak cuba la..tq yatie.
ReplyDeletemnarik la resepi ni kak yatie...myelerakan tgk..QH mmg suka jenis masakan berendang gini...simple tp sedappp...nyummy...
ReplyDeleteAssallamualaikum kak Yatie..
ReplyDeleteLama tak datang sini. sihat ke kak?
Kak, rendang mmg boleh dimasak dgn apa pun bahan utamanyakan. Selain rendang ayam, rendang daging, rendang kerang, rendang telur pun ada juga ye.. Mmg bagus idea ni..
Slmt berhujung minggu Yati.rendang telur...menarik resepinya...anak2 suka telur...boleh cuba..
ReplyDeletepertama kali dgr rendang telur ni, yatie.
ReplyDeletebagus juga menu ni terutama bila dah putus bekalan lauk basah dlm esbox kan.. mesti telurlah jd sasaran kalau dah malas pegi pasar.. hehe..
ReplyDelete