Friday, June 3, 2011

Mee Ladna

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Suka makan mee tak? Biasanya kalau jemu makan nasi, menu mee lah yg menjadi pilihan utama. Lebih2 lagi bila berbuka puasa, menu mee mmng menjadi kegemaran. Kali ni saya masak mee ladna. Terpulang pada selera masing2 nak makan pedas ataupun tidak ya. Biasanya kami makan bersama lada jeruk...mmng sedap sangat. Saya amat berterima kasih pada K.Liza kerana berkongsi resepi mee ladna yg mudah ni. Pada kawan2 yg tak tau nak masak apa dngn mee tu...bolehlah cuba mee ladna ni. Sedap dan amat sesuai di makan pada bila2 masa saja. Jom kita lihat bahan2nya.



Bahan-Bahan:
  • 1 bungkus mee kuning [500 gram]
  • 100 gm udang [buangkan kulitnya]
  • 100 gm sotong [dipotong]
  • 100 gm isi ayam [dipotong]
  • kacang sepat
  • bunga kobis
  • 1 btng carrot
  • 1/2 biji capsicum merah dan hijau [potong panjang]
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 2 biji telur
  • air secukupnya
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap- saya tambah
  • Minyak masak
  • daun bawang & daun sup [racik]
  • bawang goreng
Cara:
  1. Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali. Masukkan bawang merah dan bawang putih cincang. Gorengkan sampai wangi.
  2. Masukkan ayam, udang dan sotong
  3. Masukkan air, sos tiram, tomato sos,kicap, lada hitam dan carrot.
  4. Bila mendidih masukkan telur dan kacau supaya hancur.
  5. Masukkan mee dan sayuran. Kacau rata. [Jangan masukkan garam kerana sos tiram dan sos tomato dah ada garam]
  6. Bila sayur dah layu boleh masukkan dalam pinggan hidang dan taburkan daun bawang & daun sup serta bawang goreng.
***Saya celur mee secara berasingan. Bila nak makan barulah siramkan kuahnya ke atas mee.

10 comments:

  1. assalamualaikum kak yatiee..
    waa sedap nampak tuu.. kalau nak makan kat gerai or restoren yang banyak isi mcm ni susah ni, kat rumah kak yatie je ada.. nak sepinggan kak...

    ReplyDelete
  2. Salam kak yatie!! kita nama jer duk kat siam tpsejak2 ni mlas betul nak buat ladna padahal budak2 suke hihihi.... nanti lah kena tunggu satu hari yg lapang gituuu hihihi... nmpk sedap mee akak sbb kita suke byk reta dlm tu :D

    ReplyDelete
  3. sy suke kuew teow ladna..sedapp ade byk sayur..seafood dan kuah..nyumm2 kalo pi kedai makan tomyam musti order..pernah gak terai buat..nnt nk buat lagik lahh sedapp makan time panas2 gitu

    ReplyDelete
  4. As'salam Yatie

    kak ct peminat mee ladna. orang yang pertama kenalkan mee ladna ni adalah Hb kak ct sendiri. dulu2 memang tak pernah rasa, tapi bila dah rasa sekali fuhhh..memang sedap. jadi mintak kat sini jerlah untuk menghilangkan rasa lapor ni ya Yatie :DD

    ReplyDelete
  5. tumpang sarapan mee umah kak yatie pagi ni..hehe..

    ReplyDelete
  6. as-salam kak
    pagi2 tengok mee ladna tu rasa lapa pulak..sungguh menyelerakan..

    ReplyDelete
  7. sedapnye nampak mee ladna ni. tq for sharing.

    ReplyDelete
  8. akak, saya pun suka mkn mee drp nasi..haha memang antu mee dan k/teow pun..semua jenis mee saya suka...sedap mee ladna akak ni dah pernah juga cuba resepi kak liza ni memang best..:)

    ReplyDelete
  9. Salam. Baru try buat tadi. Mmg menjadi & sedap. thanks share resepi :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails