Bahan-bahan
- 1 bungkus mee kuning
- 1 cwn udang basah
- 1 cwn daging hancur- guna daging yg dah di rebus pun ok juga
- 1/2 cwn kacang tanah- di goreng dan tumbuk kasar2
- 2 sb sos tiram
- 2 sb sos tomato
- 3 sb sos cili
- 2 sb kicap pekat
- 1 biji tomato belah 6
- taugeh dan sawi secukupnya
- garam dan sedikit gula
- minyak utk menumis
- 4 sudu besar cili kisar
- 4 ulas bawang putih
- 1 biji bawang besar
- 1 sudu besar udang kering
- Kisar bawang putih, bawang merah dan udang kering sehingga halus.
- Panaskan minyak & tumis bahan2 yg di kisar tadi hingga kekuningan. Masukkan cili kisar dan goreng lagi.
- Bila cili dah masak, masukkan daging hancur dan gaul sebati, masukkan udang,biar dalam 3 minit & masukkan sos tiram,sos cili, sos tomato dan kicap. Masukkan kacang tanah yg di tumbuk tadi dan gaul rata. Tambah garam dan gula jika perlu.
- Masukkan mee & gaul rata,masukkan sawi dan tomato, biarkan dalam 5 minit. Masukkan taugeh dan gaulkan biar rata.
- Bila rasa dah ok, matikan api dan bolehlah di hidangkan bersama hirisan timun dan hirisan limau kasturi.
Kak..oleh kerana sue sorg2 ja kat rumah..Makanya adlah rugi utk sue masak sarapan kan...
ReplyDeleteHahaha.Ngeeee...datang bawak pinggan sendiri ni...Nak tumpang sarapan..Heee....
aduhaiii terliur tengok mee goreng akak nieh! blom sarap lg nih kak... nak mintak sekoli! *gler kuat makan! hahahaha
ReplyDeleteAssalamualaikum...
ReplyDeleteWaa ini pagi manyak syiok le jamu mata kat dapur orang. Kak minta izin ye kopi resepi. Bukan apa sebelum ni duk dengar org letak kacang tanah dalam bihun je. Ni 1st time baca leh letak dapat mee jugak.
Selamat pg kak..sedapnya mee goreng ni ada kacang tumbuk..boleh buat time anak2 cuti..terima kasih ats resepi yg mudah n sedap ni..
ReplyDeletesalam yatie- wah nampak sedap mee ni...boleh di cuba next time nih
ReplyDeletesedapnya... lama x makan mee goreng cenggini!
ReplyDeletekak yatie...nampak cam mee goreng mamak pun ada..sedap tu..saya suke mee goreng cam ni
ReplyDeleteklu stakat mee goreng je xpa..siap tmbah bonda agi tu..mmg tringat2 je mak kat kg tu ha..
ReplyDeletesedap mee ni yatie..akak pun suka masak mee utk sarapan.sekali sekala ubah selera kan?.
ReplyDeleteDalam rumah sy ni yg paling suka makan mee goreng ialah suami dan anak sy yg bongsu. Tak pernah lagi goreng mee letak kacang tanah, ni idea yg bagus ni, hehehe
ReplyDeleteKak Yatie, nampak sedap sangat, Yus nak trylah, tak pnah lagi letak kacang tanah dlm mee goreng, hrp2 hubby suka.. nyummy!
ReplyDeleteNampak sedap mee tu
ReplyDeleteLama tak masak mee goreng
nak kena buat gak ni
Salam Yatie, tengok rupa pon tau dah tentu sedap punya..Betul la kata Yatie tu, masakan air tgn mak kita adalah yg paling sedap di dunia kan!! Oh ya..meh sini sepinggan beso mee nk mkn ptg ni!!
ReplyDeletesalam kak yatie, sedap nengok mee goreng ni..terliur dh ni sure dh abis ni kan...hehe
ReplyDeletekak yatie...sedappnya mee goreng tu...mas suka makan mee goreng yg orang masak..klu mas masak sendiri rasa macam tak sedapp jer....he..he..
ReplyDeletesalam yatie..dah duk kat jay bee ek..
ReplyDeletemee ni tak leh makan selalu..al maklumlah dah berusia
kak Yatie......ayu dtg dgn pinggan and meleleh air liur tgok mee bonda....err, kalu makan ngan kepok lekor ni...pergh...nak nampak dan bonda dan mertua...hik3.....
ReplyDeleteSalam.. First time datang ke blog ni... sangat terliur tengok mee tu.. terasa2 kat tekak ni. Dah dkt sebulan tak jumpa mee kuning.. huhu!
ReplyDelete